Thursday, December 22, 2011

Apabila aku jatuh cinta

terinspirasi~




Sesungguhnya apabila aku jatuh cinta
Tak ingin sekali aku bangkit daripadanya
Biar saja aku terjelopok di tanah
Biar saja aku bermandi selut kerana
Bukankah itu aku?

Cinta yang berat ini kutanggung
Rela aku
Sekalipun duniaku meremuk
Cinta ini tak mungkin ada galang-gantinya

Jika cinta ini adalah mimpi
Tolong jangan kejutkan aku
Jika cinta ini lautan luas
Lemaskanlah aku di dalamnya

Tapi,
Terkadang cinta ini pergi meninggalkan aku
Atau sebetulnya aku yang mengabaikannya
Lalu mata kering tak berair
Aku kehausan

Akhirnya ku rayu dalam diam pada Sang Pencipta pelangi
Warnakan jiwaku dengan cintaMu
Yang Mengalirkan Nil
Basahkan aku dengan kasihMu
Kembalikanlah hati yang penuh cinta
Atau
Kau gantikan sahaja dengan sekeping hati baru yang suci
daripada syurga
 agar dia kembali ke sana untuk bertemuMu


~it's not a masterpiece, it just a piece me

Sunday, December 18, 2011

Bukan dengan itu


Bismillahirrahmanirrahim

Terlalu lama.


kita akan diserang dari kiri, kanan, luar dan dalam


Menulis separuh jalan. Ada idea tapi terputus. Lagaknya macam orang besar yang sibuk benar. Termalu sendiri apabila mengenang Rasulullah Pemimpin Negara Islam Madinah masih punya waktu untuk menjahit baju yang koyak dengan tangan baginda yang mulia itu. Tiada langsung rasa ‘mencemar duli’.
Alhamdullilah,

وأمّا بنعمتي ربّك فحدّث
Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau nyatakan
–Ad-Dhuha-
Direzekikan Allah kesihatan dan kemampuan meneruskan pelayaran ke negeri akhirat. Walaupun terkadang badai di luar menghempas hebat sedang anak-anak kapal ada yang masih saja ingin berkecil hati apabila donutnya dihabiskan orang, mujur saja, benteng kapal masih kukuh, nahkhoda masih si pencinta tahajud, sistem sokongan dalaman kapal yang kuat dek ikatan tali akidah.

Ma3lisy, menulis dicelah-celah chatting dengan Ummu Nuha, akhawat di Malaysia. Nampaknya taipan harus dihentikan kerana kapal akan mula belayar sebentar lagi. Ada persiapan yang perlu dilakukan.
InsyaAllah, akan diusahakan menulis yang bermanfaat-bermanfaat buat mereka yang tahu melihat dibalik kesejukkan kota lama Kaherah, hangat jiwa berdakapan untuk bersama berlayar ke negeri akhirat.

Aku tinggalkan dengan suatu pesanan,

Betapa dahsyat dan lelah kau rasakan, akhirnya

   ولا تمنن تستكثر
Janganlah engkau memberi dengan maksud untuk memperoleh yang banyak
-Al-Muddathir-

Kau takkan menjejak syurga hanya kerana amal-amalmu. Takkan!

Bukan dengan itu.             

Friday, September 9, 2011

Sharp!


“Sihat ke abang?”
“Nampak macam sakit ke?” sebuah senyuman dihadiahkan. Abang kelihatan santai dengan baju Melayu hitam dan seluar jeans. Senyum abang, kakak balas. Lebih lebar.
Sharp akak sampai!” Langkah dihayun ke teratak berhadapan Sungai Nil. Abang membawa keluartupperware berisi ayam goreng madu, nasi dan sup dari bakul.
“Tak sharp sama dengan zalim!” Kakak menuang sup ayam ke dalam mangkuk plastik. Wap nipis bebas di udara. Baunya cukup membuka selera.
“Dari dulu akak suka cakap macam tu. Syadidlah akak ni,” masih tersenyum. Abang kenal benar kakak dan prinsipnya itu. Abang membasuh tangan. Bersedia untuk mengubat kerinduan pada nasi ayam kakak.
You know me!” kakak berseloroh. Sambil menambahkan nasi ke pinggan abang. Aliran Sungai Nil mengalir tenang.
“Sibuk ke abang?”
“Biasalah akak. Kelas penuh. Kenapa akak tanya?”
“Kelas memang penuh, yang dalam jiwa tu penuh tak?”
“Ya, orang tahulah akak. Jangan risau. Solat jemaah, Quran, mathurat. Daripada sekolah akak asyik ingatkan benda tu. Abang dah besar akak. Dah nak naik tahun 3. Dah nak jadi doktor dah akak,” sedikit rajuk suara abang. Kakak menambah nasi dan sup ke pinggan abang. Pinggan polisterin yang berbalut plastik.
“Sementara akak ada, akak ingatkan.”

Sunday, September 4, 2011

Rindu menulis



Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar"
~Al-hujurat: 17

Sunday, July 24, 2011

Penyelamat

~ke laut



Bismillahirrahmnirrahim

Selalunya sebelum saya menulis, saya akan sketch dahulu. Memandangkan atas sebab itu maka saya tak menulis-nulis lagi maka jom cuba coretan ringkas daripada center of thought singgah ke hati dan saya cuba coretkan di sini moga ada yang terkena tempias warna hati saya.

Apa warna hati saya sekarang ini? Deep ocean blue! Tidak terlalu gelap seperti awan mendung, tidak terlalu cerah seperti mentari soifi. Tenang berombak-ombak.

Kenapa saya menyentuh soal hati?

الا وانّ في الجسد مضغة, اذا صلحت صلح الجسد كلّه واذا فسدت فسد الجسد كلّه ,الا وهي القلب
Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging, Sekiranya baik, baiklah keseluruhan jasad itu, sekiranya buruk, buruklah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati.

Sebelum berbicara soal apa pun, hati harus menjadi titik penting yang akan menentukan hala tuju sesuatu amal. Ikhlas atau tidak?

Sesuatu amalan besar menjadi kecil atau sesuatu amalan kecil menjadi besar, ikhlas menjadi titik pembeza. "Kerana apa?" persoalan yang tak patut langsung dipandang remeh dalam menjalani hidup kita sehari-harian.

Setiap orang ada booster, motivasi, inspirasi tersendiri untuk sentiasa menjaga diri. Untuk saya,

من حسن الاسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Sebahagian daripada keelokkan seorang mukmin adalah meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi dirinya.

Care to read the explaination from 40 Hadith of Imam Nawawi, this is the 12th


Setiap kali saya dilanda perasaan yang tidak enak terutamanya dalam ukhwah atau apa sahaja yang berkenan perihal manusia, hadith ini akan terlintas dan menjadi pagar saya kira. Pagar sebelum saya pergi ke sempadan yang lebih jauh, sempadan yang berbahaya untuk iman saya. Titik. Praktiknya boleh brainstorm sendiri ^^.

Aku sanggup duduk di bawah andai itu meninggikan aku dipandanganNya, aku sanggup dipinggir andai itu menjadikan iman aku terpusat pada Khaliknya~ameen

~Silalah baca syarah hadith ni

p.s: 1. hati melonjak-lonjak untuk berkongsi dengan semua orang tentang hadis ini. Kalau saya tangguh atas alasan 'kesibukan a.k.a pengurusan masa yang lemah' maka saya tak dapat menulis denga lebih ilmiah atau kreatif,  maka saya akan rasa terkilan. Ini hadis penyelamat saya =)

2. Ramadhan makin hampir. Termengah-mengah saya melatih sekeping hati supaya tak letih membuat amal.

3. Bersama terasing rasanya sama, Allah sentiasa bersama kita...muhasabah

Saturday, July 16, 2011

Goodreads: Love in a Headscarf

Love in a HeadscarfLove in a Headscarf by Shelina Zahra Janmohamed

My rating: 4 of 5 stars


At first I thought it just a mere seeking-for-the-one story and my interest to bought it mainly because i'm trying to look for other muslim woman view on marriage. And LIAH, for me trying to reveal what's inside the headscarf. I could relate it to me even not all because I'm a muslim asian woman (woman?..lady ^^) but not Indian as the origin of the character (shelina). I would say, the culture her community bring to Britain is so much preserve instead of the assimilation they've made to survive. The best part I love about this book is shelina was trying to answer to misconception about muslim women. and i'm on her side how the culture should not over-shadow the faith. The faith first and any cultural thing parallel to the faith there's no problem to accept or reject, the one contradict the faith should be modified.



View all my reviews

Monday, June 27, 2011

Dinda




Buat dinda yang jauh di mata namun dekat di hati,

Kaherah hari ini selepas asar, sedikit redup walau bahangnya sang mentari di musim panas tetap terasa. Namun keringat tak terasa dek bayu yang bertiup masuk melalui muka balkoni. Saat aku menulis ingatan buatmu ini, aku sedang bergelut dengan peperiksaan akhir tahun empat forensik yang bakal menjelma. Moga kata ‘bergelut’ itu bukan sekadar hiperbola. Moga benar. Moga Allah kabulkan untuk aku terus bergelut.

Friday, June 24, 2011

Tears of a dragon

Tajuk gambar: Tears of a dragon , even dragon cries =)


Runtuhkan tembok
Mencari ikhlas
Kerja susah tapi tak mustahil
Cuba membuat yang TERBAIK walaupun mungkin bukan manusia yang TERBAIK

Garis pembeza adalah USAHA dan TAWAKAL

~kerana:

انّ الله يغفر الذنوب جميعا



p/s: ini tulisan manusia yang dah lama tidak berteleku di Nilnya. Ok, gerak!



Thursday, June 23, 2011

Dijemput pulang




Ada sebuah tulisan,

“ He had bring you back. Why care of running away? Grateful is all you have to! What past was passed, don’t let it steal your present!”

Beberapa quotation yang biasa saya dengar dikumpulkan dalam satu kata-kata, cukup memujuk rasa. Bagaikan tomyam yang menggelegak di dalam periuk, begitu hati manusia. Pelbagai rasa dan warna, berbolak-balik, berubah-ubah. Itu sifat kehidupan. Tiada yang statik. Jika anda rasa tidak mahu ke depan, sebenarnya anda telah ke belakang. Jika anda rasa tidak mahu ke belakang, anda sudah pun melangkah ke hadapan.

Sunday, June 19, 2011

Jika bukan engkau





Di saat kau berasa kau bukan orangnya
Sila khabarkan siapa orangnya
Agar aku turut mendengar daripada mulutnya
Yang dia juga bukan orangnya

Di saat alam disapa malam
Telunjuk tunding-menunding
Lalu apabila cahaya rembulan singgah ke bumi sekali-sekala
Telunjuk disembunyi ke belakang
Sunyi
Hanya sedikit
dengan berat menerima amanat
Menyambung tugasan sang mentari di malam hari
Yang lain dengan pantas berkata
Aku bukan orangnya
Jariku tidak runcing
Tanganku pendek

Lalu aku tanyakan lagi
Siapa orangnya?
Tunjukkan padaku
Bukankah manusia tidak simetri, bervariasi
Maka kau ukur runcing dan panjang itu bagaimana?

Masih kau terus berkata
Aku bukan orangnya

Jaga-jagalah kawan
Aku bimbang kau juga bukan orangnya di sana
Saat si tangan-tangan pendek berkumpul menikmati lu’lu wa marjan di jari-jemari
Sedang mereka juga tak sempurna

Amirah AJ
NADA

Sunday, June 5, 2011

Mujahadah + Taubat = Nikmat


Antara nikmat di dunia, moga di akhirat juga


Bismillahirrahmanirrahim,

الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
Terlalu banyak nikmat yang diberi, terlalu banyak keculasan kita dalam menjalankan amanah.
Suatu hari,
“Akhawat, kalau disebut nikmat, apa benda yang paling best?”
“Blackberry!”
“Rumah yang bumbungnya nampak langit!”
“Family!”
“Pandai menulis!”
“Ukhwah fillah!”
“Redha Allah!”
“Syurga!”
Terhenti di situ. Kanak-kanak itu telah menyebut apa itu nikmat bagi mereka. Sang guru pun tersenyum.




 

Saturday, May 28, 2011

Kerana sebuah janji (dedikasi buat Ar-rijal As-Sodiq)




Aku di sini,
Kerana sebuah janji.

Aku mendongak langit Tuhan,
Tidak berdinding, tiada bertiang.
Di situ aku kibar bendera Tauhid,
Ku iklankan biar alam tahu
Sayangnya kawan,
Langit masih gelap, dunia dibalut malam.
Alam sedang kantuk.
Bendera itu terbiar kaku.

Langkahku atur,
Memalu tabuh mengejutkan yang tidur,
Bangunlah alam lihat langit Tuhan,
Aku dikalahkan kehangatan gebar,
Hampir aku terduduk sayu,
Hingga ada suara menyapa,
“Siapa gerangan engkau? Hingga aku terjaga dari lena?”
Dalam mamai dia bertanya, lantas ku dakapnya penuh cinta,
Allah, akan ku tunjuk agungnya benderaMu

Kami mengatur langkah,
Aku masih memalu tabuh,
Kini, dia di sisi mengetuk pintu,
“Bangun, bangun wahai alam. Dongakkan kepala lihat langit Tuhan!”
Ada kala, pintu di buka lalu dihempas ke muka,
Ada masa, datang wajah bertenaga mahu bersama setelah dia bangkit dari lena,
Aku dakap mereka semua dengan penuh cinta
Kami bersama menyuluh alam
Biar bangkit dari lena panjang,
Biar selamat dari azab menjelang.

Aku masih di sini,
Kerana sebuah janji
Bersama mereka yang berjuang meninggalkan kamar tidur
Bersama kami atur langkah
Mengejutkan alam yang tenggelam dalam mimpi
Memasang obor menerang alam yang kelam
Hingga satu saat, mentari mucul lagi
Bendera berkibar tinggi!

Aku masih di sini,
Tak akan pernah berhenti
Kerana sebuah janji.
~Al-ahzab: 23

Saturday, April 9, 2011

Legasi

~atuk, kanan sekali


Sungguh aku nampak dia duduk bersila di situ

Mengajarkan alif ba ta

Sambil membetulkan letak duduk kaca mata

Bersandar lega



Sungguh aku nampak dia duduk di atas sofa itu

Menanyakan hafazanku bagaimana

Sambil mengukir senyuman ceria

Aku dipaut rindu



Sungguh aku nampak dia berteleku di situ

Meratib tasbih bermunajat pada Cinta

Sambil bumi berpusing mencari mentari

Menyubur iman di hati



Sungguh aku nampak dia bersarapan di situ

Mencicipi Horlicks sedikit-sedikit

Sambil menyatakan keinginan melihat aku bergelar doktor

Membakar api juang



Sungguh dia benar telah pergi

Melangkah ke dunia abadi

Sambil aku di sini menggagahkan diri

Bersipongang suaranya bertanyakan hafazan

Walau aku tahu tak mungkin ada lagi

Tak mungkin aku menulis lagi

Telah kabur mata, telah basah meja

Biar aku menjadi legasinya



NADA
Ba3da isya’



Wednesday, April 6, 2011

Full timer!





my cousin~ nothing to do with the post

To or to not?


Did you ever in that shoes? Amal Abdel Halim just make a decision by the to-be-or-not-to-be thing. She decided to be a full timer. Well, this is how Does My Head Look Big in This? begin.

Full-timer? Whenever I heard the term full-timer, it’s somebody who gives his life totally to his organization. An activist, such as Full-timer at Aman Palestin, but when it comes to Amal, she was thrown into a piece-of-cloth-dilemma. Nope, not piece of cloth but a badge of faith dilemma. A full-timer, that’s how she named those who wear hijab all the time, I mean all the necessary time (because there is question whether she wore it in the shower?!). How it was very challenging for a teenager whose really exposed to the westernize teenager lifestyle to bring up her own faith into identity without being alienated, without she herself being hypocrite. She did face the crush-cute-guy thing and try to handle it in her 16 years old emotion and Islamic faith. The jealous-annoying-beauty school rivals who’s questioning whether she was circumcised or not. All these, for being a full-timer! Untill here, did you feel the air of this novel? I won’t continue…^^

Monday, April 4, 2011

Pre ENT end round

different world

Currently reading this book, reaching in the middle. Just bought at the AUC book fair. Have something to say and as usual I'm not a synopsis writer, so it will be opinions. But ... not now!

Wednesday will be ENT (ear, nose and throat~ otorhinolaryngology) end round exam. Do pray for me and my gen 7evens!

“There is no one giant step that does it. It’s a lot of little steps.”

– Peter A. Cohen (Most Inspiring quotes of all time)
 
 
Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya dan Dia menciptakan segala sesuatu, lalu menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat ~Al-furqan:2
 
faqaddarahu taqdiro, He knows best! When, where and how...

Wednesday, March 30, 2011

Ku pulangkan


Bismillahirrahmanirrahim

Ku atur nafas perlahan

Tenang dipelukkan kedinginan malam

Musim sejuk sedang maju mundur

Musim panas mula menjengah-jengah

Musim diriku juga antara keduanya

Gelap yang mula merangkak pergi

Cahaya yang mula menyeledup masuk

Menghiasi jendela hidupku



Aku yang duduk bertafakur di suatu sudut bumi Allah ini

Menanti

Butir-butir tasbih berpindah dari satu ke satu

Ku hembuskan nafas perlahan

Bersamanya ku lepaskan segunung impian yang membongkah dalam jiwa

Biarku pulangkannya pada Sang Pencipta

Kerana aku tak mampu lagi memintal cita-cita dengan khayalan

Yang aku perlukan adalah keringat dan air mata



Alangkah damainya tatkala rindu menjejak syurga

Kerana tak semua mampu mengidamkannya

Kerana dunia lebih lazat katanya

Alangkah damainya tatkala Ilahku beraja di kalbu

Kerana tak semua mampu mengesakaNnya

Kerana ternyata dunia lebih mempesona



Ku ukir senyuman pada bulan

Kerana kami berkongsi cinta

Yang padanya ku pulangkan cita-cita

Biar kembali hadir dalam redhaNya.


NADA
8.40 pm

Saturday, March 26, 2011

Peluang kedua

Semua inginkan peluang kedua. Semua, tiada terkecuali!

Bismillahirrahmanirrahim~


“Dia bukan Firaun.”
Anis menyelak jendela bilik tidurnya. Udara pagi segar menghembus masuk ke bilik. Hafiz masih nyenyak berkelubung gebar hijau. Subuh hampir berakhir, syuruk makin hampir. Bukan sekali ini subuhnya terbabas.
“Allahu akbar.”
Dalam-dalam Anis memujuk hatinya dengan menyebut nama Allah berulang-ulang kali. Al-Mathurat yang dihadiahkan Umi dibacanya perlahan-lahan. Merangkak-rangkak. Usia perkahwinan mereka menjejak dua tahun. Masih berdua juga. Tiada cahaya penyeri rumah itu. Mungkin belum rezeki mereka.

Friday, March 25, 2011

Seperti serikandi


Bismillahirrahmanirrahim,


Dia Yang Maha Penyayang dan Dia juga Yang Maha Perkasa,

Rabbana lakal hamd, masuk hari ke tiga di bumi Mesir. Belum sempat menjengah Nil. Hampir selesai membasmi pasir dan habuk, telah membuang sebuah periuk nasi yang berkulat berulat sebanyak nasi untuk 3 orang makan, gara-gara terpaksa meninggalkan rumah secara pantas ketika pra-evakuasi Ops Piramid.

Jom mulakan hidup baru!

Monday, March 21, 2011

Jangan gigit jari


Janji Allah~ tiba apabila ia tiba

Bismillahirrahmanirrahim.


Sudah lebih dua minggu kembali ke bumi kontroversi ini. Dari dahulu, Mesir memang terkenal dengan sejarah mengubah dunia. Lahirnya Nabi Musa yang dihanyutkan ke Sungai Nil lalu ditemui Asiah dan membesar dalam istana Firau3n. Kisah epik yang sangat dramatic dengan turun naik plotnya. Bertemu Zipporah atau Safura dan saudara perempuannya, anak gadis Nabi syuaib yang akhirnya diambil menjadi isteri. (Walaubagaimanapun nama anak nabi syuaib tidak dinyatakan dalam Al-Quran). Di bumi ini laut merah terbelah. Qarun ditenggelamkan.

Di bumi ini, Nil tunduk pada Pencipta sekelian alam. Umar Al-Khatab mengutuskan surat supaya Nil terus mengalirkan airnya jika benar taat pada Allah. Di sini, Saifuddin Qutuz mengatur langkah hingga Tatar tersungkur menyembah bumi. Ini bumi sejarah yang tak kurang saintifiknya. Ilmu pengajian Islam dan cabang-cabangnya apatah lagi.

Kali ini, sejarah tercetus lagi.

Tuesday, March 15, 2011

Introvert

Waiting not always boring~ if u believe in Him

“There are no ordinary moments. There is always something going on.” – Peaceful Warrior

A step backward for thousands ahead.

Tuesday, March 1, 2011

Safar-i

Bismillahirrahmanirrahim.

Rabbana lakal hamd ya Rabb. Allah sebaik-baik Pemberi. Allah sebaik-baik Pencatur.

Ini tulisan pertama di Reflex Arc semenjak Kebangkitan Mesir. Semenjak saya menjejakkan kaki ke bumi tercinta ini. Terlalu banyak yang berlaku secara fizikal, emosional dan spiritual. Merekodkan tulisan ini secara zahir, setelah lama tertulis di benak fikiran membuatkan lafaz syukur kepadaNya seakan tak pernah ada. Seakan tak pernah bersyukur kerana terlalu banyak yang diberi, sedang bibir terlalu mudah untuk mencebik dan merungut. Tak terhitung nikmatNya hingga jari tidak berjumpa pangkal dan pucuk tulisan. Maka, jari terus menekan butang-butang ini seperti mengalirnya air sungai. Jika anda ingin berakit-rakit di sini, semoga berjumpa hasil imannya.

Sinergi

Saat ini saya berada di Segamat, Johor bekhulwah jauh daripada orang-orang. Saya angkut bersama novel Sinergi tulisan Hilal Asyraf yang saya ambil dari perpustakaan Koleksi Jalil & Azimah. Membaca kali ini, bukan untuk mengetahui jalan cerita (walau saya tak pernah baca novel ini, tetapi telah diceritakan oleh ukhti Sakinah Kamil) tetapi untuk turut menyerap energi sinergi ukhwah yang ada dalam tulisan beliau. Sebetulnya safar saya pada kali ini, adalah safar ziarah kaum keluarga di Johor dan Negeri Sembilan, ingin berangkulan mesra dengan akhwat di Anjung Rahmat dan bermalam bersama serikandi tersayang di UIA. Allah sebaik-baik perancang. Berita panggilan untuk menghadiri kursus BTN di Balik Pulau diterima petang tadi. Jadual perjalanan harus dirombak. Kalau tidak kerana hadis pertama (hadis niat),

Sesungguhnya setiap amalan itu terletak pada niat!
pasti perjalanan jauh dan singkat ini terasa tidak berbaloi. Terdetik di hati hebatnya Allah memotivasikan kita. Dia telah aturkan yang terindah. Tugas kita adalah untuk percaya. Maafkan ana ukhti sekalian. Moga digantikanNya dengan pertemuan yang lebih indah.  

 Along dan Angah

Sempat menziarahi sepupu saya di SMK Seri Kenangan petang tadi. Pertemuan setelah setahun lebih tidak bertemu dalam tempoh sejam lebih. Puas diizinkan Allah menatap wajah along dan angah.

Along and Angah,

My sweet and cute cousins, I really love both of you. Take good care of yourself and your iman. Beauty don't last forever but iman will.


It's midnight, lights off. Tomorrow, off to Port Dickson... 

Sunday, January 16, 2011

A big [Q]

believe in yourself

" Confidence comes not from always being right but not fearing to be wrong" ~ebook: Most Inspriring Quotes of All Times




Experience is the best teacher. Let's get going. The time is running.

Ingin berkongsi satu kata-kata yang saya fikir, saya telah faham dulu. Rupa-rupanya dahulu saya tak faham, macam yang saya faham sekarang dan, saya yakin di masa hadapan saya akan kata,

"Saya fikir, saya telah faham dulu. Rupa-rupanya dahulu saya tak faham, macam yang saya faham sekarang!"
And the quotes of the day is,

"Dunia adalah penjara bagi mukmin. Mukmin hanya berehat apabila sebelah telapak kaki melangkah ke syurga."
Penjara? Mukmin merindui untuk bertemu dengan Tuhannya. Ingin cepat-cepat meninggalkan dunia ini yang menuntut pengorbanan, kelelahan dan keletihan.

Do I? A big Q [?]



Get set, GO!

Wednesday, January 12, 2011

My alarm

It just a reminder in case I forget


Among all books, writting, besides my dark-brownish quran and my med books, this blog is one of the most frequent thing I read. Neither because i've just changed the background nor I want to peek "who's following me?" ^^. It is simply because I wrote it. It records what did I do, what did I think. It's one of my alarm clock. Am I too free? Am I too melancholy? It's me judging and observing myself. Most of the time, writing makes me relief and gives me strength.

So, this lovely evening I would like to share with myself (who will read this blog again and again) so, she could remember these pieces of word. Hope to share with all of you too.

"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Surah At-Taubah ayat 40
Then,

Don't put a question mark when Allah put a fullstop.
I'm rearranging my schedule for the next ENT round, my extraclasses.

Thanks a lot ibu ayah, for unconditional love and support, always! Thanks for sacrificing and letting me go. May He grants both of you with His utmost jannah. Ameen.




Allah is always there, I know, I believe, I trust!

Monday, January 10, 2011

Negeri 5 Menara

jasad akan rosak dan hancur, roh dan jiwa tidak terkubur

"Abang, akak nak satu buku yang berat (isinya), satu yang ringan sikit"

Dua buah novel sederhana tebal terbang dari Kepala Batas ke Kaherah. Hadiah ulang tahun ke 21 yang pertama kali daripada abang! ^^

Sebuah novel berat (menurut abang) buah tangan Isa Kamari belum sempat aku baca, bahkan screening pun belum dek jadual yang sedikit padat dan peperiksaan yang menyempit masa dan ini Negeri 5 Menara karya a. Fuadi dikategorikan sebagai 'ringan' baru sahaja aku tamatkan.

Dalam tulisan yang lepas, aku telah menyatakan hobi dan keghairahanku yang satu ini. MEMBACA. Sejak terbang ke bumi arab ini aku mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan bahasa Arab. Alhamdulillah, besar sungguh khasiatnya ^^,  hingga aku bertekad anak-anak aku nanti akan aku paksa galakkan untuk menguasai bahasa arab. (Ini boleh buat entri baru!) Dek kerana sukarnya mendapat bahan mentah bahasa melayu untuk minatku ini di sini, maka alternatifnya membaca blog-blog yang sealiran dengan genre-genre kesukaanku. Bukan semua novel/bahan bacaan aku sapu.

Tuesday, January 4, 2011

Langkah Hijrah

Alhamdulillah. Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan langit tanpa tiang. Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan jantung yang tak pernah ponteng berdegup melainkan dengan izinNya. Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan masa yang terus bergerak tak menderhaka.

Aku melagakan tapak tanganku yang pucat dan kesejukan ke pipi. Hangat terasa. Langkahku hayun laju menuju ke Klinik Pesakit Luar Ophtalmologi yang terletak di dalam universiti. Dari Moniera aku merentasi Sungai Nil. Jambatan sesak dengan kenderaan. Seperti biasa Nilku mengalir tenang. Ah, sudah hampir 4 tahun rupanya aku berhijrah ke bumi ini! Hampir 4 tahun aku menatap Nil yang mengingatkanku pada hero umat kegemaranku, Umar Al-Farouq. Hampir 4 tahun aku cuba membayangkan kisah Nil yang kontang kembali mengalir kerana sepucuk surat dari Saidina Umar, kerana taat dan takutkan Allah.

Sunday, January 2, 2011

Jatuh


Hari bermula dengan baik. Penuh rasa kehambaan. Indah. Positif. Tiba-tiba, bum!

Jatuh. Tergelincir lalu jatuh. Dosa. Tak semena-mena mentari mendung. Nil berombak. Segalanya serba tak kena. Mungkin kerana kata-kata. Mungkin kerana laku. Mungkin kerana pandangan. Sesungguhnya tersilap, terbuat dosa sangat pedih dan menikam jiwa. Jiwa takut untuk meneruskan hari. Padahal amanah dan tanggung-jawab tersusun menanti. Syaitan mula mencucuk jarum kelemahan. Timbul rasa-rasa
"Macam ni ke daie? Banyak dosa."
"Tak layak aku nak tegakkan agama Allah."
"Allah mesti marah dengan aku."

 Pen yang menulis tiba-tiba terhenti.

"Dan ingatlah kisah Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap.
"la ilaha illa anta subahanaka inni kuntu minazzholimin" (tiada Tuhan melainkan Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim)"-al-anbiya': 87
Sungguh kita hanya hamba yang lemah. Yakinlah rahmat dan kasihNya.

"Maka kami kabulkan doanya dan Kami selamatkan dia dari kedukaan. demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." -al-anbiya 88
Ya Allah, Kaulah Pemilik Hati.