Hari bermula dengan baik. Penuh rasa kehambaan. Indah. Positif. Tiba-tiba, bum!
Jatuh. Tergelincir lalu jatuh. Dosa. Tak semena-mena mentari mendung. Nil berombak. Segalanya serba tak kena. Mungkin kerana kata-kata. Mungkin kerana laku. Mungkin kerana pandangan. Sesungguhnya tersilap, terbuat dosa sangat pedih dan menikam jiwa. Jiwa takut untuk meneruskan hari. Padahal amanah dan tanggung-jawab tersusun menanti. Syaitan mula mencucuk jarum kelemahan. Timbul rasa-rasa
"Macam ni ke daie? Banyak dosa.""Tak layak aku nak tegakkan agama Allah.""Allah mesti marah dengan aku."
Pen yang menulis tiba-tiba terhenti.
"Dan ingatlah kisah Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap."la ilaha illa anta subahanaka inni kuntu minazzholimin" (tiada Tuhan melainkan Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim)"-al-anbiya': 87
Sungguh kita hanya hamba yang lemah. Yakinlah rahmat dan kasihNya.
"Maka kami kabulkan doanya dan Kami selamatkan dia dari kedukaan. demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." -al-anbiya 88
Ya Allah, Kaulah Pemilik Hati.
No comments :
Post a Comment