Bila nak menulis sesuatu yang lebih berat dan ilmiah? Asyik-asyik Nil je. Senyum dulu. Belum ada kesempatan atau sebetulnya saya yang tak menyempatkan diri.
Sekurang-kurangnya ini terapi saya dan ada di luar sana yang sedang membaca. Mengambil yang baik-baik daripada isi tulisan dan mencapak yang buruk-buruk jadi sempadan.
Pagi tadi, sebelum azan subuh, Abou Rish basah kehujanan. Saya tersenyum sendiri mendengar tap, tap, tap. Titisan hujan menimpa bumbung garaj. Rasa diselubung dingin rahmat Tuhan. Masih saya tersenyum seorang diri menatap Nil dibalik kabus dalam perjalanan ke kuliyah hari ini. Berhenti sebentar menghadap Nil dan menghirup kasih Tuhan. Di belakang saya, kereta-kereta dan bas sesak. Hon, hon- irama tipikal Kaherah. Di hadapan saya tenang Nil mengalir.
Begitu kehidupan berbicara dengan kita. Walau seribu kekalutan melanda, pasti ada sudut-sudut tenang yang menanti untuk kita singgah. Hanya memerlukan hati yang punya mata, mencari teduhan Tuhan yang manakah ingin kita bernaung dan beriman sebentar. Peperiksaan Ophtalmology hampir sekali. Pembentangan assignment juga, berdebar-debar. Dua hari lalu Pip meluahkan cuaknya terhadap peperiksaan yang akan datang. Saya diam. Senyum dan akhirnya,

"Tenang sahaja, insyaAllah kheir."Apa lagi yang mampu saya katakan? Balik sahajalah pada Pencipta diri dan alam.
"...Dan dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada..."Begitu juga tatkala saya mendongak ke langit biru mendung pagi tadi,
-Al Hadid: 4
" Ya Allah, seluas ini langit Kau ciptakan. KudratMu sahajalah yang mengangkat segala keresahan dan kegusaran. Apalah kami yang kecil sahaja di bumiMu yang luas melainkan mengharap kasih sayang dan bantuanMu"Ibn Rawahah pada suatu hari memegang tangan Abu Darda' sambil berkata,
"Ayuh beriman sejenak. Sesungguhnya hati manusia ini mudah berbolak-balik seperti isi periuk yang menggelegak"
-al-muntolaq
1 comment :
just noticed,
that u really love nile,
hurm, good..
tadabbur alam :)
Post a Comment