Saturday, December 6, 2008

Lagi aku jatuh hati...


Dalam kemeriahan persiapan Eid Adha, aku berjalan-jalan di Abou Risy. Udara petang yang selesa (tak sejuk dan tak panas- equal stimulation of termal receptor), aku melalui lorong bawah kubri daripada Abou Risy ke Moniera, tempat jual buku-buku second hand.

View 1: Seorang Pakcik penjual buku sedang mengaji di depan kedai.

View 2: Kedai menjual daging yang penuh dengan daging-daging yang baru dilapah. Terpasang bacaan Quran yang sangat lembut


Cukup. Cukup untuk membuatkan aku tersenyum seorang diri. Rasa bahagia, apabila melihat mereka: manusia yang hidup dalam keadaan yang sangat bersederhana, meraikan fitrah. Meraikan hari kebesaran Islam dengan cara yang cukup tawadhu' tetapi penuh penghayatan. Susah untuk aku tulis, tetapi lagi sekali, aku jatuh hati...


Hari Arafah : 1. Sunat untuk berpuasa ( diampunkan dosa setahun sebelum dan selepas)

2. Doa mustajab

p/s: dun ever be Al-Khassirun

Thursday, December 4, 2008

Lupa nak bawa tali!





“Okey girls, next week we will have some quiz from the start untill the pain
sensation”,
Dr. Maha Sabry.

Satu ayat yang simple. Cukup, untuk membuatkan hampir sebahagian besar pelajar ‘study’ hanya sampai topik ‘pain sensation’.

Bukan nak cerita perihal sistem pendidikan tetapi sistem ilmu kendiri. Sejak daripada sekolah, isu sekularisme dalam pendidikan dan pendidikan berasaskan peperiksaan (exam oriented) sering jadi respon bagi musabab masalah-masalah yang melanda para pelajar. Ini satu hal, satu hal lainnya sistem ilmu kendiri yang musnah dalam diri pelajar. Tidak cintakan ilmu, menyempitkan skop ilmu dan ini membunuh masyarakat kerana remaja-remaja yang lahir daripada penyakit-peyakit ini adalah kertas-kertas yang dicetak dengan deretan huruf A yang kosong. Buzz beribu-ribu kali untuk diri sendiri.

Oleh itu, ramai yang berkesedaran dan penentang sekularisme cuba memisahkan diri daripada sistem ini. Paling kurang, di tempat saya menuntut, dr akan kaitkan topik-topik pelajaran dengan ciptaan Allah. Juga sahabat-sahabat disekeliling sering membantu menambah input penciptaan agung Allah berdasarkan ilmu yang dipelajari. Ramai yang mula menyemai benih-benih ilmu dalam diri seperti mempelajari kitab-kitab agama, mengambil kelas tahsin, tahfiz Al-Quran, kelas Bahasa Arab fushah dan lain-lain. Syukur, roh ilmu mula berakar umbi.

Ilmu yang dikejar itu perlu diikat. Talinya adalah amal- hidup bersama ilmu. Kebanyakan ‘pengkejar ilmu’ terlupa membawa tali. Ada juga, yang memilih untuk mengikat ilmu-ilmu tertentu. Amal di sini, boleh dikembangkan pengertiannya, seperti ilmu perubatan yang saya pelajari tidaklah dapat saya amalkan sepenuhnya dalam kehidupan harian tetapi boleh diulangkaji dan ditambah kefahaman dari masa ke masa. Ada individu yang memilih untuk menganak-tirikan dalam ‘pengikatan’ ilmu, jelas masih ada tempias ‘exam oriented’ dalam dirinya.
Maksudnya, ilmu-ilmu di universiti yang ada sistem perperiksaan akan sentiasa diulang-ulang kaji. Hafaz, buat nota dan lain-lain. Ini ilmu yang dia pilih untuk mengikatnya. Manakala ilmu-ilmu yang kurang atau tiada nilai sijil (seperti kelas pengajian kitab, ceramah, tazkirah dan lain-lain) dibiar lepas bebas. Kitab itu hanya akan di buka pada hari pengajian selama 2 jam. Do we expect it to be part of our life? Sedangkan ilmu yang ada dalam kitab-kitab itu adalah ilmu hidup. Untuk amal bukan sekadar untuk merawat orang sakit. Ambil ihtimam untuk sentiasa memartabatkan ilmu.

Tak dinafikan, mungkinlah ramai yang akan kata ‘focus on your core business which is medic’ tetapi tak luak rasanya masa yang ada (potong masa buka friendseter) kalau diulang kaji untuk remind kitab-kitab yang dipelajari dan amal. Jujur, saya masih berusaha ke arah itu. Jauh lagi kalau nak sampai tahap Ibu Sina, Al-Khawarizmi. Itu insan-insan yang ‘izah dengan ketinggian ilmu. Jom, sama-sama kita bina sistem ilmu yang tulen dalam diri.



‘Tak bertaqwa orang yang tak berlimu, tak berilmu orang yang
tak beramal’
-Abu Darda’

Sunday, November 30, 2008

Katakan TAK NAK pada RM9 780 407.98


This could be the most ridiculous statement. Who would hands off to that millions of money? Goes banana, am I?

Sedar atau tak, dah beribu kali sebenarnya kita kata TAK NAK. Dah beribu kali kita tolak tawaran giga mega seperti ini. Mungkin kita bukan sahaja tolak tawaran RM9780407.98, mungkin kita adalah insan-insan yang ‘goes banana’ sebab pernah tolak tawaran oksigen untuk bernafas, glukosa untuk tenaga, daya geseran untuk berjalan, cahaya matahari dan pelbagai tawaran yang superhebat!

Tak percaya? Rewind balik.

“Hafiz, aku tak dapat tolong kau pindah rumahlah. Hari ini aku ada hal penting.”
[kena pergi CC untuk download Blue Code].


“Ain, sorry sangat tak dapat temankan kamu pergi kelas malam ni. Saya nak
study.” [tak nak pergi sebab tak suka dengar ceramah]


“Kak, sy x dapat join SC akk cuz x sedia. Sorry” [hantar sms sebab tak ada
alasan konkrit]


Semua ini, adalah tawaran. In fact, a superb one. Lebih bernilai daripada RM9780407.98! Tawaran yang menjanjikan kelazatan dan kenikmatan tanpa batas. Minuman bak sungai-sungai yang mengalir tiada penghujung. Al-Kasr daripada lu’lu’ dan marjan. You need it more than you need oxygen, more than a kedney. H.I.D.A.Y.A.H!

Bukan Hidayah bt Malek atau Lyanna Hidayah Akmal. Bukan. Hidayah Allah! Konklusinya, kita ibarat berkata, “Oops sorry, saya tak bersedia untuk terima hidayah, aren’t we?" Hidayah ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Mungkin yang sering dirasaai ialah lintasan hati untuk membuat kebaikan. Seperti tergerak hati nak bersedekah, angkat sejadah di masjid dan tolong mak cik tua angkat barang. Namun, sedar atau tak, kita kadang-kadang take forgranted sampai ada ketika menafikan gerak hati itu. AWAS! Itu mungkin petanda hati yang mati. Qalb mayit…


Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W, dosa itu ialah apabila kamu melakukannya, kamu rasa gelisah dan berharap tiada sesiapa tahu tentangnya. Apa ertinya, apabila manusia sudah tidak takut lagi dengan dosa dan mencanang-canangkan di khalayak ramai? Contoh, merokok di tengah jalan? Bermegah-megah dengan baju baru yang tak menutup aurat? Ibarat, seorang pembunuh yang mengumumkan pembunuhannya atau pencuri mewarwarkan pencuriannya! (minta kita semua dilindungi Allah) Apa sudah berlaku pada fitrah mereka? Terbalik…tidak, mereka ‘menebalikkan’ fitrah mereka sendiri! Hingga terhijab hidayah dan petunjuk Allah.

Hargailah setiap lintasan kebaikan dalam hati kerana kita tak tahu bila saat dan ketikanya ia datang. Dan apabila ia pergi, tak akan kembali. Tak perlu bertangguh dalam melakukan kebaikan, even it’s small, it means a lot! Carilah hidayah ya!

Saturday, November 15, 2008

Fake it till ya make it!




“Bukan aku tak nak join usrah kau tu. Tapi, aku ni lain sikitla. Aku tak boleh
nak hipokrit. Afterall this is me”


Dialog ini terlalu biasa dan respon klise untuk menolak sesuatu yang baik dengan cara yang ‘sopan’ dan ‘separa tak bersalah’. Akhirnya insan yang tak sudi untuk hipokrit dan berkompromi dengan perkara yang baik ini, meneruskan hidupnya dengan hipokrasi- menutup mata dan hati, mungkin juga telinga.

Fitrah makhluk, sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah, manusia ini adalah cintakan kebaikan. Even you’re the cruelest and ‘heartless’ person in the whole universe, u wouldn’t smile when u’re back-stabbed, lied. Itu namanya fitrah dan seandainya seseorang itu berpaling daripada fitrah, mungkin boleh x-ray hati dan belah dada. There’s something wrong with a thing called qalb. Dalam satu liqa’, ada seorang ukhti sampaikan kalimah taujihiyah tentang al-qalb. Hati ini ada tiga jenis:



Qalb sihah- hati yang sihat, sentiasa taqarub ila Allah.
Qalb maridh- hati
yang sakit, hidupnya diselang-seli dengan iman dan dosa. Sekejap qawi sekejap
futur. Pagi beriman, petang penuh maksiat.
Qalb mayit- hati yang mati,
sentiasa berpaling daripada kebaikan.

Saya dan juga kamu. Kita sendiri boleh ukur level ‘Indeks Kesihatan Hati (IKH)’. Adakah mumtaz? Ada kekurangan enzim ke? Atau hampir mencecah tahap liver cirrhosis?
Al-wiqayah khairu minal ‘ilaj. Prevention is better than cure.

Apa sekalipun tahap IKH yang kita hadapi, chronic ataupun acute, selagi jantung masih berdegup, selagi ada karbon dioksida yang keluar daripada hembusan nafas, sentiasalah yakin bahawa pintu hospital masih terbuka. Rawat penyakit kita sebelum lebih buruk.
Haruslah kita ingat sesungguhnya tiada penyakit yang sembuh tanpa izin Allah dan segala ketentuan Allah itu berlaku dengan sunatullah.
Seperti seorang pesakit, ada ikhtiar yang perlu diusahakan untuk mendapat rawatan. Even satnding beside him, a super-excellent doctor prescribing the most effective medicine in the entire whole world, it would be meaningless if :
1. dia tak nak buka mulut
2. dia tak nak telan ubat
3. dia buat-buat tidur ketika jururawat datang dll.
Dengan analogi ini, sedarlah untuk mengangkat sebuah buku, bukan menggunakan mulut atau mata tetapi tangan.

You have to fake it to make it. Ketika mula-mula menetap di Fustat, terpaksa menaiki dua buah/ jenis kenderaan setiap hari. Pergi balik, jadi empat. Macam susah. Selepas setahun, ma fisy musykilah. Macam mencuci kerak nasi dalam periuk. Lapisan atas terasa keras, namun lama-kelamaan terasa lembut dan semakin mudah.

Andai pertama kali bangun qiamulail, tak perlulah kata mengantuk (kecuali dia memang tak mengantuk kerana sympathetic attack) kerana orang yang dah berkali-kali bangun pun ada juga rasa mengantuk. Namun, ada kemanisannya di situ. Katakanlah kamu diajak pergi ke suatu majlis ta’lim. Malasnya nak pergi, tapi macam mana ni? Tak sampai hati nak tolak ajakan kawan. Daripada berkata,


“sorry sangat, aku kena jaga anak kucing malam ni. Lagipun nanti tak ikhlaslah.
Kitakan kena belajar kerana Allah. Nanti bila aku dah ready, kau tak ajak pun
aku pergi”
Mungkin ada baiknya kita kata sendiri pada diri sendiri yang
sangat disayangi ini,
“Malasnya nak pergi. Tapi ni benda baik. Pergi je lah.
Sekalipun tak ikhlas nak belajar, anggap ajalah nak menggembirakan hati kawan.
Dapat pahala juga kan?”


Hidayah itu perlu dicari, yaaiyuhal ashabi. We’ve learn this in Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah tingkatan empat. Oleh sebab itu kita diajar untuk berdoa dan meminta daripada Allah. Kita tak akan tahu bila saatnya hidayah Allah akan melimpah ke hati. Sekalipun melangkah kaki ke majlis ta’lim dengan ‘niat yang salah’, mungkin hipokrasi dan kompromi inilah yang akan menjadi bibit-bibit cinta kita kepada hidayah Allah. We never know! Usaha memaksa diri untuk melakukan amal juga adalah usaha mencari hidayah. Namun sentiasalah berdoa pada Allah agar dibukakan hati dan setelah faking belajarlah pelajaran seterusnya iaitu…tajdid niat! Semoga usaha yang kecil, dipandang Allah.

Hamba dan Raja








Tepat jam 1 pagi, Selasa, 20 Jamadil Awal 857 H/ 29 Mei 1453M serangan mujahidin Islam dilancarkan. Takbir bergema memecah kehinangan. Akhirnya, Constantinople dalam genggaman.







Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali parit khandaq,
“…Consatntinople
(Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera…,”
(hadis riwayat Imam Ahmad)



800 tahun selepas hadis ini disabdakan Rasulullah S.A.W, selepas berpuluh-puluh pemimpin cuba menakluki Consatantine, akhirnya Allah mengizinkan Muhammad II atau dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh untuk memegang gelaran ‘sebaik-baik raja’. Persolannya, siapa Muhammad Al-Fateh? Apa istimewanya hamba Allah ini sehingga dikurniakan penghormatan setinggi itu?

Dalam usia 22 tahun, beliau telah dipertanggung jawabkan untuk mengambil alih kedudukan ayahnya sebagai pemerintah negara. Dalam suatu peristiwa untuk memilih imam solat jemaah, beliau telah bertanya kepada semua jemaah yang hadir. Siapa yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah, sebahagian jemaah duduk. Siapa yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sebahagian jemaah duduk. Akhirnya beliau bertanya, siapa yang tidak pernah meninggalkn solat tahajud, semua duduk kecuali beliau. Hanya beliau sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh.

Muhammad Al-Fateh, adalah seorang yang sangat cintakan ilmu, alim ulama’, tentera yang handal dan pemimpin yang agung. Namun, beliau juga seorang hamba Allah yang tawadhu’, sering mengisi malam-malamnya dengan tahajud dan qiamullail.



Beliau pernah berkata, “ Jihadku dengan diri dan harta, tiada apa lagi yang
penting di dunia ini selepas melaksanakan perintah Allah”.


‘Ruhban fil lail wa fursan fin nahar’.

Kita renung sejenak bagaimana Sayyidina Umar Al-Khatab, pemimpin agung empayar Islam yang luas, terkenal dengan ketegasan dan keberaniannya, akan mengalir air matanya, akan basah janggutnya apabila diperdengarkan ayat-ayat al-Quran. Berhenti sebentar. Ayuh kembali ke tahun 2008, dan lihat sendiri diri kita. Apakah kita telah bersedia meneraju sebuah pemerintahan atau masih sibuk membincangkan fesyen-fesyen terkini? Apakah kita telah bersedia mempertahankan negara daripada serangan musuh atau masih leka memuat turun lagu-lagu terkini kedalam mp4? Apakah kita telah mengisi malam-malam kita dengan tangisan dan air mata rindunya kepada Allah atau sekadar bersengkang mata untuk meraikan kemenangan pasukan bola manusia-manusia yang tiada kaitannya dengan kita? Soalan demi soalan. Betapa jauhnya kita daripada kegemilangan yang pernah digenggam Al-Fateh.



As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, “Tanggung jawab lebih banyak
daripada waktu”.


Soalnya adalah pengurusan masa. Kurangkanlah tiga perkara:
1. waktu makan
2. waktu ke tandas
3. waktu tidur

Sedarlah sahabat-sahabat, usia belasan tahun ini adalah usia keemasan. Di waktu inilah, segenap tenaga dan keringat harus dikerah untuk Islam. Jihadlah dalam menuntut ilmu, jihadlah dalam melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar, jihadlah memerangi hedonisme.

Kejar kegemilangan akdemik demi ke’izahan Islam wahai sahabat-sahabat. Kejar kemuliaan di akhirat sebagai hamba Allah yang bertqawa. Inilah ciri-ciri ‘rahib di malam hari, singa di siang hari’. Jangan dirisaukan tidurmu yang hilang kerana kau akan tidur selamanya dalam bahagia di sana. Risaukan tidurmu yang berlebihan kerana mungkin kau takkan dapt tidur lagi buat selamanya.



-edited from Quran Sunnah article to farisjalil

Thursday, September 11, 2008

Alif, Lam, Mim

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan
siang, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. Mereka yang
mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata “ Ya Tuhan kami, tidaklah
engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami
dari azab
neraka.”

-Ali Imran: 190-191

Sebelum berangkat ke bumi Mesir, isu Protaz (profesional ustaz) sering juga dijadikan fokus. Mungkin dahulu membayangkan individu-individu seperti al-Farabi, Ibnu sina yang seimbang ilmu dunia dan akhiratnya, ini responnya:

"Tu dalam buku sejarah je! Buat nama kelas kat sekolah...(contoh 5 Ibn Sina)"

"Zaman tu tak da sistem sekolah macam kita"

"Diorang tu belum dijajah sekularisme"

Apa sahaja. Kesimpulannya, IMPOSIBLElah! Namun, seiring kesedaran dan kekreatifan dalam berdakwah, muncul individu berpendidikan sekular namun fikrahnya syumul islami (ntah apa kalimat yang sepatutnya? maaf, kurang periksa). Keberangkatan ke bumi Mesir, aku dapat mengenali individu-individu ini secara real, bukan cerita orang atau daripada mana-mana bahan bacaan. Grad dengan ijazah kedoktoran, al-Quran 30 juzu' dalam dada beserta 10 qiraat. MasyaAllah tabarakallah! Sebagai seorang pelajar junior yang baru melihat dunia luar, sudah pasti aku teruja, kagum dan juga menyimpan azam untuk mencontohi mereka. Bukan aku seorang yer...

Kini, budaya mengambil kelas hafazan, kelas bahasa arab fushah sebagai 'extra class' sudah menjadi kebiasaan. Alhamdulillah. Namun, ya register kelas, bayar yuran, nggak menjadi masalah. Istiqamah itu persoalannya. Mungkin ditengah-tengah jalan sudah ada yang 'bercuti'. Timbul rasa 'letih'. Rasa masa 'dicuri'.

Semuanya berbalik pada niat kan? Sebenarnya tak ada rugi pun budaya ni. Cuma mungkin kita yang cuba merugikan diri sendiri dengan 1000 of excuses. Janganlah jadikan yang senang itu susah. You are not going to miss your class just because you have to attend your extra class. You are not giving any excuse for not revising the lecture because of hafazing the Quran. It's about time management! Buzz, beribu-ribu kali for myself!!! Kadang-kadang gagal juga dalam time management. Bak kata seorang sahabat, kita kena tau apa core bussiness. Memandangkan kami ditaja oleh JPA (tq..tq), jalankanlah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Sambil menyelam, minum air. Jangan sampai tersedak, jangan sampai karam.
Kalau mampu, kautlah sekali mutiara-mutiara di dalam.

Moga Allah memudahkan urusan insan-insan yang bercita-cita untuk menjadi pejuang agama...

Monday, September 8, 2008

No expired date!

Pertemuan yang sememangnya dirancang. Aku merancang dan Allah mengizinkan. Setahun berlalu sejak keberangkatanku ke Ibu Dunia, pertemuan itu diatur. Ya, aku akui ada sedikit here and there yang terasa kecanggungannya tetapi pertemuan itu harus. Deretan senarai sahabat-sahabat sealma-matre yang memanggil-manggil hati kecilku untuk terus mempertahankan tali silaturrahim. Walau sekadar berpelukkan dan bertanya common question tetap penting bagi menghangatkan kembali ukhwah yang terjalin.

Kadang-kadang kita terlepas pandang. Melangkah ke dunia baru, bertemu teman seperjuangan yang baru, kita terlepas pandang sahabat-sahabat yang ditinggalkan dan meninggalkan. Ukhwah islamiah itu bukan sekadar bertukar-tukar notes, datang rumah makan-makan pada Hari Raya, adu-mengadu. It’s far more than that. What about nasihah?

“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran”. Itu juga mencakupi sisi-sisi ukhwah islamiah.



There’s no expired date in ukhwah! Ukhwah tak berhenti setakat dalam kelas, tamat persekolahan, tamat alam pengajian dan tamat alam solo. Sedaya mampu, kekalkan ukhwah yang pernah manis dan segar suatu ketika dahulu. Biar masa mungkin men’tawar’kan kemanisan ukhwah itu, sekurang-kurangnya pertemuan yang sekali-sekala, sms barang sa, dua, 2 minit panggilan telefon tidaklah membuatkan ia terus hambar lagi pahit.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan
rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan
silaturrahim”
-riwayat al-Bukhari

Antara hikmah memanjangkan tali silaturrahim adalah muncul rezeki yang tak disangka-sangka. Tidak hairanlah orang-orang yang berpengaruh, ahli perniagaan sedayanya melebar luaskan lingkung sosial mereka kerana dengan pertemuan dan perkenalan mungkin mendatangkan rezeki dan hasil. Contoh mudah, lihat sahaja di kawasan penempatan setempat, pasti ada seseorang yang sering menunaikan hak-hak ukhwah. Orang berkenduri, dia turun rewang. Ada kematian, dia bantu menguruskan jenazah. Anak orang melanjutkan pelajaran, dia ziarah memberi semangat. Identiti seperti ini wujud dimana-mana dan menjadi ikon penghubung silaturrahim. Insan-insan ini diluaskan rezekinya, air mukanya tenang, setiap masalah diberi jalan keluar oleh Allah (hanya saja jika niatnya hanya kerana Allah).

Remember, what you give, you get back!

Thursday, September 4, 2008

I've Grad from School!



"Aih camna nak maintain ek nanti bila dah kluar sek?"


"Ramai jer orang yang aktif dgn tarbiyah time sek tp bila dah kluar, hilang gitu je"



Pernahku dengar dialog-dialog begini. Pernah juga aku sendiri menuturkannya. Alhamdulillah, aku kini sedang melaluinya. Fasa perubahan daripada pelajar sekolah yang:
a) tertakluk kepada undang-undang sekolah seperti bertudung (labuh atau tidak)
b) terikat pada bi’ah semasa (especially yang sekolah agama)
c) duduk dengan ibu ayah (kalau xbuat atau buat sesuatu sentiasa diperhatikan)

…kepada pelajar lepasan sekolah (pelajar U, Matrix, Poli, Kolej, pekerja-sebenarnya pekerja yang belajar untuk bekerja) which the situation is usually opposite except in certain cases seperti didikan awal sangat kuat dan bi’ah barunya sama atau lebih baik daripada zaman sekolah.
New place, new buddies, new environment by times it’ll change you in a positive way or invertedly. So true, I’ve seen it and felt it. My bestfriend, Umy, she’s getting hebat dengan dakwah dan tarbiyah in IIUM Nilai which bi’ahnya still terjaga. While, my other bestfriend Atikah she’s real survivor despite her new place.

This is a really common phenomenon, ada juga yang futuur bila dah keluar sekolah. I’m not saying to others but as a reminder for myself too…BuZZ!!!
Ramai yang kata futuur (lemah untuk islah, istiqamah dan berdakwah) sebab bi’ah. Jadi bi’ah salah? Sebenarnya hanya mereka yang hebat dipilih Allah untuk diuji supaya lebih hebat!




La yukallifullahu nafsan illa wus’aha.


Sedih, sedih bila kita sendiri futuur. Dah liat nak qiam. Berat tulang nak pi perkongsian-perkongsian ilmu except yang diwajibkan U. Muamalah yang longgar dll. Jumpa balik member lama yang still hebat macam dulu, rasa malu pun ada. Tapi lebih malu pada Dia. HambaNya ni kurang sifat ihsan- merasakan kebersamaan denganNya setiap masa dan ketika.

Sedih, sedih juga bila lihat sahabat sendiri futuur. Dulu sama-sama dalam usrah, bersama-sama membina impian dan cita-cita seperti

‘Membuka bersama-sama sebuah firm yang islamic. Menjalankan sistem Islam daripada setiap aspek seperti ekonomi, perubatan, undang-undang’ atau
‘Menulis buku-buku yang mebina jiwa seperti Ayat-ayat cinta, Jalan jauh ke kampus’

Kini masing-masing membawa haluan. Ukhwah makin dingin dihembus bayu masa yang makin lama makin menghilangkan kehangatannya. Rasa diri tidak menjalankan tanggungjawab terhadap ukhti seakidah. Membiarkannya futuur. Ikhtilatnya, auratnya dll. So?

It’ something which we all should rethink and for those who never think, think about it now! Take your mahmul (hp) send a cute sms or just say “salamalaik, hi" to your old buddies. A first step, ahead of thousands steps that you’ll take to maintain the ukhwah, meniupkan kembali roh jihad dalam diri, bangkit daripada ke-futuur-an, grab your friends hands and share some lights so that she could see again the path that she had left, and together walking on His path.

Ayuha Syabab




‘ Tercatat sudah dalam sejarah, tujuh pemuda yang beriman,
Melarikan diri ke dalam gua, demi menyelamatkan iman’

Bait-bait lagu ashabul kahfi daripada kumpulan Raihan menjentik kelopak mataku yang kian layu. Bayu Fustat bagai membelai-belaiku untuk menyorok di dalam lihaf. Biar kehangatannya bisa membawaku terbang ke Kepala Batas. Letak duduk flexor carpi ulnaris ku amati buat kali terakhir. Ya Allah, mudahkanlah hambamu dalam exam spotting nanti. Menutup buku dengan penuh tawakal setelah usaha.

‘Disangka tidur hanya setahun, rupanya 309 tahun,
Zaman berubah beberapa kurun, di bumi bersejarah Urdu’


Bait-bait ashabul kahfi masih berkumandang. Imaginasiku terangsang, kembara ke zaman pemerintahan Raja Dikyanus yang sombong lagi zalim. Ashabul kahfi, pastilah mereka pemuda yang cukup hebat. Teguh jiwanya, kental imannya hingga berani-berani mereka bersuara di depan pemerintah yang zalim,
“Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya jika kami berbuat demikian tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran”
- Al-kahfi: 14-

Ku renung mushaf biru dihadapanku. Kitab la raiba fih, masakan cerita pemuda-pemuda berani itu hanya rekaan. Al-Quran membuktikan, pemuda mampu menggegar dunia, menggoncang peradaban. Siapa mampu menafikan keberanian dan kecerdikan Sayidina Ali Karamallhu Wajhah? Keilmuan Sayidatina Aisyah?

Tadabur alam. Langit misr qadimah cerah dihiasi bulan dan bintang. Aku juga pemuda. Sekian banyak keringat ibu ayah, duit cukai rakyat aku terdampar di bumi Kaherah, apa pula sumbanganku? Persis pemuda apa gayaku ini?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. Mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata “ Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”
-Ali Imran: 190-191

Pemuda ulul-albab, merasakan kebersamaan Tuhannya dalam setiap nafas, setiap gerak kerja. Ku hitung-hitung diri. Barisan buku anatomi, fisiologi, biochemistry dan histologi kuamati. Bagaimana itu semua mampu menjadikan aku ulul-albab? Mushaf biru sudah ditanganku. Terngiang-ngiang di benakku, isi syarahan seorang senpai sekolah menengahku,

‘Jika kamu ingin dunia, kamu perlukan ilmu,
Jika kamu inginkan akhirat, kamu perlukan ilmu,
Jika kamu inginkan kedua-duanya, kamu perlukan ilmu’
-Hadis Rasulullah S.A.W

Pokoknya ilmu. Ilmu bisa membuat kamu menggengam dunia atau kamu dicengkam. Pastilah berbeza pemuda yang berilmu dan yang tidak. Sejarah sudah berbicara, ulama’ ulung, saintis terunggul. Ibnu sina, Ibnu Rusyd, Az-Zahrawi, Al-Farabi. Dunia bersaksi tiada agama yang selari dengan sains melainkan Islam. Daripada proses kejadian manusia hingga penciptaan bumi, Al-Quran merakamkan segalanya.

Ya benar, jiwa mudaku dikejutkan. Bayu dari Jami’ Amr wal ‘Asr bagai menamparku. Bangkitlah dari lena wahai anak muda. Hadamkanlah kalam-kalam fisiologi bukan sekadar untuk mumtaz. Fahamilah anatomi dirimu untuk mendekati Penciptamu. Amatilah binaan-binaan seni Tuhanmu untuk merawat saudara-saudaramu. Merawat akidah, siasah dan sahsiah.

Siapa yang membuka Constantinople? Siapa yang membela kesucian Al-Quds? Kini, tugas itu milik siapa? Untuk mencapai qawamah Islam, tugas ini harus digalas pemuda.

1) Memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam
2) Pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam

- Generasi pemuda dan perubahan-fathi yakan

Aku harus bangkit. Berhenti daripada menjadi umat yang merintih. Bangkitlah wahai pemuda!

Tuesday, August 12, 2008

Tugas Siapa?


Saat zaman pramerdeka, isu yang dilaung-laungkan adalah tentang penjajah, raih kedaulatan bumi tercinta. Saat zaman pascamerdeka, isu yang dilaung-laungkan adalah isi kemerdekaan, agar tidak sia-sia. Kita sedar, kemerdekaan itu bukan letak duduknya hanya pada aspek jasadiyah tetapi juga ruhiyah. Imbas kembali, bagaimana dengan kalimah syahadah itu mampu memberi nikmat kemerdekaan buat seorang hamba yang bernama Bilal bin Rabah? Action speak louder than words. Kita boleh berdiskusi apa sahaja tentang penjajahan minda, namun tin kosong itu bunyinya sahaja yang kuat, isinya tiada.

“Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya jika kami berbuat demikian tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran”
- Al-kahfi: 14-


Pemuda Al-Kahfi adalah contoh jiwa-jiwa yang memperjuangkan kemerdekaan. Kemerdekaan berakidah dengan akidah yang sahih. Ya, kita tidak dibelenggu dilema ini, namun konsepnya tetap serupa. Kita juga harus berjihad untuk memerdekakan diri daripada jahiliyah. Ilmu, medan jihad kita.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. Mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata “ Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”
-Ali Imran: 190-191


Gelarlah diri kita apa sahaja, pejuang? Mujahid? Tentera Allah? It means nothing if you don’t strive for it! Ayuh sahabat sekalian, koreksi diri kita bersama. Pembinaan generasi ulul albab, generasi pejuang Islam bermula daripada diri kita. ‘Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di mana sahaja kamu berada’. Tugas untuk mencapai qawamah Islam itu letaknya dibahu pemuda. Bukan calang-calang pemuda dipilih Allah untuk menggalas tugas itu. Seandainya kita tak mampu mebebaskan Al-Quds, tak mampu mengembalikan Constantinople, usahakan agar Kepala Batas itu merdeka daripada belenggu jahiliyah, dijajah dan dijarah mentaliti songsang. Every men live for two days, his own and his children. Jangan ditunding jari kepada kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan apa sahaja proksi yang kita fikirkan bersalah atas penjajahan ini, kerana kita adalah sebahagian daripada kesemua komponen tersebut. Fikir-fikirkan, kita tak mahu menjadi umat yang sekadar merintih. Salam kemerdekaan!