Tepat jam 1 pagi, Selasa, 20 Jamadil Awal 857 H/ 29 Mei 1453M serangan mujahidin Islam dilancarkan. Takbir bergema memecah kehinangan. Akhirnya, Constantinople dalam genggaman.
Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali parit khandaq,
“…Consatntinople
(Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera…,”
(hadis riwayat Imam Ahmad)
800 tahun selepas hadis ini disabdakan Rasulullah S.A.W, selepas berpuluh-puluh pemimpin cuba menakluki Consatantine, akhirnya Allah mengizinkan Muhammad II atau dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh untuk memegang gelaran ‘sebaik-baik raja’. Persolannya, siapa Muhammad Al-Fateh? Apa istimewanya hamba Allah ini sehingga dikurniakan penghormatan setinggi itu?
Dalam usia 22 tahun, beliau telah dipertanggung jawabkan untuk mengambil alih kedudukan ayahnya sebagai pemerintah negara. Dalam suatu peristiwa untuk memilih imam solat jemaah, beliau telah bertanya kepada semua jemaah yang hadir. Siapa yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah, sebahagian jemaah duduk. Siapa yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sebahagian jemaah duduk. Akhirnya beliau bertanya, siapa yang tidak pernah meninggalkn solat tahajud, semua duduk kecuali beliau. Hanya beliau sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh.
Muhammad Al-Fateh, adalah seorang yang sangat cintakan ilmu, alim ulama’, tentera yang handal dan pemimpin yang agung. Namun, beliau juga seorang hamba Allah yang tawadhu’, sering mengisi malam-malamnya dengan tahajud dan qiamullail.
Beliau pernah berkata, “ Jihadku dengan diri dan harta, tiada apa lagi yang
penting di dunia ini selepas melaksanakan perintah Allah”.
‘Ruhban fil lail wa fursan fin nahar’.
Kita renung sejenak bagaimana Sayyidina Umar Al-Khatab, pemimpin agung empayar Islam yang luas, terkenal dengan ketegasan dan keberaniannya, akan mengalir air matanya, akan basah janggutnya apabila diperdengarkan ayat-ayat al-Quran. Berhenti sebentar. Ayuh kembali ke tahun 2008, dan lihat sendiri diri kita. Apakah kita telah bersedia meneraju sebuah pemerintahan atau masih sibuk membincangkan fesyen-fesyen terkini? Apakah kita telah bersedia mempertahankan negara daripada serangan musuh atau masih leka memuat turun lagu-lagu terkini kedalam mp4? Apakah kita telah mengisi malam-malam kita dengan tangisan dan air mata rindunya kepada Allah atau sekadar bersengkang mata untuk meraikan kemenangan pasukan bola manusia-manusia yang tiada kaitannya dengan kita? Soalan demi soalan. Betapa jauhnya kita daripada kegemilangan yang pernah digenggam Al-Fateh.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, “Tanggung jawab lebih banyak
daripada waktu”.
Soalnya adalah pengurusan masa. Kurangkanlah tiga perkara:
1. waktu makan
2. waktu ke tandas
3. waktu tidur
Sedarlah sahabat-sahabat, usia belasan tahun ini adalah usia keemasan. Di waktu inilah, segenap tenaga dan keringat harus dikerah untuk Islam. Jihadlah dalam menuntut ilmu, jihadlah dalam melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar, jihadlah memerangi hedonisme.
Kejar kegemilangan akdemik demi ke’izahan Islam wahai sahabat-sahabat. Kejar kemuliaan di akhirat sebagai hamba Allah yang bertqawa. Inilah ciri-ciri ‘rahib di malam hari, singa di siang hari’. Jangan dirisaukan tidurmu yang hilang kerana kau akan tidur selamanya dalam bahagia di sana. Risaukan tidurmu yang berlebihan kerana mungkin kau takkan dapt tidur lagi buat selamanya.
-edited from Quran Sunnah article to farisjalil
No comments :
Post a Comment