Saturday, May 25, 2013

A piece of her mind: Ikhlas



Seminggu lepas saya sakit.

Begitu diserang virus yang membuatkan hidung berair, imuniti saya hampir punah. Semalam menggagahkan diri mengambil barakah ukhwah, saya ke Hayy Asyir. Rasa sedikit sihat setelah mendapat suntikan sekalipun agak menyakitkan.

Hari ini Allah beri izin bertandang ke warung, minum air coklat dengan madam and madam-to-be. Malamnya pula disambut sekeping note daripada adik sedara dan kek coklat tetamu kehormat. :)

Begitukan, kasih Allah mengalir selalu. Kita yang sering lemah tidak sedar diri. Pun begitu masih sombong denganNya. Masih menyimpan ego yang patutnya dibuang jauh-jauh.

Tetamu kehormat memberi a piece of her mind yang sangat basah:

Kami bicara tentang hati dan dia mulakan dengan ikhlas. Dia ingatkan saya kalam Al-Banna dalam Risalah Taalim, dalam rukun baiah tentang ikhlas.

"Jika tinggalkan sesuatu kerana orang itu riyak, jika buat sesuatu kerana orang itu syirik," dia petik kata-kata Fudhayl bin Iyadh.
Kedua-duanya musuh ikhlas. Ikhlas, tidak berlaku apabila kita mengharapkan mendapat tempat di mata manusia dengan amal-amal kita, sekalipun dengan nama 'demi dakwah', 'demi qudwah'. Ini seni hati yang halus yang banyak meracun para daiyah yang ingin lekas mengambil hati mad'u dan orang sekeliling.
Dia petik kata-kata Amr Khaled, "Niat itu harus ada taalimnya."

Saya mula menyalah-nyalahkan diri. Rasa tak mampu hampir bertalu-talu. Sakit yang mahu kebah, buat saya mahu rebah. Tetamu kehormat sekali lagi memberi a piece of her mind.
Dakwah ini bukan dalam kawalan kita. Allah pemegang talinya. Muhasabah perlu tetapi untuk bertindak, bukan menyebabkan terdampar begini.

Saya senyum simpul. Begitulah dia yang jarang gagal membasuh saya. Antara yang paling berkesan setakat ini. Mungkin bahasanya yang halus membuatkan saya rasa begitu difahami.

Saya tarik nafas. Dua doktor telah saya jumpa. Kedua-duanya tak izinkan saya jadi pesakit terlantar. Malah saya dipaksa bangun dan selamatkan orang sihat! Begitu saya kira daripada azimat-azimat mereka. Memang begitu ubat yang mujarab buat saya. Saya terkenang saat saya mula langkah ingin menyihatkan iman, banyak tolakan saya adalah demi gerakan menyelamatkan orang. Menyelamatkan umat. Dan kini ia terjadi lagi.

6 comments :

ha|ana|zak25 said...

syafakillah.

Umairah. said...

nasihat yang menyentak. erm.

syafakillah.
jaga diri, mira :)

ps: teringat hidung yang berair, dan part bersin pagi-pagi tue. kiut. eh, hehe. i miss you :D

nieyna_90 said...

Syafakillah akak ..

nieyna_90 said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...

Atiqah, Niena: Jazakillah adinda. Terus mendoakan

Umy: Kiut ye?! Kat mesir xjadi macam tu. Tapi kalau menapak je KLIA, startla berair2 tu. ^^

Anonymous said...

Jzzk akk atas persingghn yg sbntr cuma..
Allah tlh hntr akk utk mngjr ana ssuatu yg bermakna, sesuatu yg sentiasa merungsing dn menyedihkn ana.
Allah yubaarik fik.