Wednesday, January 20, 2010

Pagiku di bahu Nil


Kala aku menyusuri bahu Nil pagi semalam, mataku menangkap bekas kaca yang menari-nari bersama alur Nil. Seraya tanganku menangkap cekap bekas kaca itu dan ku buka. Sekeping kertas kumal, ada sebuah harapan rupanya. Adakah ini surat cinta yang terputus di tengah jalan? Adakah ini warkah terakhir orang putus harapan pada dunia? Aku baca…

Kapal akan berlayar sebentar lagi
Tengkujuh sudah berhenti barangkali di balik sana
Anakanda akan berangkat
Bonda, puteramu ini sudah dewasa
Telah kau beri makan yang baik-baik
Telah kau beri kasih yang tak terhingga
Telah kau ajar ilmu yang berguna
Bonda, usirlah air matamu
Anakanda bimbang tubuh gagah ini akan kalah dek esak tangismu
Anakanda tak ingin kalah sebelum berjuang
Kapal akan berlayar sebentar lagi
Nahkoda sudah siap mengatur acara sedari tadi
Bonda, kau ajarku supaya tabah dalam duga
Tabahkanlah hatimu juga wahai bonda
Aku turut diruntun sayu
Jika bukan kerana cita-citaku pada bangkitnya ummah
Jika bukan kerana impian kita pada gemilangnya bangsa
Jika bukan kerana harapan kita berdua
Tak samudera luas ini aku redah, bonda
Bonda, kau bilang lama dulu
Telah kau tumpahkan darahmu melahirkanku
Buat kau hadiahkan pada seri bangsa dan agama
Kau bilang itu bonda
Bonda, puteramu ini telah dewasa
Telah kau asuh begini rupa
Jangan kau sesal wahai bonda
Kasih kita abadi hingga syurga
Usah kau bekalkan aku dengan air mata
Selaksa doalah jua yang ku pinta
Bonda, andai pemuda yang kau lihat ini masih anak-anak di matamu
Berserahlah pada Tuhan kita, Dia yang akan menjaga anak ini
Telah Dia pelihara Sayidina Ali di malam hijrah
Percayalah anak ini disekelilingnya orang-orang baik
Yang impian mereka saling tak tumpah denganmu bonda
Bonda, andai kau kira anak ini telah dewasa
Yakinlah pada asuhanmu
Tak lain kau yakinlah pada Allah dan Rasulmu
Akan pemuda ini serikan peradaban dan sejarah dengan kalam tauhid
Kapal akan berlayar
Aku pergi dulu bonda
Aku mencintaimu bonda
Andai tak bertemu lagi siapkanlah pertemuan kita di taman syurga

Tap. Kertas kumal yang akan hancur ini dibasahi air mata. Ah, tulisan jawi ini kemegahan bangsaku. Lingua franca. Bahasa yang diangkat taraf kerana Islam. Tak ku sangka di Nil ini juga ku temui kesan-kesannya. Tap. Air mataku masih tak berhenti. Ibu, aku amat merinduimu. Tap. Lagi. Aku kembalikan warkah itu ke tempatnya lalu ku pulangkan kembali kepada Nil. Moga ada jiwa-jiwa lain yang akan sudi membaca dan menghayati. Aku melangkah pulang ke Mouniera. Aku terfikir andainya duduk-duduk ibuku di tebing selat Melaka, tercapai olehnya bekas kaca itu, ketahuilah aku panjangkan kalam warkah itu, buatmu juga!

16 comments :

hanan said...

....betul ke akak jumpa?? Just curious..

Bittaufiq wannajah 4 da upcoming xzam..rabbuna yusahhil..doakn saya gak..

hanan said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...

hanan, nnti ikut akk jalan2 kat nil..heheh..jangan malas jogging!

::myrah2005:: said...

salam.
heh.
macam dlm novel je.hehe. :P

sharifah syahirah TSM [chep] said...

dalam sungguh.

tahniah, kerana kita telah mengkerandakan bahasa kita.

jgn smpi bangsa dan agama kita juga turut kita kuburkan.

ayumiza, guna id chep

Puteri said...

sinis...heheh. apabila ada manusia yang menyelak akhbar dan baca isu 'kalimah Allah' dan terus menyelak m/s seterusnya tanpa reaksi..mungkin dia dah tak faham bahasa malaysia??!

~masuk isu bahasa pula ^^

Puteri said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...
This comment has been removed by the author.
sharifah syahirah TSM [chep] said...

salam kakak. =)
adik suka baca blog kakak tau.
entah kenapa.
adik mahu jadi follower, tapi takde pula ruang follower..
hehe..
teruskan menulis ye kak....

all da best.
saya sayang kakak.

ps: sekali-sekala terigin juga jadi adik. terasa diri ini kekurangan kasih sayang daripada kakak.
=)
=)

Puteri said...

nanti saya letak ruang flower yer...saya terpaksa baca berkali-kali...ingtakan mila yang guna account awak. hari tu kan ayu..heheh. xper, walau awak tuuuuua dari saya, saya sudi chep!

sarah said...

menarik..
mira jumoe betul2 ke?

sarah said...

jumpe..

Puteri said...

sarah..nanti kita sembang belakang-belakang k? Alla the best Saro! Lama tak borak dengan kau...

Puteri said...

sarah..nanti kita sembang belakang-belakang k? Alla the best Saro! Lama tak borak dengan kau...

sarah said...

baiklah miro.nak buat cane org bz.=).:-Pgud luck jugak.eh kim salam cik ted.ckp ngan die bile nak dtg umah masak sup kentang.:-P