Sunday, January 24, 2010

Saya suka?


“Mira, apa hobi kamu?”
“Mengumpul setem.”


Ketika sekolah rendah, soalan ini adalah common hatta hingga ke sekolah menengah subjek Bahasa Arab Komunikasi. Seingat saya insya’ (karangan) saya yang pertama dalam bahasa arab bertajuk Hiwayati (hobi saya). Mengumpul setem sejujur-jujurnya bukanlah hobi saya. Cuma untuk mencari satu aktiviti yang ‘boleh’ dinamakan hobi dan lain daripada kawan-kawan sedarjah waktu itu, maka saya pun menjawab begitu. Memang saya ada beberapa koleksi album setem yang diwarisi daripada ayah tetapi rasanya semenjak ayah memberikan saya album itu, mungkin 5% sahaja yang telah saya tambah. Itu pun, setem-setem dari dalam negara, kebanyakannya gambar pokok kelapa sawit. Setem-setem seberang laut, semuanya hasil koleksi ayah saya.

Saya nak bercerita tentang hobikah? Ya dan tidak. Ini cuma secebis catatan buat diri sendiri untuk disemak asal usul diri, untuk sahabat-sahabat yang ingin mengenal diri dan yang paling penting, saya ingin berkongsi sebuah kisah biasa yang mungkin bisa kita raih sesuatu yang luar biasa. Baca sambil berfikir ya!

Setelah pertambahan umur, kali ini soalan yang sama ditanya,

“Mira, apa hobi kamu?”
“Membaca.”



Ya, saya suka membaca. Dari dulu, dari zaman SK Permatang Bertam malah sebelum itu lagi. Perkataan membaca itu, kedengarannya mudah dan simple tetapi cukup bermakna. Bukan sekadar buat saya seorang malah untuk sebuah tamadun. Apatah lagi, wahyu yang pertama adalah iqra!

Genre bacaan, bahasa dan bahan akan membentuk pembinaan diri sesorang. Saya ingat lagi, ketika sekolah rendah, setiap kali melihat patung Barbie (saya tak pernah ada) atau Play Dough saya akan rasa teringin dan berazam untuk menyimpan duit raya bagi membeli mainan tersebut. Namun, akhirnya saya akan laburkan duit raya di Popular CS Sungai Petani. Pada waktu itu Enid Blyton’s Collection berharga RM2.50 sebuah. Biasanya, saya akan beli dua-tiga buah. Saya bermula dengan buku penyiasatan begitu. Saya juga berkongsi minat dengan kawan baik saya ANW. Sering bertukar-tukar koleksi. Pernah sekali ketika darjah tiga, saya membawa sebuah novel cinta yang saya ambil dari rumah nenek saya (mungkin mak teh punya) ke sekolah. Seorang teacher memanggil saya ke mejanya,


p/s: bersambung...doakan baki-baki perperiksaan. Moga kamu sentiasa di dalam rahmat Allah!

4 comments :

mohd hazwan salleh said...

hiwayati jama3attowabi3.

jawapan ni valid sampai darjah 6 je.
ade satu album.

pastu dah kurang minat. mybe sebab penggunaan setem makin berkurang..

::umairah shafei:: said...

tup!
terhenti di situ.
orang dah syok2 baca. hehe.
nanti update ye. ok, pas exam. hehe.
xsbr nk tau~
all the best!

:]

sharifah syahirah TSM [chep] said...

hobi : obses kepada sesuatu.

manusia akan tercari-cari apa yang diobseskan. nak memenuhi hidup lah katakan.
tapi hakikatnya, kita hanya perlu obses dengan tuhan.

ya, saya pernah tulis dalam ruangan hobi adalah bermain dengan kucing. huhu.
=)

moga2 obses dgn tuhan itu yg utama

all da best kakak!

Puteri said...

main dengan kucing...saya teringat kisah DF Umar Al-Tilmisani dengan anak-anak ayam.
----------------------
cikgu saya pernah kata hobi tu apa yang dibuat pada masa lapang...

kalau masa lapang tu xwujud sebenarnya macam mana??? xda wujudlah sesuatu yang dinamakan hobi tu. begitu? jom fikir...

ada kata-kata, "If you love the job, it isn't a job anymore"