Kadang-kadang kita terlepas pandang. Melangkah ke dunia baru, bertemu teman seperjuangan yang baru, kita terlepas pandang sahabat-sahabat yang ditinggalkan dan meninggalkan. Ukhwah islamiah itu bukan sekadar bertukar-tukar notes, datang rumah makan-makan pada Hari Raya, adu-mengadu. It’s far more than that. What about nasihah?
“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran”. Itu juga mencakupi sisi-sisi ukhwah islamiah.
There’s no expired date in ukhwah! Ukhwah tak berhenti setakat dalam kelas, tamat persekolahan, tamat alam pengajian dan tamat alam solo. Sedaya mampu, kekalkan ukhwah yang pernah manis dan segar suatu ketika dahulu. Biar masa mungkin men’tawar’kan kemanisan ukhwah itu, sekurang-kurangnya pertemuan yang sekali-sekala, sms barang sa, dua, 2 minit panggilan telefon tidaklah membuatkan ia terus hambar lagi pahit.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskanAntara hikmah memanjangkan tali silaturrahim adalah muncul rezeki yang tak disangka-sangka. Tidak hairanlah orang-orang yang berpengaruh, ahli perniagaan sedayanya melebar luaskan lingkung sosial mereka kerana dengan pertemuan dan perkenalan mungkin mendatangkan rezeki dan hasil. Contoh mudah, lihat sahaja di kawasan penempatan setempat, pasti ada seseorang yang sering menunaikan hak-hak ukhwah. Orang berkenduri, dia turun rewang. Ada kematian, dia bantu menguruskan jenazah. Anak orang melanjutkan pelajaran, dia ziarah memberi semangat. Identiti seperti ini wujud dimana-mana dan menjadi ikon penghubung silaturrahim. Insan-insan ini diluaskan rezekinya, air mukanya tenang, setiap masalah diberi jalan keluar oleh Allah (hanya saja jika niatnya hanya kerana Allah).
rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan
silaturrahim”
-riwayat al-Bukhari
Remember, what you give, you get back!
No comments :
Post a Comment