Saturday, October 9, 2010

Damai & Tenang


Malam ini sejuk. Malam ini menyegarkan. Musim sejuk datang.

Sejuk ini menyegarkan diri. Sejuk ini menyucikan jiwa.

"La ilaha illa Allah. Tiada tuhan selain Allah," melantun terus lafaz tauhid.

Tazkiyatunafs, bersih jiwa, suci jiwa. Moga mampu pulang kepadaNya dalam ketenangan. Diredhai Pemilik langit dan bumi.

Angin bertiup lembut dan dingin. Udara berdebu, rasa bersih. Bersihlah hati, bersih. Angin bawa bersama damai & tenang. Diri merindui pelukan cinta Allah. Moga tak lemah digugat sejuk, moga mampu bangkit bermunajat kala dinihari.

Diri bergerak mencari haba, dalam dakapan hangat redhaNya. Terus bergerak, kedua-duanya hangat dan dingin mencetus nyaman. 

Sekali-sekala tercari-cari arah, bintangkan ada penunjuk jalan. Alam akan terus berbicara. Antara dengar dan tidak. Mungkin yang punya telinga boleh jadi pekak. Hidayah itu urusan Dia.

Bahasa apa aku bicarakan? Adakah yang akan mengerti? Aku yakin ada.

Alhamdulillah ~aku manusia hamba dan khalifah.

3 comments :

::umairah shafei:: said...

salam.
mira dah cetuskan bahasa jiwanya.
kannn..dah kata? hehe. :)
insyaAllah..Allah mudahkn utk mmhmi.

mira..tempias terkena salju itu.
sejuk dan nyaman jgk pg nie.
alhamdulillah..
tima kasih byk. :D

::umairah shafei:: said...

mira..trus brharap ye.
moga damai & tenang ini,
akan terus menyusuri hdup kita..
smpai ke akhirnya.

psg azam..mg thun2 dpn.. ada la reunion damai & tenang kat umah mira. n shbt2 kita suma ada. heh. mcm umah asiah yusra part last.

amin3 ya rabb.:D

Puteri said...

Jzakillah umy... impian hari ni kenyataan hari esok. Amiin