Wednesday, October 6, 2010

6 Oktober

             credit
                                                                 
Saya menulis under effect of caffeine. Saya bukan peminum caffein tegar, maka berlakunya up regulation. Reseptor menjadi sensitif walau dosnya rendah. Berdebar-debar. Sedari tadi menatap skrin komputer ini dengan harapan untuk menghadam beberapa bahan fikrah, berita tetapi debaran jantung membuatkan saya kurang fokus. Mujur hari ini hari cuti sekolah

Hari ini cuti 6 Oktober, cuti am Mesir.  Sittah oktober (Ramadhan) 1973, tarikh keramat buat warga Mesir. Bukan itu sahaja, buat umat Islam seluruhnya.  Mesir berjaya mengalahkan Israel dan hingga sekarang kita masih menantikan (baca: berusaha) untuk mengembalikan kegemilangan itu. Ramai yang berpendapat faktor kejayaan sittah oktober adalah kesatuan negara-negara arab, penglibatan ulama dalam strategi perang, saff tentera Mesir yang mengimani jihad (ramai ahli ikhwan muslimin yang terlibat). Wallahu a3lam. Saya sendiri mendapat maklumat ini secara verbal dalam pelbagai versi. A3la kulli hal, kita muhasabah balik di mana kita dalam agenda kemenangan Islam (saya sedang rasa bersalah kerana kurang produktif hari ini jangan minum kopi dah). Jika kamu pernah lihat apa-apa video tentang silsilah kemenangan umat Islam dalam bulan Ramadhan seperti Badar, pembukaan Andalus, kebanyakan akan terhenti pada Sittah oktober. Mungkinkah kita akan beroleh menang lagi?  
Pasti! Cuma bila? Allah sahaja yang tahu dan kita harus terus bergerak.


hari ini sejuk~credit

Saya rindu sahabat saya. 

2 comments :

::umairah shafei:: said...

subhanallah.
bila bgabung IQ, EQ dgn SQ, itulah hsilnya..KEMENANGAN.
kita tahap mn nieh, mira..
IQ still blur2 lg. xbyk ilmu. EQ tgh blajar lg. nk hndle organisasi pn kdg2,xbkyknn lg. SQ pn tgh bina lg.
ya Allah..mg dipermudahkan smuanya.
mg2 kita plak akn jd generasi ghuraba' tue. Allahhu Allah..
doakan aku slalu, mira. doakan aku cpt naik stapak dmi stapak.
lbh fhm.

mira..stiap kali bc buku bru, bleh kngsi ngan aku tak? anything. bg tjuk bku eh. bntuk pdf pn xpe, nnt aku cr. so, kita bleh bkmbg dgn kfhmn yg i'Allah, sama.. ikatan hati jgk tue, kan? ehehe.

salam syg rindu peluk cium.
Gombak.

Puteri said...

insyaAllah umy. malam tadi hati bergalau. aku reread tautan hati. ingatan tumpah ke gombak (ecece walau aku xtau rupa uia gombak tu macam mana?. salaing mendoakan. InsyaAllah aku cuba update dgn hg apa yg aku baca. moga terus bertahan, bertahan. kita pertahankan ukhwah ni lewat cita-cita kita bersama. amiin. irhamna ya rabb!