Saturday, October 2, 2010

Ambil sabar!

Moga pagiku esok sesegar embun~ kredit


Alhamdulillahi Rabbil A3lamin,

Pos yang keempat dalam hampir seminggu. Agak rancak sedikit. Saya tak tahu bila masa turunnya, ingin terus berkongsi selagi ada daya. Hari ini kelas bahasa arab saya telah bermula.

Dalam banyak-banyak pelajaran, perbincangan hari ini, ada suatu bab yang menyebabkan saya tersengih-sengih depan ustazah.



Tulisan.

Setelah setahun lebih saya belajar, hari ini dengan rasminya ustazah meminta saya belajar menulis huruf-huruf hijaiyah dengan betul. Maknanya yang patut di atas garisan berada di atas, yang di bawah berada di bawah. Macam budak-budak belajar menulis. Saya senyum. Saya tak marah dan tak pelik kerana saya sedia maklum kelemahan saya dalam seni menulis, melukis mahupun ejaan. Tulisan saya boleh dibaca tetapi tidaklah cantik. I guess I inherit it from someone ^^. Daripada dahulu banyak doa orang akan 'tulisan doktor' saya, Alhamdulillah saya insyaAllah akhirnya menjadi doktor. Amiin.

Saya sangat selalu keliru dalam ejaan, termasuklah bahasa Inggeris. Dahulu saya fikir ini hanyalah perkara kecil, walaupun saya terpaksa berhempas-pulas belajar mengeja untuk score dalam English 1119 tetapi lama-kelamaan saya sedar,
It's not a matter of precise spelling, It's a matter of sensitivity and not taking for granted. 

Kalau saya lebih berhati-hati dan memeperhatikan huruf satu-persatu, saya tak akan silap, cuma mungkin tersilap. Pengajarannya, saya lebih kenal the other side of myself. Saya perasan tabiaat ini kerana saya selalu membaca dengan cepat dan saya perlu mengulanginya sekali lagi.

Tetapi perjalanan hidup menuntut kita membacanya dengan teliti, dengan mata hati yang jernih kerana masa berlari tak akan kembali. Sesungguhnya dalam perjalanan hidup kita akan menempuhi pelbagai perkara tetapi adakah kita ambil cakna? Apabila saya fikirkan tabiaat saya yang satu ini, I wonder how many things that had already came across me but I did not notice, took for granted, did not learn from them? Banyak. Bayangkan apabila kita membaca Al-quran, kalau kita tidak sensitif, mengambil mudah semua perkara, banyak sekali i3brah yang kita terlepas. Pada alam, banyak sekali pengajaran. Pada pengalaman, pada sakitnya jatuh dan indahnya bangkit kembali. Alhamdulillah a3la kullu hal. Positif. Ini suatu proses tarbiyah daripada Allah.

Seperkara lagi, tentang perkara yang saya pernah pandang kecil ini, ustazah katakan kepada saya,

سنفعل هذا لان امامي اميرة هي التي ستكون مميزة في كل شئ
"Kita akan buat perkara ini (latihan penulisan) kerana depan aku adalah Amirah yang mumayizah (istimewa)  pada semua perkara!"
Ustazah saya ini, seorang pakar motivasi! Bagi ustazah, being Muslim is being the best, only the best nothing less.

Supaya tidak mengambil 'mudah', saya akan cuba mengambil 'sabar'!

Mulakan minggu ketiga Community Medicine dengan penuh energi. ^^

3 comments :

kin said...

puteri, ustazah yg mana satu ni?

**cik lin & jiha da sampai umah ptg tadi..tunggu cik kinah pulak sampai pg esok..dtgla makan kue raya :)

::umairah shafei:: said...

rindu pada tulisan doktor tue.
hehe. :)

alhamdulillah..trnyata org yg segar mmpu mnyegarkan org len.

thanks mira!

Puteri said...

kin: ustazah huda
kuih raya banyak dah kat rumah ni, heheh

umy: kenapa dalam entry selalu 'menitik'? tp, yg the latest menitik kekuatan, this one xpe! smile & strong umy. u're not alone... miss u