Monday, January 10, 2011

Negeri 5 Menara

jasad akan rosak dan hancur, roh dan jiwa tidak terkubur

"Abang, akak nak satu buku yang berat (isinya), satu yang ringan sikit"

Dua buah novel sederhana tebal terbang dari Kepala Batas ke Kaherah. Hadiah ulang tahun ke 21 yang pertama kali daripada abang! ^^

Sebuah novel berat (menurut abang) buah tangan Isa Kamari belum sempat aku baca, bahkan screening pun belum dek jadual yang sedikit padat dan peperiksaan yang menyempit masa dan ini Negeri 5 Menara karya a. Fuadi dikategorikan sebagai 'ringan' baru sahaja aku tamatkan.

Dalam tulisan yang lepas, aku telah menyatakan hobi dan keghairahanku yang satu ini. MEMBACA. Sejak terbang ke bumi arab ini aku mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan bahasa Arab. Alhamdulillah, besar sungguh khasiatnya ^^,  hingga aku bertekad anak-anak aku nanti akan aku paksa galakkan untuk menguasai bahasa arab. (Ini boleh buat entri baru!) Dek kerana sukarnya mendapat bahan mentah bahasa melayu untuk minatku ini di sini, maka alternatifnya membaca blog-blog yang sealiran dengan genre-genre kesukaanku. Bukan semua novel/bahan bacaan aku sapu.

Negeri 5 Menara

Aku kini berada salah satu negeri daripada 5 menara tersebut. Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah buku ini buku sejarah? Atau geografi? Atau seperti 'ringan' yang aku sebutkan mungkin sebuah buku detektif yang cuba merungkaikan misteri harta karun di bawah 5 menara? ^^

Teruskan meneka kerana aku tak berniat untuk menjadi penulis sinopsis novel.

Cuma ada beberapa kalimat atau pengajaran yang aku suka untuk kongsikan di sini. Buat pembakar semangat aku dan juga kamu.


'Niatkan berjalan sampai sempadan, Belayar hingga ke pulau'
Kerjakan, usahakan hajatmu sehabis tenaga, sehingga akhir.

'Man jadda wajada'
Amru Khaled selalu mengulang-ulang kata-kata ini

"Anta mu3jizah hazihil ummah"
Mukjizat untuk ummat Muhammad adalah berusaha, berjuang dan berkorban dengan DIRInya sendiri.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, DIRI dan harta mereka, degan memberikan syurga untuk mereka" ~at-taubah: 111
Terlalu banyak scenes yang membuat dadaku berkobar-kobar. Terlalu banyak frasa-frasa yang membakar semangat. Mungkin itu yang akan aku ulang-ulang dalam tulisan-tulisanku yang mendatang. Buku ini tidaklah 'ringan' cuma 'berat'nya perjalanan penerokaan buku ini dihiasi suara-suara yang bersorak agar aku terus bergerak menyentuh impian dan cita-cita meskipun aku perlu sendirian dalam perjalanan itu. Sekalipun aku harus tersungkur dan berparut sini-sana. Itu yang meringankan mata ini melawan eyes' muscles strain.

Berpijak di bumi

Alhamdulillah, tamat sesi peperiksaan Ophtalmologi. Bermakna aku ada 5 hari sebelum memulakan round ENT. 5 hari yang menuntut diisi dengan senarai Target of the Day yang panjang, cuma aku perlu menjadi raja kepada diriku yang tak menderhaka kepada Raja sekian alam dan tidak menjadi hamba kepada nafsu! Aku sedang membina menaraku.

"Kullukum Rae3n"
 Man jadda wajada...

Semakin banyak kata-kata yang keluar dari mulutku sedang menuntut untuk direalisasikan. 
Semakin aku takut untuk membuka mulut dan menyatakan yang sepatutnya.
Semakin aku tahu di sana ada Dia yang memberi aku kekuatan dalam setiap helaan nafas...

No comments :