Sunday, June 5, 2011

Mujahadah + Taubat = Nikmat


Antara nikmat di dunia, moga di akhirat juga


Bismillahirrahmanirrahim,

الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور
Terlalu banyak nikmat yang diberi, terlalu banyak keculasan kita dalam menjalankan amanah.
Suatu hari,
“Akhawat, kalau disebut nikmat, apa benda yang paling best?”
“Blackberry!”
“Rumah yang bumbungnya nampak langit!”
“Family!”
“Pandai menulis!”
“Ukhwah fillah!”
“Redha Allah!”
“Syurga!”
Terhenti di situ. Kanak-kanak itu telah menyebut apa itu nikmat bagi mereka. Sang guru pun tersenyum.




 

Sunyi. Tiba-tiba sang guru membacakan sepotong ayat:



وجوه يومئذ ناضرة إلى ربها نا ظرة


-Al-Qiyamah: 22-23

 
“Berapa ramai yang menganggap melihat Allah itu suatu nikmat?”

Satu-satu wajah anak muridnya ditatap, penuh kasih. Masing-masing menunduk. Tup, ada air mata cintakan Allah gugur menyapa bumi.
 
“Dalam tafsir fi zhilal al-quran, Sayyid Qutb menyatakan bagi seorang mukmin melihat Allah adalah sebesar-besar nikmat yang pernah wujud dalam dirinya. Tiada lain.”
Bayangkan, sejak awal kelahiran,
“Allahu akbar Allahu akbar, asyhadu an la ila ha illallah”
Nama Allah dibisikkan ke telinga. Hari demi hari berganti, diajar cara solat, diajar mengenal Tuhan. Nama yang diulang-ulang, Allah. Adakah tidak ada sekelumit rasa rindu, rasa ingin ketemu?
Saban hari bermujahadah melawan nafsu, untuk siapa?
Saban hari menafikan kenikmatan dunia yang berlebih-lebih, demi siapa?
Subahanallah!

Nikmat terbesar . Saya sendiri tak menyangka ‘kewujudan’ nikmat ini. Tidak terlintas sehinggalah saya membaca tafsir ayat ini. Selama ini, saya rasakan syurga yang mengalir sungai dibawahnya, dah cukup besar walau hakikatnya, bayangan saya terlalu dangkal dibandingkan yang sebenarnya tetapi nikmat yang satu ini, Allah. Bayangkan, wajah mereka diwaktu itu berseri-seri kerana kegembiraan tak terhingga. Apakah ini balasan kerinduan pada Allah hingga sanggup mengekang nafsu daripada nikmat-nikmat yang sementara? Allahlah sebaik-baik pemberi ganjaran.
Tetapi kawan, tak semua dikurniakan rezeki melihatNya. Tak semua layak menerima anugerah terindah ini. Sesi saringan berlaku setiap masa, setiap ketika.
Ketika anda membaca tulisan ini, ketika anda menikmati juadah tengah hari, ketika sedang asyik meratah bangkai ukhti, ketika mata menjamu hidangan neraka, ketika, ketika…

Para sahabat, mereka juga manusia

Kita imbas kisah perang Tabuk. Rasulullah dan para sahabat berangkat ke medan peperangan yang jaraknya 1000 km dari Madinah. Cuaca panas terik, pokok-pokok sedang berbuah ranum. Maka, ada yang mengingkari perintah Rasulullah dan mereka adalah al-munafiqun berserta tiga orang yang istimewa.
Setelah kembalinya Rasulullah dan para sahabat daripada perang yang meletihkan itu, maka orang-orang munafiq memberi pelbagai alasan keuzuran mereka daripada perang melainkan tiga orang yang kisah taubat mereka diulang-baca hingga hari ini di dalam Al-quran.
Dan terhadap tiga orang yang ditinggalkan. Hingga ketika bumi tersa sempit bagi meraka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah (pula berasa) sempit bagi mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksaan) Allah, melainkan kepadanya sahaja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. –At-taubah: 118-
Soroti detik-detik fathu makkah. Ketika fathu Makkah makin hampir, Rasulullah mengarahkan agar persiapan perang dilaksanakan. Ramai yang tertanya-tanya ke manakah destinasi peperangan kali ini. Adakah Rom atau siapa? Daripada para sahabat diseluruh Madinah, Rasulullah hanya memberi tahu perancangan baginda kepada sebilangan kecil sahaja dan antaranya adalah ahli Badar.  Hatib bin Abi Balthoa3ah, salah seorang ahli Badar yang mengetahui perancangan Rasulullah, akhirnya dek kerana gusar nasib kaum keluarganya di Makkah, cuba menghantar utusan ke Makkah untuk meminta keluarganya kekal di dalam rumah agar terselamat. Namun, Jibrail telah menyampaikan wahyu akan hal itu kepada Rasulullah dan utusan itu berjaya ditahan sebelum surat tersebut sampai ke Makkah. Berlaku beberapa dialog antara Rasulullah, Hatib dan para sahabat, akhirnya nyata Hatib tidak sampai bermaksud mahu mengkhinati agamanya, dan dia juga merupakan ahli Badar yang dosa mereka sebelum dan selepas Badar telah pun diampunkan, maka Hatib diampunkan.
Dua kisah besar ini, dan banyak lagi kisah para sahabat di dalam hadis yang menunjukkan meraka ini adalah manusia. Manusia yang punya nafsu dan perasaan. Namun di sisi lain, mereka juga adalah manusia yang tak putus-putus bertaubat dan bermujahadah. Sekalipun, ahli Badar yang dosa mereka telah diampunkan Allah.

Mungkin titik taubat dan mujahadah ini, yang membezakan kita dan mereka, kita dan orang-orang sekeliling kita. Tiada yang ma3sum kecuali Nabi. Jangan melagendakan kisah para sahabat sehingga kita tidak rasa ianya untuk kita ikuti. Sehingga ianya kedengaran seperti hikayat putera-putera kayangan! Apa erti sirah, kalau bukan untuk kita berpegang kepadanya dan beramal dengannya?  

No comments :