Sunday, June 19, 2011

Jika bukan engkau





Di saat kau berasa kau bukan orangnya
Sila khabarkan siapa orangnya
Agar aku turut mendengar daripada mulutnya
Yang dia juga bukan orangnya

Di saat alam disapa malam
Telunjuk tunding-menunding
Lalu apabila cahaya rembulan singgah ke bumi sekali-sekala
Telunjuk disembunyi ke belakang
Sunyi
Hanya sedikit
dengan berat menerima amanat
Menyambung tugasan sang mentari di malam hari
Yang lain dengan pantas berkata
Aku bukan orangnya
Jariku tidak runcing
Tanganku pendek

Lalu aku tanyakan lagi
Siapa orangnya?
Tunjukkan padaku
Bukankah manusia tidak simetri, bervariasi
Maka kau ukur runcing dan panjang itu bagaimana?

Masih kau terus berkata
Aku bukan orangnya

Jaga-jagalah kawan
Aku bimbang kau juga bukan orangnya di sana
Saat si tangan-tangan pendek berkumpul menikmati lu’lu wa marjan di jari-jemari
Sedang mereka juga tak sempurna

Amirah AJ
NADA

4 comments :

umairahshafei said...

semua yang kau tukilkan, sahabat..
indah-indah belaka!

subhanallah. (:

moga sihat2 selalu. amin3.

Puteri said...

tangan aku pendek umy O_O..

doakan terus-terusan ye. jzkk

dhiya_rs said...

suka puisi ni

Puteri said...

awak! ^^ lama x duduk2 berdua. jaga diri, jaga iman yer..i know u always did that ;)