Janji Allah~ tiba apabila ia tiba |
Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah lebih dua minggu kembali ke bumi kontroversi ini. Dari dahulu, Mesir memang terkenal dengan sejarah mengubah dunia. Lahirnya Nabi Musa yang dihanyutkan ke Sungai Nil lalu ditemui Asiah dan membesar dalam istana Firau3n. Kisah epik yang sangat dramatic dengan turun naik plotnya. Bertemu Zipporah atau Safura dan saudara perempuannya, anak gadis Nabi syuaib yang akhirnya diambil menjadi isteri. (Walaubagaimanapun nama anak nabi syuaib tidak dinyatakan dalam Al-Quran). Di bumi ini laut merah terbelah. Qarun ditenggelamkan.
Di bumi ini, Nil tunduk pada Pencipta sekelian alam. Umar Al-Khatab mengutuskan surat supaya Nil terus mengalirkan airnya jika benar taat pada Allah. Di sini, Saifuddin Qutuz mengatur langkah hingga Tatar tersungkur menyembah bumi. Ini bumi sejarah yang tak kurang saintifiknya. Ilmu pengajian Islam dan cabang-cabangnya apatah lagi.
Kali ini, sejarah tercetus lagi.
77.2% rakyat Mesir bersetuju dengan perubahan perlembagaan dalam kutipan suara (referendum) yang diadakan dua hari lalu. Bermakna, pilihan raya Mesir berkemungkinan diadakan dalm tempoh 6 bulan lagi. Bermakna, keadaan akan lebih stabil buat seketika.
Dialah yang mengutus RasulNya yang membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya. –As-Saff: 9
Sejak sekian lama Ikhwan Muslimin dikekang daripada mengesani masyarakat dengan pelbagai cara, tuduhan palsu, dipenjara, diharamkan, penipuan kertas undi dan lain-lain. Seolah-olah jalan mereka telah tertutup, terus! Baru sepatah dua berkata-kata, sudah ada yang menanti untuk menyeret ke penjara. Bukan sedikit nama-nama besar yang terus tegar menyebarkan fikrah Islam yang sahih mendiami rumah kedua di penjara-penjara bawah tanah seperti Mustafa Masyhor, Farid An-Nagar, Zainab Al-Ghazali dan lain-lain. Tidak kurang yang dibuang negara dan di hukum mati. Seolah-olah perjuangan ini tidak akan berganjak walaupun setitik. Di kepung daripada segenap arah. Katakanlah apa yang tidak dilakukan oleh rejim-rejim sebelum ini dan sekutu mereka Israel untuk by hook or by crook membenam gerakan Islam dan mematikan fikrah Islam.
Siapa sangka dalam takdir Tuhan tertulis, Thaurah Syabab 25 Yanayir (Revolusi Pemuda 25 Januari). Bukan dalam agenda Ikhwan Muslimin untuk mencetuskan guling kuasa ini tetapi ini sunatullah yang harus difahami setiap orang bahawa yang zalim tak akan kekal di atas dan keadilan akan tetap terlaksana samada di dunia atau di akhirat. Sedikit sebanyak dengan kejatuhan rejim Mubarak, kini Ikhwan Muslimin boleh bersemuka dengan masyarakat dengan lebih terbuka. Bersemuka dalam erti kata menaiki satu anak tangga lagi dalam merealisasikan cita-cita mereka dan kita semua, agar umat mengerti dan mahukan Islam yang sahih sebagai cara hidup. Bersemuka untuk menyampaikan kefaham dan menunjukkan tauladan. Ini mungkin tidak pernah dibayangkan akan terjadi dalam tempoh 2 bulan. Ikhwan Muslimin dan Hizbu Watoni (parti rejim yang digulingkan) adalah antara parti yang menyokong penerimaan perubahan dalam perlembagaan. Kebanyakan parti lain tidak menyokong. Keputusan majoriti 77.2% yang memihak pada kempen Ikhwan menunjukan peluan mereka untuk mengesani masyarakat adalah lebih baik. Kain rentang Ikhwan, “Naa3m li ta3dilat dustur”, terpampang di sekitar Sayeda Zainab, itu sekadar dalam pemerhatian saya.
Janji Allah benar dan tugas kita adalah meyakininya. Keyakinan dibuktikan dengan perbuatan. Buatlah apa sahaja untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam. Action speaks louder than words. Jangan menggigit jari andai sahabat-sahabat disekeliling kita dinobatkan sebagai wira-wira Islam. Gembira tiada sudah di istana syurga sambil berborak-borak amalan apa yang melayakkan mereka di syurga yang tinggi itu sedang kita, hanya duduk dan menanti dari bawah. Jangan gigit jari!
Binalah Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak disekelilingmu!
In oder for the world to change, it begins with you!
No comments :
Post a Comment