Bismillahirrahmanirrahim.
Rabbana lakal hamd ya Rabb. Allah sebaik-baik Pemberi. Allah sebaik-baik Pencatur.
Ini tulisan pertama di Reflex Arc semenjak Kebangkitan Mesir. Semenjak saya menjejakkan kaki ke bumi tercinta ini. Terlalu banyak yang berlaku secara fizikal, emosional dan spiritual. Merekodkan tulisan ini secara zahir, setelah lama tertulis di benak fikiran membuatkan lafaz syukur kepadaNya seakan tak pernah ada. Seakan tak pernah bersyukur kerana terlalu banyak yang diberi, sedang bibir terlalu mudah untuk mencebik dan merungut. Tak terhitung nikmatNya hingga jari tidak berjumpa pangkal dan pucuk tulisan. Maka, jari terus menekan butang-butang ini seperti mengalirnya air sungai. Jika anda ingin berakit-rakit di sini, semoga berjumpa hasil imannya.
Sinergi
Saat ini saya berada di Segamat, Johor bekhulwah jauh daripada orang-orang. Saya angkut bersama novel Sinergi tulisan Hilal Asyraf yang saya ambil dari perpustakaan Koleksi Jalil & Azimah. Membaca kali ini, bukan untuk mengetahui jalan cerita (walau saya tak pernah baca novel ini, tetapi telah diceritakan oleh ukhti Sakinah Kamil) tetapi untuk turut menyerap energi sinergi ukhwah yang ada dalam tulisan beliau. Sebetulnya safar saya pada kali ini, adalah safar ziarah kaum keluarga di Johor dan Negeri Sembilan, ingin berangkulan mesra dengan akhwat di Anjung Rahmat dan bermalam bersama serikandi tersayang di UIA. Allah sebaik-baik perancang. Berita panggilan untuk menghadiri kursus BTN di Balik Pulau diterima petang tadi. Jadual perjalanan harus dirombak. Kalau tidak kerana hadis pertama (hadis niat),
Along dan Angah
Sempat menziarahi sepupu saya di SMK Seri Kenangan petang tadi. Pertemuan setelah setahun lebih tidak bertemu dalam tempoh sejam lebih. Puas diizinkan Allah menatap wajah along dan angah.
Along and Angah,
My sweet and cute cousins, I really love both of you. Take good care of yourself and your iman. Beauty don't last forever but iman will.
It's midnight, lights off. Tomorrow, off to Port Dickson...

Sesungguhnya setiap amalan itu terletak pada niat!pasti perjalanan jauh dan singkat ini terasa tidak berbaloi. Terdetik di hati hebatnya Allah memotivasikan kita. Dia telah aturkan yang terindah. Tugas kita adalah untuk percaya. Maafkan ana ukhti sekalian. Moga digantikanNya dengan pertemuan yang lebih indah.
Along dan Angah
Sempat menziarahi sepupu saya di SMK Seri Kenangan petang tadi. Pertemuan setelah setahun lebih tidak bertemu dalam tempoh sejam lebih. Puas diizinkan Allah menatap wajah along dan angah.
Along and Angah,
My sweet and cute cousins, I really love both of you. Take good care of yourself and your iman. Beauty don't last forever but iman will.
It's midnight, lights off. Tomorrow, off to Port Dickson...
No comments :
Post a Comment