Wednesday, March 30, 2011

Ku pulangkan


Bismillahirrahmanirrahim

Ku atur nafas perlahan

Tenang dipelukkan kedinginan malam

Musim sejuk sedang maju mundur

Musim panas mula menjengah-jengah

Musim diriku juga antara keduanya

Gelap yang mula merangkak pergi

Cahaya yang mula menyeledup masuk

Menghiasi jendela hidupku



Aku yang duduk bertafakur di suatu sudut bumi Allah ini

Menanti

Butir-butir tasbih berpindah dari satu ke satu

Ku hembuskan nafas perlahan

Bersamanya ku lepaskan segunung impian yang membongkah dalam jiwa

Biarku pulangkannya pada Sang Pencipta

Kerana aku tak mampu lagi memintal cita-cita dengan khayalan

Yang aku perlukan adalah keringat dan air mata



Alangkah damainya tatkala rindu menjejak syurga

Kerana tak semua mampu mengidamkannya

Kerana dunia lebih lazat katanya

Alangkah damainya tatkala Ilahku beraja di kalbu

Kerana tak semua mampu mengesakaNnya

Kerana ternyata dunia lebih mempesona



Ku ukir senyuman pada bulan

Kerana kami berkongsi cinta

Yang padanya ku pulangkan cita-cita

Biar kembali hadir dalam redhaNya.


NADA
8.40 pm

No comments :