Friday, December 18, 2009

Lari 100m di Stadium Kepala Batas


Al-kisahnya, telah berlangsung satu pertandingan lumba lari 100m. Cikgu Mala menyuruh aku merakamkan suasana hari itu, dalam karangan tidak kurang daripada 120 patah perkataan. Aku pun pergi ke Stadium Chantek Kepala Batas berhampiran Dewan Millenium (tempat aku berakon sebagai pokok ketika pertandingan Puisidra yang lalu~tak suka!). Hari itu begitu gamat sekali. Aku duduk dan melihat pemandangan yang aneh di garisan permulaan sambil menangkap perbualan antara Pakcik Ysub dan Makcik Ydob... Inilah antaranya





Peserta pertama








Tidak fit malah berpenyakit kronik. Perlu melalui proses penyembuhan yang intensif. Perlukan lebih banyak latihan. Malangnya dia perasan bagus! Tak mahu langsung minta atau terima bantuan. Jangan bimbang, aku bukan suu zhon. Dia sendiri yang mengatakan begitu. Paramedik bimbang dia akan jatuh pengsan di pertengahan track. Juri bimbang dia tak sampai-sampai ke garisan penamat sebelum dia dan pertandingan ditamatkan.


Peserta Kedua








Fit tetapi malas. Kalau tak mula lari, bila pula sampainya? Ada shortcut ke?



Peserta Ketiga








Tidak fit tetapi sudah beberapa kali ke pusat latihan sukan. Sudah tiga bulan menjalani diet rendah kolestrol. Sudah sebulan lebih berlari setiap hari di Stadium Kepala Batas. Kadang-kadang ada juga miss latihan. Namun, surat penyesalan telah dihantar.


Peserta Keempat








Fit. Rajin berlatih. Ada style juga. Aku dah daftar masuk FC dia...



Kenapa empat sahaja? Sebab tangan dah lenguh menulis. Tambahan pula, aku nak mendapatkan air kelapa sejuk satu, sebelum pistol perlepasan ditembak . Oh, sebelum itu! Adakah antara kamu yang membaca ini, telah menjadi salah seorang daripada mereka? Kalau kamu orang yang keempat itu, nanti kita atur temu janji boleh? Teringin nak tahu rahsia kamu dan...dan...dan...kawan-kawan aku dan aku (lebih-lebih lagi) nak autograph boleh?


p/s: Dalam perjalanan menuju ke Pakcik Ria Kepala untuk air kelapa muda yang menyegarkan itu aku tiba-tiba terfikir. Kenapa aku duduk menonton saja? Nak juga piala-piala dan bejana emas hadiah pertandingan. Hehe!

Monday, December 14, 2009

Pantang maut sebelum ajal

(kredit cerita yang seronok ini untuk: Suatu Perkongsian)
Seorang rakan dari seberang laut mengirimkan email kepada saya beberapa hari lepas. Sebelum ini memang kami selalu berutus-utus email. Emailnya kali ini berkenaan kisah seekor kuda tua yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Tuan kuda tersebut adalah seorang peladang. Kuda tersebut sudah tidak diperlukan lagi oleh tuannya kerana ketuaannya (tidak pasti betul atau tidak istilah ini) merupakan beban kepada tuannya. Setelah menyedari kuda tersebut terjatuh ke dalam perigi buta tersebut, peladang tersebut mula berfikir macam-macam. Adakah dia perlu menyelamatkan kuda tersebut atau membiarkannya sahaja?

Setelah berfikir panjang, dia membuat satu keputusan yang amat dahsyat … di luar dari batas peri kemanusiaan walau pun dia sebenarnya seorang manusia.

Dia terfikir untuk membiarkan kuda tersebut mati di dalam perigi tersebut kerana untuk menyelamatkan kuda tersebut, kosnya tidaklah murah. Kuda tersebut pula sudah tua. Apa yang boleh dia buat dengan kuda tua? Ditambah dengan niatnya sebelum ini untuk mengambus perigi buat tersebut kerana perigi itu sudah tidak berguna lagi.

Dua makhluk yang tidak berguna ini akan dimusnahkan; kuda tua dan perigi buta …..
Mungkin untuk mengambil berkat amal jamaie, dia memanggil rakan-rakannya yang lain untuk membantunya mengambus perigi tersebut lalu menguburkan kuda tersebut di dalamnya. Mereka berkumpul dan memulakan kerja.
Seorang demi seorang mula menyodok tanah dan mencampakkannya ke dalam perigi. Tidak cukup dengan tanah, mereka juga mula membaling kayu-kayu dan sampah sarap di sekeliling perigi tersebut ke dalamnya.

Kuda tua mula menyedari apa yang berlaku. Ingatkan mereka akan mengeluarkannya dari perigi. Lain diharap lain yang berlaku. Kuda tua itu pun mula menjerit-jerit. Apa yang disebutnya saya tidak tahu. Minta tolonglah kot. Tidak lama selepas itu, peladang dan rakan-rakannya tiba-tiba terhenti dari menyodok dan mengambus. Suasana suspen seketika kerana kuda tersebut tidak lagi menjerit-jerit. Kemudian mereka menyambung kembali kerja mereka untuk menyelesaikan apa yang dirancang; menguburkan kuda tua di dalam perigi buta yang dikambus dengan tanah.

Setelah beberapa ketika, peladang menjenguk ke dalam perigi untuk melihat sedalam manakah telah mereka berjaya kambus dan berapa banyak lagi baki kerja mereka.
Terkejut …… Apa yang dilihat oleh peladang di dalam perigi buta tersebut? Sesuatu di luar jangkaannya telah berlaku.

Kuda tersebut masih hidup dan sedang berada hampir dengan mulut perigi. Tanah-tanah yang mereka campakkan ke dalam perigi semuanya berada di bawah tapak kakinya. Rupanya setiap kali tanah dicampakkan ke atas badannya, kuda tua tersebut secara diam-diam menggoyangkan badannya menjatuhkan tanah ke bawah tapak kakinya. Kemudian dia naik memijak tanah tersebut. Begitulah seterusnya; setiap kali dicampakkan tanah, setiap kali itu jugalah dia makin tinggi menghampiri mulut perigi.
Ketika semua sedang kebingungan melihat apa yang berlaku, kuda tua tersebut melompat keluar dari perigi dan berlari menjauhkan diri dari peladang dan rakan-rakannya.
Itulah hakikat kehidupan. Setiap masalah yang berlaku adalah tanah dan beban yang dicampakkan ke atas kita. Jika kita bijak, semua bebanan itu akan kita pijak untuk meningkatkan maqam dan kedudukan kita di sisi Allah.

Di akhir emailnya, rakan saya menulis:

لا تتوقف ولا تستسلم أبدا
مهما شعرت أن الآخرين يريدون دفنك حيا



Jangan berhenti dan jangan menyerah sama sekali, walau pun kamu merasa bahawa orang lain sedang berusaha menguburkan kamu hidup-hidup.
Wallahu a’lam
p/s: saya rasa gembira semula

Monday, December 7, 2009

A.K.A.L


Ini bukan suara-suara escapisme
Ini bukan suara manusia lemah yang hanya ingin berpaut pada gemilangnya silam
Ini suara manusia yang mengorek 'ibrah umat
Mahu menjejak khuthoh kebangkitan umah!
Nasionalisme tak terbataskan oleh sempadan
Di mana La ilaha illa Allah di ungkap, di situ tanah kita
Kita bangga punya datok nenek daripada kesultanan Melayu Melaka
kerana kita tahu berkilauan selat Melaka dek kerana berkilatnya tauhid dalam jiwa
Kita juga tahu datok nenek kita berkawan erat dengan saudara-saudara daripada Abasiyah, Uthmaniyah
Kita bangga menjadi anak Melayu yang gemilangya kerana Islam
dan kita akan ulang kembali indahnya saat-saat itu!
p/s: Ayuh kenali siapa kita? Kenali apa peranan Kesultanan Melayu Melaka dalam khilafah Islamiyah!....tak perlu bawa buku teks sejarah sekolah menengah anda...dan lunch adalah percuma!

Monday, November 23, 2009

Simbiosis yang menggembirakan hati



Hamas telah melancarkan kempen ziarah rumah ke rumah pada setiap hari Selasa sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Palestin atas pendirian teguh dan sokongan kepada Hamas sekalipun pelbagai sekatan dikenakan. Baca di sini.


Saya fikir, sekalipun Hamas tak melancarkan kempen penghargaan ini, tidak sekali-kali rakyat Palestin berganjak daripada pilihan mereka kerana sokongan mereka kepada Hamas bukan semata-mata sokongan rakyat kepada pemerintah ataupun organisasi. Ia merupakan sokongan kepada proksi yang berjanji akan terus berjuang untuk menegakkan kedaulatan Islam dan Al-Quds itu sendiri. Warga Palestin pastinya tak menanti-nanti subsidi atau duit kopi daripada Hamas kerana timbangan pemilihan adalah atas dasar iman dan juang.


Hamas pula, sekalipun di tengah-tengah hamasah yang tinggi bagi membenarkan janji Allah, tak lupa melayan rakyat Palestin sebagai manusia dan saudara seakidah. Bukan hanya menabur janji-janji manis semata-mata untuk meraih undi. Apabila membaca laporan di atas terlintas di fikiran saya,


"How sweet!".

Saya tahu di Malaysia ramai pemimpin-pemimpin rakyat yang turun padang untuk bersama rakyat. Lebih hebat lagi apabila musim pilihanraya mampir. Pemimpin yang ramai itu, tak dapatlah saya meneka isi hati mereka. Saya yakin, pasti ada yang benar-benar berjiwa hamba, berjiwa rakyat. Cuma al-kisah Palestin ini sungguh mengharukan hati kerana disebalik gelodak dan kesempitan, tak sesekali hak bersaudara itu diabaikan. Ah, bukankah islam itu solusi. Islam itu best!


Mungkin saya akan keliling jajahan Sayeda Zainab untuk mengedarkan manisan ukhwah...hurm.

Friday, November 20, 2009

هذا الحب في الله مني

Sudah agak lama membiarkan blog ini bersawang. Saya tak meletakkan blog ini priority dalam jadual hidup saya makanya ia sering diadiktirikan. Bukan tak ingin berkongsi apa-apa tapi...begitulah perancangan hidup yang Pencipta saya aturkan.

Belek-belek folder-folder dalam acer, terjumpa sesuatu. Jadi ini bahan perkongsian ringkas kali ini. Ia adalah booster dose buat saya maka saya dedikasikan buat seluruh alam jagat yang memahami dan tahu rasa...

Sungguh, buat kesayangan saya di bumi Malaysia seluruhnya, Kepala Batas, Gombak, bumi Plymouth, bumi Mesir dan NADA , for those that devoted themselves to uphold this deen sekalah air matamu...



Seka Air Matamu
Aku punya impian
Impian yang menuntut simbahan keringat
Impian yang akan aku siapkan telaga-telaga air mata
Impian yang aku harap menoreh darah merahku
Aku punya impian
Melihat wajah-wajah yang aku sayang bangkit mendokong aspirasi Rasul kekasih kita
Melata kemaarufan menyinggah-nyinggah di sekolah, parlimen, hospital, bank
Untuk impian itu
Kita bahu-membahu maju merawat luka peradaban
Saling memujuk roh-roh yang derita, gersang cinta Tuhan
Tangan menyeka air mata yang gugur kerana menginsafi gugurnya pendokong risalah yang koma bersama sakitnya dunia
Aku yakin ini bukan impianku sendiri
Aku yakin kamu wahai ukhti, akhi turut merasa getar dalam jiwaku ini
Aku yakin pipimu turut basah seperti aku
Kadang kitakan berasa sesaknya dunia ini,
bagai penjara yang menikam-nikam sekeping rindu pada Pencipta
Aku yakin kau pun tak sabar untuk pulang ke sana,
Tapi ukhti, akhi, tugas kita masih belum selesai,
Kita akan menjadi saksi buat umat ini,
Kita akan terus memikul tanggung jawab ini sekalipun air mata darah yang dituntut.
Ya, kita syukuri nikmat derita dalam perjuangan
Hanya lidah yang merasa, kenal mana manis, mana pahit
p/s: Buat abang (Ahmad Faris Ab. Jalil), I believe in you.. always I do. Do your very best. I've a lot to share and to give. I'm waiting for you to be with me...

Friday, October 30, 2009

Bubu yang menyesal...



“Bubu kenapa bagi Pak Lala Isuprel (trade name for isporenaline)? Tak reti ambil history ke?”

Dr. Mama berang sekali. Pak Lala diserang oleh jantungnya sendiri.


“Dia kan lelah (bronchial asthma)! Isuprel untuk luas-lebarkan paru-paru,”

Bubu membela diri.


“Diakan ada sakit jantung!”

Mata Dr. Mama bak orang yang menghidap exopthalmus. Kontraindikasi berlaku, isuprel memang sahaja untuk lelah tetapi tak sesuai untuk si jantung yang rosak!


Bubu menyesal kerana main-main ketika tahun klinikal di Sekolah Perubatan Tanjung Wau. Dia gagal mengambil sejarah latar Pak Lala lalu menghantar Pak Lala ke kubur dengan cara yang tersendiri.
……………………………………………………………………..


“You should look at the patient in a full picture. You should not treat just the simptom, and takes off your hand as if you have done your best!”

Baiklah, ini beberapa perkara yang saya dapat kutip daripada subjek pharmacology minggu ini. Full picture!


Pada suatu zaman, saya pernah bertanyakan pendapat seorang sahabat tentang isu pakai tudung tanpa menutup aurat. Jawab beliau kepada saya,


“Mungkin ada perkara yang lebih penting sebenarnya belum sempurna. Solatnya? Qurannya? Thiqah billahnya?”

Ada benarnya. Ada krisis ketaatan dengan Raja segala Raja yang belum selesai. Masakan mahu menjadi hamba jika tak mengenal tuan? Tak tahu kuasa tuan? Tak tahu untung budi diciptakan?


Suka juga saya nak memetik tulisan Mustafa Masyhur yang saya simpulkan begini,


“Kita tak dapat nak beritahu seseorang bahayanya api ketika dia sedang tidur.”

Isu aurat, mengumpat, suu zhon melibatkan manusia-manusia yang sedang tidur dan berasa aman dengan tidurnya sehingga tak sudi diganggu sekalipun api yang marak kian hampir.


Melihat masyarakat, manusia dengan full picture, membantu untuk kita tak sekadar merawat simptom. Saya tak sekali-kali mengatakan biarkan sahaja simptom-simptom itu merebak! Tidak. Menyedarkan tentang peri-pentingnya solat, thiqah billah ibarat mengejutkan manusia yang sedang tidur. Moga-moga hidayah Allah membangunkannya dan dia nampak api yang makin marak!


Saya ibarat kura-kura yang merangkak, moga sampai juga ke garisan penamat dengan jayanya dan tidak ingin perlumbaan kedua kerana ingin berehat di syurga. Amiin. Doakan.

Saturday, October 24, 2009

Pekat dan Cair



Lelah mendaki Bait Kauthar. Saya tercungap-cungap. Asilah dengan prihatinnya,


“Kesiannya!”

Saya balas bergurau,


“Jangan cakap macam tu. Nanti jadi daie manja.”


Asilah pecah tawa lalu mengatakan ‘quote’ kegemaran yang pernah dia paparkan di screen sony ericssonnya,


“Em, pencerahan bukan untuk si manja!”


Syarifah pun menyampuk sambil menghulurkan air. Inilah keping-keping rindu yang saya susun kembali setelah kembali ke negara kedua ini.


Sekali lagi PERUBATAN melancarkan smart circle bagi sesi 09/10 di Beit Kauthar. Ini bermakna kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kepala dan kehendak akan mula bergerak. Ada yang akan bergerak laju. Ada yang bertatih. Ada yang beku.



Ketika sesi pendedahan kerjaya (doktor) oleh JPA di Hospital Kepala Batas saya bertemu dengan seorang doktor muda (saya tak tahu namanya) di OT (operation theater). Sambil menjalankan proses-proses pembiusan (anasthetic) ada satu kata-kata yang dia sebut.


“Bukan mudah menjaga empati! Satu hari nanti awak mungkin lihat pesakit yang dah teruk tanpa rasa apa-apa.”


Dia membayangkan saya bahawa keterujaan seorang doktor untuk merawat pesakit dengan penuh empati dan kasih mungkin menjadi tawar ditelan masa, setawar karkade pekat yang asyik ditambah-tambah air hingga menjadi cair. Empati dan teruja menjadi cair. Dilute.


Saya membayangkan juga bagaimana seandainya mentor-mentor SC, doktor-doktor jiwa, para ulama’, perkerja dakwah @ perkerja Allah juga dilanda sindrom yang sama?


Saya suka nak berkongsi kisah kalah yang membawa kepada menang. Selepas tahun kesedihan dan isra’ mi’raj, Rasulullah kekasih tercinta berasakan perlunya untuk mencari himayah atau perlindungan oleh kaum di luar Makkah supaya risalah tauhid ini dapat disebarkan dengan aman. Makkahkan penuh dengan tribulasi! Bagaikan sudah tertutup jalan di Makkah dan harusnya ada taktik yang baru. Maka, pada musim haji tahun ke 10 kenabian selama 10 hari kekasih pergi dari satu kabilah ke kabilah yang lain.



Dalam tempoh 10 hari inilah kekasih menerima aqbih rudda. Penolakkan yang paling buruk daripada Bani Hanifah, kabilah pertama yang baginda jumpa. Baginda teruskan. Bani Kulaib dan kemudian Bani ‘Amir. Awalnya mereka kelihatan bersetuju rupanya ada udang di sebalik batu.
Bujairah ibnu Firas si ketua kabilah,


“Kami akan beri perlindungan, pertolongan dan perang bersama engkau dan
kekuasaan milik kami setelah itu.”

Baginda,



“Al-Mulku lillah.”

Risalah itu tak tersebar dengan hati yang kotor. Baginda meneruskan lagi dan lagi dan lagi. Tenaga 50 tahunnya dikerah habis-habisan. Dek kerana cinta dan ghirahnya baginda terhadap cinta Allah dan perjuangan tiada cair juga semangatnya lalu dihadiahkan Allah enam orang syabab yang paling tua antara mereka berusia 21 tahun pada hari terkhir di Mina. Ini titik mula kronologi perjanjian Aqabah dan hijrah ke Madinah!



(untuk lebih lanjut rujuk ‘ala khutoh habib, Amr Khalid atau ke Kelas Sirah di Beit Khaulah)


Kak Syaf memetik satu kalam,


“Failure is the beginning of success!”

Maka, tiada perlu berendam air mata andai seruan tak diendah, salam dihulur disambut marah, cerita dikongsi dipandang sepi, lawak diberi tawa tak bergigi dan andai circle mentee tak muculkan diri… saya koreksi diri sendiri.


Kalau tiada orang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikannya kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan…Badiuzzaman Said Nursi

Saturday, October 10, 2009

Rindu


Aku bangkit dari peraduan. Terasa ada sesuatu yang hilang di suatu sudut jiwa yang minta diisi. Ini bingkisan pertama setelah aku kembali ke tanah jejak anbiya’ dan syuhada’. Aku menelah apa yang hilang, rupanya aku kerinduaan. Aku rindu pada teman.

Teman-teman yang apabila ku pandang wajahnya, aku hisab diri.

Teman yang apabila ku selorohi eksperesinya ku temui obsesi pada cinta Ilahi.

Teman yang apabila ku sekadar melihatnya dari kejauhan, dapatku rasa percikan keringat perjuangannya.

Teman yang membuat aku menitiskan air mata cemburu. Cemburu kerana aku fikir dia turut dicemburui bidadari di syurga.

Aku benar-benar dibuai rindu.


Malam jumaat lalu, baru sahaja kami mengalunkan sanah helwa buat seorang ukhti. Ifthor yang menginjak ke waktu ‘isyaa itu benar-benar membasahkan hatiku yang kian kering kerana iman yang sedikit demi sedikit disejat oleh masa dan kenikmatan.
Nikmat ukhwah ibarat masinnya garam. Yang memandang tak akan merasa apa yang dirasai oleh yang merasa. Tanpa ukhwah hidup pun hambar. Biar sesudu ukhwah, seri sajian hidup ini terasa lazat. Biar terkadang tertumpah hingga sajian menjadi masin, tetap ukhwah tak dilupakan dan dihindar buat sajian seterusnya.

Thursday, September 17, 2009

Aku Masih Ingat

Tulis dan padam. Tulis dan padam. Tulis lagi... Beginilah dari dahulu,

"Aku tak bijak berterus terang, tapi kau semakin pintar mentafsir"

Terima kasih, maaf dan mohon didoakan diri ini yang semakin tua dimamah masa, menunggu saat pulang ke tanah air abadi.



Aku masih ingat segalanya...inilah jawapan bagi soalan masihkah kau ingat?

Terkadang yang senyap tak bermakna bisu, yang sedikit tak bererti kurang, yang jauh tak bererti terpisah...

Sunday, September 13, 2009

sebulan setengah yang menguji dan menguja

gambar hiasan semata-mata (tidaklah selahap ini)




Selesai berbuka di Hussin Nasi Kandar, Sg. Petani, ayah menghantar aku ke STAIL (sekolah tahfiz al-islah) di Tok Bedu. PEMBINA (persatuan belia islam nasional) di pihak akhawat mengadakan qiamulaill jamaie. Hujan yang turun meredupkan suasana, juga menyejukkan hatiku.Bertemu adik-adik daripada UiTM, KMPP, Azimah PMC (Penang Medical College). Semacam jejak kekasih pula bertemu Azimah.



“Awak study kat mana ye. Rasa macam pernah jumpa,”
di muka aku penuh tanda soal. Ini bukan déjà vu.


“PMC.”



“Oh, tak apa. Silap orang. Saya ada kawan kt UK,”
aku berkira-kira nak pergi.


“Eh, saya ada kembar kat UK. Arifah.”


Sah! Sekurang-kurangnya aku betul dalam salah. Aku sempat bertemu Arifah pada syita’ (musim sejuk) yang lepas di Kaherah. Seronoknya. Seronoknya. Rindu pada Mesir, ingatku pada Mesir. Malam-malam akhir pada Ramadhan yang lalu aku dan Mila beri’tikaf di Gami’ Amru.




“Kita selalunya buat ibadah kerana semangat. Kalau ada orang bagi semangat, bagi motivasi, buat program baru semangat tapi kalau tidak…Macam tulah juga kita kalau Ramadhan dah pergi, tak semangat. Tapi, antara tarbiyah Ramdhan ni adalah mengeluarkan fitrah supaya kita mudah melakukan segala kebaikan kerana fitrah,”


Lebih kurang beginilah tazkirah yang menyelangi empat rakaat terawih oleh Umi Yati. Nak tak nak kena akui. Kepulangan ke Malaysia selalu menguji. Majoriti akan mengaku. Senangnya, senangnya duduk di Malaysia. Jiwa diuji dengan ‘tak teruji’. Fitrah diri diuji. Kenapa sebulan setengah ini aku membuat kerja-kerja yang aku boleh buat dua minggu di Mesir. Kerja sekolah daripada Ustazah Iffat terkandas. Amanat ustazah Huda tak selesai.

Lima, enam hari ini aku ala-ala merengek dengan ibu. Menghitung hari untuk pulang ke rumah kedua di Mounira. Gembira dalam sedih. Teruja dalam tangis. Ibu dengan aura keguru-ibuannya berkata,


“Sedih Ramadhan dah nak pergi tu patut lebih lagi!”

Aku sengih dan menganguk. Betullah tu.

Aku sedang bersiap sebenarnya. Bersiap untuk bergelar graduan Ramadhan. Terketar-ketar mengagak-agak keputusan. Bersiap untuk pulang juga ke M-ku yang kedua.

Tuesday, September 8, 2009

Pulang ke laman rindu


“Hakita, jom pi sekolah!”


Hari ini aku kembali lagi ke tanah itu. Segalanya berubah. Physically, mentally and spiritualy. Aku dan Atikah berpakat untuk ziarah Irshad sebelum dia berangkat ke Plymouth, UK raya ke-6 nanti. Kami berjanji dengan Nina Rasad untuk bertemu di Irshad. Tiba-tiba teringat pula pada Nabil Z yang baru seminggu tiba daripada Jordan. Teringin nak jumpa budak JUST. Call her and she said ok!
Irshad dan berubah…cluster?! New building, new teachers, staffs and students. Environment? Not sure… We all change! Dah tua rupanya. Adik-adik yang kami sambut ketika orientasi akan ambil SPM tahun depan. Ada yang dah jadi pengawas, ada yang makin peramah. Macam-macam. Pemilik kolek ini, speechless pula. Aku pun sama. Dah besarlah awak. Moga cita-cita tercapai, dan awak sentiasa berani tegakkan Islam. Garang dan tegaslah bak Umar Al-Khatab.
Reaksi. Ustazah Zuraini teruja bila disebut Tanta, Alex, Sayeda Zainab kerana beliau pernah menuntut di Iskandariyah.

Pulang daripada seberang laut. Pelbagai reaksi.

“Amboi seronoklah depa. Pi berjalan tempat orang.”

“Hampa dah pandai cakap Arab ka?”

“Hampa ni toksah lah dok bergaul dengan budak kita ja. Balik Mesir belum tentu boleh cakap Arab.”

“Dah pi Fayoum, Sinai?”

“Esok-esok hampa dah buka klinik mai la panggil cikgu-cikgu Irshad. Bagi diskaun baik punya!”


Persoalan dan pertanyaan-pertanyaan ini, memulangkan aku pada realiti. Aku terfikir selama hampir dua tahun (walau tak cukup sebab 4 aku di Malaysia), apa yang aku dah dapat? Dah tunaikan amanah? Betul aku layak menerima biasiswa itu? Harapan mereka sebagai guru dan juga warga Malaysia. Kita tak perlukan doktor yang cuai! Kita tak perlukan graduan daripada mesir yang pelat, gagap berbahasa Arab! Kita tak perlukan mujahid-mujahidah yang lembik tak kenal berjuang!

Aku tak pergi ke Irshad untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar bersapa mesra dengan guru-guru dan adik-adik. Ada yang lebih penting. Penting untuk aku kembali ingat bumi yang aku pijak di situ islam wajib aku junjung. Tempat tinggal dan berkerja, mereka-mereka yang berjasa. Wajah-wajah Irshad mengingatkan aku agar lebih gigih berusaha. Berpijak di bumi yang nyata. Hidup bukan mimpi indah atau sekadar angan-angan siswa yang leka dengan dunia kampus.


Ada tuntutan! Tuntutan untuk membersihkan diri dan masyarakat daripada krisis jahiliyah, islamophobia, sekularisme. Tak guna jika hanya sekadar bicara...

Sunday, September 6, 2009

Tomorrom Never Comes

I've been following Baba Ali's videos in youtube since last year. This is ummah film's first film. Tomorrow Never Dies? You may die tomorrow!..no, no, you may die right now....

Still alive? See, this times left was given to you by Allah the Most Merciful so that you can repent. Come on, give yourself a chance to be ahl jannah not jahannam. Time and tide waits for no man. Hey buddies, tastaghfir min rabbina. Ask for His forgiveness while you are still breathing.

The second term of the School of Ramadhan offering an important subject to be covered. Score an A for Maghfirah (Forgiveness) Subject!

Dear friends and mates please forgive me for all my wrong-doing. Thanks for everything in case tomorrow never comes!

Thursday, September 3, 2009

A Jihad 4 Love

One of my interest is to search image on motivational words in google. I would rather choose words like success, strive and so on, to be googled than islamic words such as jihad and so on. Why? It is such a sore for my eyes to watch those extreme porno cartoons by the misunderstood-about-islam-people. Pictures that humiliate Prophet Muhammad P.B.U.H, saying nonsense about suicide bombers and a lot more.



But, this time I’ve googled the word jihad. This picture caught my eyes.

click for the whole pic

A film : A Jihad for love. Interesting. I would like to know more, is it in the same genre with Ketika Cinta Bertasbih? Then, I begin youtubing it. A few words of description about the film come out… muslim –gay!


This contoversial film by Pervez Sharma potrays muslims guys as gays try to stand up for their right.


Slant magazine by Kevin Lee:


Alternating between nearly a dozen subjects situated in South Africa, Paris, Egypt, Iran, Turkey and India, the film captures numerous compelling stories of the struggle among Muslim homosexuals for the right to be accepted, or in some cases, to live: a gay imam is confronted on a talk show radio with death threats ("They must cut off his fucking arse" and "We should definitely bring back the death sentence for this guy"); an Egyptian is imprisoned and tortured for two years before seeking asylum in France, where even there he is reluctant to reveal his identity; and a gay Iranian escapes to Turkey, where he awaits his fate (asylum to Canada or extradition back to Iran).

I'm not accredited to talk about the law of Islam, but certainly know homosexual is forbidden and with a wise mind, it is bad for the society healthy and morally.

I believe that this is not the only bias product about islam which produced by illiterate. Some might just watch it as a documentary. Yup, it's about people themselves nothing about religion-principal but it can cause harm to Muslim's akidah. We were attack again and again and it will stay like that untill the rising of islam. It’s a lame and coward tactics but it is effective. Without a strong akidah (believe), then people start asking unnecessery question. If you’re a follower of saifulislam.com u would know the Y (why) that matter and the Y that’s not…

Why Allah created women with hair if its not for a show?
Why we have to listen to our parents even we’re an adult, don’t we’re free at 18?

Why homosexual is not permitted in Islam, then why God give us this feelings?

It’s not the one whos asked to be blame, it is us that have to change. Maybe we always care about her scarf more than about her solat and syahadah? (I’m not saying scarf is to be ignored). It’s the matter of what’s more important. How the one who doesn’t believe that rice is a food would cook it?? You know sometimes people solat all his life but still commit crime. The lady who wear scarf still taking ecstacy. Those questions and problems need to be solved one by one. Person by person. It's about faith and tarbiyah (education). It's our shoulder to shoulder job! Our enemy are working. We have to work harder!

Ubat Tak Sedap

It's going to be fullmoon soon. We're arriving the half season of the school of Ramadhan. It should be now, we're already comfortable and get used with our timetable and best diet for the best ibadah. If it's in school, the middle is always the best. Form 3 and form 4, don't think much, the school is ours. An enjoyable moment. Same goes here, do enjoy this little moment of the School of Ramadhan before we speed up faster and harder for the climax. Enjoy the ifthor, enjoy the tahajud and reciting al-Quraan.


As the bird twitt in the twitter, my youngest brother (4 years old) is ill by chicken pox or also known as varicella which highly contagious. He got it from my mother. It caused by varicelle zoster virus. He refused to take the antiviral and antibiotic. My parents forced him to take the fever med as his body temperature is rising. So what to do? He said,

"Biar Haziq sakit. Ubat tak sedap"

He did asked his babysitter,

"Tak ada ke ubat yang sedap?"

So, we follow our traditional petua, drink the coconut juice. Talking about coconut juice, my 5th year senior in Cairo, once went to Atabah. Then, at the 'Mahal 3Ashoir' (juice stall), it stated 'Coconut Juice- LE..'. So this senior was excited. You know, how it felt if we found Ruzz bi laban at mamak stall? She never knew that there was also coconut juice in Cairo. So, she bought it. This coconut juice felt very different. It was oily, very creamy and it was white in colour. It was a COCONUT MILK! Drinking santan?




Do pray for my brother and all of us. May we deserve to be a faizzun and back to our pure fitrah at Eid Al-Fitri wal faizzun.. Best wish!

Tuesday, September 1, 2009

A year ago


It has been a year since my first post in MyReflexArc. It is an effort, if it is deserve to be called so. From nothing to something is creative. From something to a better thing is inovative. Neither both include me in the category. Bloging thing has been done by many people in many ways all over the world. It could be just a seasonal trend but writting is my whole life passion. The different is just the medium i'm into. As my all-time-favourite quote by Ayu


"sedekahkan setiap sendi-sendi kita pada Islam".

These phalangese of mine, are doing what they afford to do. All the posts are reflexes which I tried to benefit it. Every time there is stimulus which hits me, I will come up with a subject to write. But everytime I try to write, miss brain is working and asking me is it my emotion or my rational which affect my point of view. It helps me a lot! Rethinking and reanalizing. What is right and what is wrong? They say and they say, but what Islam say? All these questions grow me up. And for this post, the stimulus is the archive and my sensory cotex is asking how number 23(until August 2009) differ from 10 (2008). Is it the quantity or quality? How it helps others even in a tiny dot?


May Allah pleased with us! Thanks a lot to the readers for reading and comments.

Monday, August 31, 2009

Today two years ago

nile


Today two years ago, I’m in KLIA in a very last moment before MAS chartered flight took me to the historical land in this historical day. 31st August 2007- Cairo, here I come.
The significant of this day is more just than the parade, independence tv show and a shout ‘MERDEKA’ which sometimes some people just sang it loud for nothing. Even if we ask, they could just simply answer
“It’s independence day, man!”
Today two years ago, when the journey begin, I never knew where it will heading me to. INDEPENDENCE. SELF-GOVERNMENT, SOVEREIGNITY, LIBERTY.
I learn about liberty of thought.
“All words could be accept or reject except the Rasulullah’s” -HASSAN AL-BANNA

I learn about liberty in action. Free from taqlid without dalil (following blindly). I learn to be independent. Independ from crowd-favourite mind to He-favourite.
It is not just independence day. Now, I see that my land is not just Malaysia, it is where my brothers and sisters defend 'La ilaha illallahh'

Ghazah is my hometown.
Baghdad is my playground.
My sister is living in Cape Town.
I would one day visit my nanny in Xin Jiang and mygrandpa in Bombay.
Dignity of Malaysia depends on how it carries the dignity of Islam..
Why Islam? I’m not bias but I do follow the rules : we should learn from history. Islam is the only solution which unite Muslim, Jews and Christians in Madinah. Islam liberated the Ortodoks of Constantinople from oppression by their own people. Islam freed Christians in Spain from the cold-hearted rulers. First, believe in syahadah. If you don’t want then, you will pay the jizyah, Islam guaranteed your blood and properties.
Development would bring us nowhere without genuine human source. Of course, we don’t need corruption. Not by Ringgit, not even corruption of position, responsible and time. How, roti canai and teh tarik would easily lead a teacher into corruption. Leaving the duty or just late for 10 minutes where the class should’ve been started

Those recent issue about kuil, canning by alcohol let all of us think, how far is the society from practicing the true way of life, are we truly liberate. It just like a parrot saying ‘MERDEKA’ while it is in the cage. A change should starts from the sketch. Begin from individual. This is how Rasulullah made it. Happy In-depend-ent!

Tugas siapa?

Everybody is blaming somebody, when nobody do what anybody could have done!

Sunday, August 30, 2009

Hafiz


Sudah 15 tahun Hafiz berkakikan punggung dan tangan. Lumpuh. Umurnya kini 26, usia seorang pemuda. Di saat ini Fauzi teman sekolahnya sedang membina kerjaya dalam lapangan aviasi. Hakeem pula baru sahaja menikah dengan teman sekuliahnya di Sekolah Perubatan Kasr Al-Ainy. Hafiz pemuda biasa tetapi memiliki sesuatu yang luar biasa.

“Pes, Sekarang umi kau yang uruskan kau. Kalau dia dah tak ada nanti, bagaimana pes?”

tanya Hakeem.




“Tak apa kim. Allah akan uruskan aku. Aku yakin, Yang Menciptakan aku tak akan menyia-nyiakan aku.”

“Pes, kau ada impian Pes?”

Hakeem bertanya lagi.

“Aku nak anak aku jadi ulamaa.”

Hakeem terdiam. Bagaimana orang lumpuh mahu punya anak? Hidup hari-harian diuruskan orang.
……………………...............................................................................

“Tahniah Pes atas pernikahan kau. Tahniah kerana menikah dengan wanita solehah!”


“Macam mana Maryam terfikir nak menawarkan diri untuk berkahwin dengan Hafiz?”


“Saya akan uruskan dia di dunia. Allah akan uruskan saya di dunia dan akhirat.”


Hafiz, rendah dirinya tiada, rendah hatinya tak bertara. Yakin sungguh pada yang Mencipta.
nota: diolah drpd cerita yg disampaikan oleh Aa Gym di Astro Oasis.

Thursday, August 20, 2009

Hari Lahirku di bulan Ramadhan (tak tipu)


Situasi 1

“ Aiman, khamis ni birthday Akmal. Jom celebrate!”
“Alamak, aku baru plan nak puasa.”

Situasi 2

“Ala, birthday aku time puasala tahun ni!”

Rayakan ramadhan
Dua dialog ‘alamak’ dan ‘ala’ tentang puasa. Saya sebenarnya tak ada idea lain nak dibuat contoh tetapi rasanya dialog yang tak asing ni cukup menjelaskan bahawa ada yang berpendapat puasa tu ‘ada kureng’ sikit kalau nak celebrate apa-apa.
Saya fikir sungguh tak ‘macho’ fikiran begitu.


Pertama sekali kerana sunnah Rasulullah yang telah mensunatkan puasa pada hari Isnin bagi meraikan hari lahir baginda. Mahu jadi manusia hebat di bumi dan di langit wajib meniru tokoh yang hebat.


Kedua, lima siri peperangan epik berlaku dalam bulan Ramadhan. Fathu Makkah, BADAR, Ayn Jalut, penaklukan Andalus, Hattin. Ambillah roh juang. Harusnya kita berbangga kalau hari lahir kita jatuh pada hari kemenangan umat Islam bukannya bangga mencanang ‘birthday aku sama dengan artis bla, bla, bla’ (nota: bangga mencanang tak sama dengan sekadar nak bagitahu).


Ketiga, sangat seronok apabila kita melangkah ke usia baru, usia yang makin mendekatkan kita dengan kubur, kita dapat mengingatkan diri supaya tambah amal ibadah terutamanya di bulan Ramadhan ini. Moga usia baru hadir dengan lembaran catatan amal yang baru yang bersih daripada dosa.


Rayakanlah Ramadhan!


p/s: Masa zaman sekolah dulu kalau ada apa-apa yang melibatkan public speaking saya kadang-kadang akan berpuasa (nota: nak kurangkan nervous, ^_^) Betul ke niat tu? dan Kak Hajar pernah ajar supaya puasa time exam.


HAPPY BECOMING BIRTHDAY to AHMAD FARIS AB. JALIL this coming 29th August. May Allah grant your wish and always be a muslim warrior!

Wednesday, August 19, 2009

Kembara ke Espana


Buku. Buku. Buku. Sekalipun saya telah shopping buku-buku di ‘maarad kutub’ sampai putus bagpack, rindu pada HARFA, HASANI dan POPULAR tetap ada. Kali ini butang hijau saya benar-benar ditekan apabila berjaya mendapatkan naskhah merah yang telah lama dimpi-impikan. TARIQ: MENANG atau SYAHID karya Abdul Latip Talib. Perhatian: Ini adalah sebuah novel…sejarah.

Islam di bumi Arab, sangat bisa digambarkan. Kini, Islam di US tetap bisa saya gambarkan. Ketika menelaah karya Ibn Hazam El-Andalusy, saya sering terfikir bagaimana agaknya rupa masyarakat islam di sana waktu itu. Mat-mat salleh zaman dulu yang berkeyakinan teguh dengan agama islam, dan memartabatkan syariaat islam. Ustaziatul alam. Ya, mungkin juga sama analognya dengan orang Melayu berkulit sawo matang yang bermati-matian mempertahankan ajaran islam seperti Tok Janggut.

Memandang Ansalusia kini atau Espana, Spain saya nak menggosok mata berkali-kali dan berkata,
“Oh, tak sangkanya islam pernah bertapak di Sepanyol dengan gah, dan dialu-alukan sendiri rakyat Sepanyol! Portugal pernah tunduk pada kerajaan bani Umaiyyah (walaupun saya sudah tahu itu, tetapi tetap teruja)."
Saya yakin sejarah akan berulang dengan syarat, undang-undang kemenangan harus kita patuhi.
Tariq bin Ziyad, Khalid Al-Walid dan Muhammad Al-Fateh, telah menggariskan kriteria yang cukup hebat dalam pemilihan tentera-tentera islam yang akan berjuang di barisan hadapan.
(Quotation daripada buku ini.)
“Tuhan sudah membuka pintu jihad di Andalusia. Saya perlukan 12 ribu mujahidin yang sanggup mati syahid.”
Betapa ramai yang mengintai pintu syurga lalu,
“Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu dipersilakan duduk.”
Separuh duduk.
“Siapa antara kamu yang meninggalkan solat sunat witir dipersilakan duduk.”

Separuh duduk. Tinggal yang ‘lebih’ terbaik dikalangan yang terbaik. Mereka yang lebih suka syahid daripada kehidupan. Kriteria jelas serupa antara hero-hero ini adalah apa sahaja untuk Allah dan Rasul. Ruhban fil lail wa fursan fin nahar. Tiada masalah ego, tiada masalah dengki atau cuba membusukkan usaha orang lain. Seperti biasa dalam novel pasti ada ‘evil eye’ dan kali ini Jayashi, wakil yahudi yang telah pun memeluk islam, tak terkecuali dalam usaha membantut kemaraan tentera islam di Ecije, Andalusia. Silalah dapatkan naskhah yang murah tetapi mahal ini, terbitan PTS Litera.

Monday, August 10, 2009

Refreshen the spirit of Ramadhan- battle

The battle will begin. Our own and within ourselves. Let us prepare ourselves so that we will surely win the battle.

Have we:

  • prepared a special quran to accompany us every minutes for the coming Ramadhan
  • taken the supplement and planned a healthy diet so that we will still energetic during fasting and be able to qiamulail at night
  • canceled unnecessary appoinments especially in the 10 last days of Ramadhan
  • cleaned and decorated our house as we will have a very special guest which is Ramadhan
  • rescheduled our timetable in oder to have more times with Allah
  • practiced waking up at night for qiamulail so that we will not be shocked in Ramadhan as we never did it
  • trying to control the anger

A simple checklist for pre-Ramadhan's candidates. Allhumma balighna Ramadhan, wa nahnu nasytaqu ilaika ya Ramadhan!

Amal Al-Asymawi

gambar hiasan




Amal tak berhajat untuk dunia. Dia sudah punya kerjaya dan hatinya telah diserahkan bulat-bulat pada kerjayanya yang satu. Tak akan berpisah hingga ke hujung nyawa. Amal tak hairan pada sijil undang-undang yang digenggamnya. Dirinya telah diserahkan pada jalan Allah dan baitul muslimnya. Amal nekad menjadi sayap serikandi buat Ustaz Munir Dallah.



Ini hanya rumah. Besar, kecil. Amal tak kisah. Amal membenarkan janji Tuhannya. Amal rindu istana di syurga. Al-Arqam Abi Al-Arqam gah kerana rumah. Sebuah rumah menjadi titik asas. Amal rela mewakafkan istananya. Ikhwan Muslimin menjadikan rumah itu tempat perjumpaan, siri-siri perjumpaan demi menyirami jiwa ummah.



12 Februari 1949, gegar kesyahidan seorang imam. As-syahid Hassan Al-Banna telah pergi menemui kekasihnya. Di rumah ini, perlatikkan Hassan Hudaybi sebagai peganti.



Hati Amal tersentuh. Pilu rasanya melihat mujahid-mujahid kecil, anakanda-anakanda syuhada' dan pejuang yang terpenjara. Amal mulakan langkah, sekolah khas untuk mereka diasaskan. Amal wanita penyabar, berjiwa besar, langkah beliau selamanya untuk Allah...



p/s: kisah benar seorang...

Saturday, August 1, 2009

Shaman King New Edition- 3

Ketika aku bersiap-siap hendak ke sekolah, tiba-tiba abang chik panggil ke bilik. Abang chik suruh aku tengok satu video sebelum pergi sekolah.

“Sebelum Amir pergi sekolah, shut down komputer ok?”
itu sahaja pesanannya. Abang chik berlari sambil memakai tali leher. Terdengar suara abang ngah memanggil abang chik di luar. Bas sudah sampai agaknya. Biasanya kak long akan menghantarku ke sekolah selepas dia menyidai baju. Ayah dan ibu, keluar awal hari ini. Ayah ada mesyuarat, ibu pula guru bertugas.


Tidak! Macam mana aku boleh fikir nak beli kad shaman king? Kawan-kawan di Palestin main baling batu sahaja.
Sebelum turun daripada kereta,

“Kak long, tukar upah lain boleh? Tak nak shaman king.”
“Oh kak long ingat tak nak upah lansung. Heheh… nak tukar apa?”
upah menyemak hafazan Quran kak long. Kak long saja ja. Kalau tak ada upah pun, kena semak juga.

“Amir nak ikut kak long pergi kelas tae kwon do boleh? Nak lawan israel!”
“Em, rasanya, rasanya tak bolehlah, sebab kelas tu untuk orang kuat macam kak long je!”
kak long, janganlah main-main. Aku dah buat muka.

“Mana boleh tae kwon do dengan perempuan! Nanti kak long bagitahu ayah daftarkan Amir kelas silat macam abang ngah, abang chik ok?”
Aku dah tersenyum.

“Terima kasih puteri pertama!”
aku cium pipi kak long.

“Cepat turun. Lambat, nanti israel serang tak sempat jadi ulama’!Belajar hari ini sampai jadi ulama’ tau!”

Aku dah berlari ke kelas. Kak long, hari-hari panggil aku ulama’. Aku menuju ke arah kelas 1 Bitara, lagi 5 tahun aku akan ke Sekolah Menengah Islam Al-Irshad, sekolah abang ngah dan abang chik. Dalam otakku, aku mengira-ngira sempat ke aku jadi ulama’ - 17 tahun dah layak keluarkan fatwa macam Imam Syafii yang Abang chik minat sangat. Mungkin aku pun boleh buka Palestin, macam Al-Fateh buka Constantinople, hero My Heroes bulan lepas.

Tuesday, July 21, 2009

Musim panas yang hangat!

Salam mahabbah, salam ukhwah,

Salam atas kamu, moga sejahtera iman, amal dan emosi.

Niat di hati nak post Shaman King New edition -3, tertangguh buat sementara waktu disebabkan kekangan masa, komputer yang tersadai di Beit Khaulah (rumah senior), dan rumah sendiri yang bagaikan tokang pecah, bagai kota diserang garuda.
Ada rakan yang bertanya,
" Aku tak fahamlah cerita Shaman King hang tu. Siapa watak dalam- Shaman King?"

Sahabat saya ini, cuba main jigsaw puzzle. Dia memadan-madankan watak itu dengan karektor sebenar dalam kehidupan. Saya balas,

"Bacalah macam hang baca cerita-cerita lain. Abaikan gambar-gambar dan nama-nama."


Sungguh, saya mengabdikan cita-cita dan impian pada Shaman King itu...

Sekitar percutian musim panas yang telah hampir sebulan, dan saya masih memijak tanah Mesir berlegar-legar di sekitar Hayy Asyir, Rab3atul Adawiyah dan Sayeda Zainab, memujuk-mujuk diri untuk bertahan. Ketika saya di tahun satu, awal-awal ketika sambutan pelajar baru saya bertanya kepada Kak Izis

"akak, kenapa akak tak balik tahun ni?'

"apa yang akak dapat di sini, akak tak akan dapat kalau akak balik"


Saya hanya tersenyum waktu itu, cuba mengorek istilah 'dapat' 'tak dapat' Kak Izis.

Summer, the hot summer, tremendous shift of my schedule. I would say it requires extra energy and extra fuel...fluid. Dehydration I felt may because of the hotness and dryness which extanding to 38 degree celcius and I do think it is because of my weakness in time management. It takes me nearly an hour to travel to Hayy Asyir from Sayeda Zainab. As my 'extra classes' are around Hayy Asyir and Rab3ah it needs a wiseman to play how-to-spend-less-money-with-better-transport-in-little time!

It is the art of life I'm searching beyond those classes and programmes. I'm really grateful, the JPA's scholarship money is never 'good for nothing'~

Marsa Matrouh- Alumnai PMPI 09,

Thank you so
much for letting me doing mistakes, helping me to be patience, uhibukunna fillah!
Come and join us again next year! (would love to post special entry on PMPI-not now)

I should go now, heading to ARMA, attending akad nikah ceremony... Barakallahualaikuma!

21/7/09

Friday, June 26, 2009

Shaman King New Edition -2






Selepas solat subuh berjemaah bersama ayah, ibu, kak long, abang ngah dan abang chik, aku terus mengambil Quran berwarna biru hadiah daripada ibu sempena meraikan kali pertama aku khatam Quran. Namun, di hatiku ini terbuku satu soalan. Berlari aku mendapatkan abang ngah yang sedang menanti di bilik solat.

Kata abang ngah semalam, hari ini aku kena dengarkan hafazan surah At-takwir. Melangkah ke bilik solat, aku lihat abang ngah sedang mendengarkan hafazannya pada ibu, kak long turut menyemak. Abang ngah sudah separuh Quran agaknya.

Ayah barangkali sedang menyiapkan sarapan seperti selalu dan abang chik akan memasang koleksi selawat-selawat dendangan kumpulan Raihan sambil menggosok baju sekolahku. Aku menyelak-nyelak ayat-ayat surah An-Takwir sementara menanti abang ngah. Penuh persoalan di kepala ini tentang peristiwa subuh tadi.


“Amir, dah sedia ke?”

terkejut aku. Rupanya ibu dan kak long sudah selesai menyemak hafazan abang ngah.


“Dah abang ngah. Nak dengar ke?”

aku pun memperdengarkan hafazanku pada abang ngah. Sesekali dibetulkannya tajwidku yang kelam-kabut. Abang ngah memang teliti. Abang chik selalu mengusiknya, ‘syadid’. Apa maksudnya, aku pun tak tahu.
Selesai hafazanku,
“Abang Ngah, Amir nak tanya soalan ni. Duduk dulu!”
“Cakap je lah. Amir nak tanya pasal homework ke?”


“Tak. Pasal solat subuh tadi, kenapa doa qunut panjang sangat? Kenapa abang ngah menangis masa solat?”

terluah.
Abang ngah kembali duduk. Senyum.


“Amir, doa qunut tadi tu abang ngah tambah qunut nazilah. Doa tu diajar kepada kita apabila nak memohon pertolongan Allah terutamanya dalam melawan musuh kita,”

abang ngah memegang bahuku.

“Ni pasal berita semalam yang abang chik bising-bising tu? Yang abang chik marah sangat tu?”


“Pasal Palestin, Amir. Abang chik geram sangat pada israel. Bunuh saudara-saudara seislam kita. Kalau besar Amir ni pun diorang tembak. Dah, nanti abang ngah sambung. Pergi sarapan.”


Malam aku tertidur ketika menyemak hafazan kak long, teriakan abang chik itulah yang mengejutkan aku.

“Allahu akbar!”


kuat abang chik bertakbir. Merah mukanya menghadap berita malam tu...

Shaman King New Edition- 1



“Shaman King new edition. Nak juga. Nak cakap ke tak?”


pening kepala aku.
Nak minta pada ayah tetapi rasa macam tak seronok. Komik my heroes, sudah lunyai di tanganku. Hero keluaran bulan ini, Salahuddin Al-Ayubi. Dah puas aku baca. Setiap bulan ayah akan hadiahkan kami adik-beradik seorang satu bahan bacaan. Just name it, you’ll get it! My heroes ni, semua gara-gara abang chik yang paksa aku baca. Lepas tu, aku dah tak boleh miss dah.


“Macam mana sekolah hari ini? Dah boleh jadi ulama’ ke adik kak long ni?”


seperti biasa, kak long paling mengambil berat tentang pelajaranku. Kakak aku ini tinggal dua minggu lagi di rumah. Lepas ini dia akan terbang ke Mesir. Nak jadi bidan katanya.

“Ulama’? Kak long challenge Amir ke? Amir ni pantang tau. Nanti Amir, serang kak long naik kuda macam Salahuddin Al-Ayubi!”
aku sahaja mengusik kak long.


“Em, bagusnya ulama’ sorang ni. Bukan je geliga tapi boleh tahan gagah juga! Tapikan, tak boleh lawan double side kick kak long lah,”
kak long ni, ada sahaja modalnya nak menjawab.


“Kak long, kat sekolah tadi Ilham dengan Aizat tukar-tukar kad shaman king new edition. Ada double weapon lagi pula!”
aku senyum-senyum memandang kak long. Faham-fahamlah kak long.


“So? Amir As-Syaja3ah nak juga ke? Nak minta puteri pertama belanja? Boleh bersyarat!”
kak long kenyit mata. Apabila Amirah Wahidah kenyit mata, aku tak suka.
Malam tu, aku kena semak hafazan quran kak long daripada juzuk 15 sampai… aku tertidur dan terjaga apabila dengar suara Abang chik…

oleh Kirana

Sunday, June 21, 2009

Ku sangka panas ke petang...

Ini Sejarah Kita (ISK), Sunnah Berjuang- nada murni, the Last Messenger… Barisan ini mampu memanaskan jiwa, membakar semangat biar dalam luluhan air mata. Long term? Short term? Bagaimana dengan kita? Bermusim? Stimulus berkala?



“Mak teh tahu, orang masa kat U ni, semangat dia berkobar-kobar. Rasa nak berdakwah pada semua orang…”


kata-kata ini khas untuk saya ketika pulang ke Malaysia cuti summer 2008. Kata-kata itu, membawa saya meninjau-ninjau siapa saya 10 tahun lagi. Mungkinkah kesibukan dengan pesakit dan keluarga menyebabkan saya pencen daripada usrah? Mungkinkah saya sudah tak menelek saifulislam.com kerana timbunan jurnal yang nak ditelaah buat tesis phd? Atau saya sudah benar-benar lupa seronoknya bersengkang mata, qiamulaill kerana on call memanjang?







Kalau anta semangat ziarah sana-sini, tafaquh sana-sini masa U ni ana tak pelik, lagi tak hairan. Tapi kalau dah balik nanti, dah kerja masa itu kita ukur!




Lebih kurang beginilah kalam mulut ke mulut, yang saya kurang periksa siapa yang mengatakannya tetapi dapatkan pointnya? Cukuplah kita imbas balik zaman sekolah, siapa imam di surau, tazkirah pagi petang, exco BADAR, apa dah jadi? Semua pun tahu, yang makin gemilang syukurlillah, yang hilang suram, fasta3iz billah!




Siapa kita hari ini hanya membayangkan siapa kita esok, tetapi tak memastikan siapa kita esok. Saya bukan nak sembang-sembang tentang masa depan yang belum pasti tetapi memikirkan masa yang tak pasti itu, membawa kita pada persediaan. Soalan exam. Tak tahu apa yang akan keluar, mesti yang dibaca seluruh isi buku (pengecualian buat golongan tertentu). Exam hidup, exam hidup, exam hidup!




Merangkak mengenal kembali Pencipta, mengingat kembali janji kita kepadaNya.
Melalui usrah daripada ‘kerana best’ kepada ‘kerana perlu’.
Mengenal islam daripada ikut-ikutan kepada kefahaman yang sahih.
Semuanya proses yang menuntut sabar di atas sabar dan doa yang tak henti (bak kata umy: baca doa bukan ‘baca’). Al-iman yazid wa yanqus…

Beranak lima bukanlah senang,
Silih berganti minta dipujuk;
Kenduri rewang masa tak senggang,
Namun risalah dijiwa tak lapuk.

Tubuh tua kedut seribu,
Tongkat ditangan menjadi sahabat;
Sendinya sengal mata kelabu,
Ghirah tak pudar tak kenal rehat.

Thursday, June 18, 2009

Mau Apa Kamu?

puncak Saina'

Terbang berlegar di langit bumi,
Subuh ke senja tak kenal lelah;
Hati mencari destinasi abadi,
Jalannya tarbiyah tujunya mardhatillah.

Membelek-belek majalah SMAI02, di halaman belakang terhimpun biodata pendek sekian warga SPM02. Daripada foto, nama, alamat, cita-cita hinggalah ke moto hidup, satu ayat yang terlekat di kepala saya (pelajar tingkatan 1 pada waktu itu) moto hidup seorang akh: mengejar mardhatillah (redha Allah). Kalimat mardhatillah itu ‘terlalu basah’ buat saya yang serba jahil (itu yang ingat hingga kini, moga beliau benar-benar maksudkannya dengan hati). Hingga kini, setelah tujuh tahun, ribuan tujuan, moto hidup, visi orang-orang yang saya baca tak sedikit mengatakan : Mencari mardhatillah.


Kenapa mardhatillah?
Apa sahaja yang kita kerjakan pasti ada gol dihadapan. Sedar atau tidak, ada atau sama seperti bola sepak tiada gawang gol. Tanyalah pada siapa jua

“Mau apanya kalian daripada hidup ini?”
Bahagia!”

Ya, mungkin yang dijawabnya banglo di Heliopolis, Ferrari Enzo, Geox, awail di Kuliyyah Tibb Kasr el-Ainy, syahid bertemu Kekasih, tetapi akhirnya yang diinginkan apa? Ada yang fikir bertitle doctor memberi bahagia, ada yang fikir beristeri tiga mendatangkan bahagia. Hinggakan ditanya kenapa mengambil syabu,

“Tension la kak. Nak happy sikit!”


Orang bunuh diri? Nak larikan diri daripada masalah demi secebis bahagia.
Semuanya demi bahagia, cuma cara dan langkahnya berbeza. Ditimbang dengan ilmu, iman mungkin juga nafsu. Penghisap ganja mengejar bahagia, bahagianya sementara. Buruh kasar mengejar bahagia juga? Ya, rezeki yang halal, anak-anak yang soleh. Itu sumber bahagia! Apa kaitannya dengan mardhatillah?
Pernah dengar kisah seorang abid yang melakukan amal ibadah seluruh umurnya, akhirnya dia akan dimasukkan ke syurga bukan kerana amalannya tetapi rahmat Allah. Segala-galanya rahmat dan redha, maka pencari kebahagiaan yang kekal akan berpegang pada kunci ini: redha Allah.

Redha Allah = syurga = bahagia abadi

Kenapa sekarang?

“Aku ingat cuti summer nanti baru nak cover untuk hafazan Quran sikit-sikit.
Sekarang macam tak sempat je”

Siapa jamin kamu hidup sampai cuti summer? Klise, orang muda tangguh taubat sampai lepas pencen. Baru nak kenal jalan pergi masjid, pergi surau. Alhamdullilah, tapi siapa jamin? Iktibar di depan mata.

Exam
Apabila kertas soalan English 1119 diedarkan, saya ada satu konsep: gain mark, less error. Kelemahan saya spelling, kelebihan saya idioms. Kurangkan perkataan bombastic yang saya selalu confuse double L atau huruf e atau o. Tambahkan idioms dan proverb. Seandainya markah saya ditolak here and there kerana spelling error yang tak perasan, sekurang-kurangnya markah proverb akan cover markah yang ditolak… It is a game for wiseman. Seandainya sedar diri tak mungkin tak buat dosa, kenapa tidak cover careless mistake (dosa yang terbuat) itu dengan pahala sunat?

Soalan psychology ada 5 essay, sila jawab 4. Soalan yang akan digugurkan pastinya

  • Tak tahu jawapan atau
  • Ragu-ragu atau
  • Lebih yakin untuk jawab soalan lain

Kenapa nak jawab dengan jawapan yang comfirm salah andai dah tahu? Apabila Al-quran kata biru mengapa nak diwarnakan kuning? As-sunnah kata bujur mengapa dibentukkan segi tiga? This is life you live. A smart one would always learn and think.

Tujuan hidup --> cara hidup
Saya nak masak tomyam yang masam: lebih limau/cuka
Saya tak suka tomyam pedas: kurang shattah
Saya suka kuah tomyam : lebih air
Saya nak mardhatillah : ???
Sejelas apa kamu pada destinasi akhir, sejelas itu kamu pada jalan hidup. Bina bahagia kekal dengan apa yang ada ditangan sekarang. Tiada nanti-nanti, kerana

perindu syahid mengintai syurga dalam tidur, gurau dan berkerja.

Sunday, June 14, 2009

Sensitifku bertempat

Gempar komuniti pelajar Malaysia di Kaherah, terutamanya warga Sayeda Zainab. Sini. Saya tak akan mengulas lanjut. Setiap individu ada yang dirasai, kehilangan, kesedihan, tak kurang, jiwa juang yang semakin membara. Untuk saya sendiri, sungguh aneh rasa ini. Air mata yang menitis, saya cuba menggali punca dan dasarnya (kerana tak henti walau diseka).

  • Adakah kerana semua bersedih maka saya turut terbawa-bawa emosi itu?
  • Adakah semata-mata memenuhi fitrah diri sebagai seorang manusia?
  • Adakah kerana rumah saya dan dia hanya berselang dua rumah?
  • Adakah kerana perincian berita yang saya terima terus daripada Kepala Batas?
  • Adakah kerana? Adakah kerana? Adakah kerana?

Sekali lagi saya sangat terkesan dengan hadis Rasulullah,

“Jiwa-jiwa ini seumpama tentera yang dibariskan. Mana-mana yang kenal-mengenal akan berkumpul dan mana-mana yang tidak kenal-mengenal akan berjauhan.” (Riwayat Muslim)

Mungkin ini puncanya, kerana nilai dan ikatan akidah. Walau zahirnya tidak begitu mengenali, tiada ikatan darah namun jauh di sudut hati saya berkata,

Pertemuan kita kerana ukhwah fillah

Saya yakin simbahan ukhwahfillah semakin basah di hati warga Sayeda Zainab. Saya kagum, cemburu pada dia, bersyukur pada apa yang telah Allah suratkan buat kita semua. Semua berhimpun menjadi satu. Selamanya akan bersemadi dalam jiwa dengan harapan dapat saya lontarkan dengan amalan. Hanya yang berfikir dapat memahami 'ibrahnya.

Sesungguhnya setiap peringatan itu adalah khas untuk KAMU dari PENCINTA yang MENGENALI kamu (walau Allah hanya menggerakkan mata untuk melihat seekor kucing yang cacat, itu adalah sekolah buat hari itu).

Saya tak mampu memanjangkan kalam...

p/s: wahai my dear mates and buddies, we will soon go. Is it Apache we dream of? While we just can not left our eyes from The African League and loosen up a bit our qiamullail??? Are u kidding..

Warga Narathiwat, warga Palestin akan kemukakan fail pertuduhan di mahkamah Agung nanti...siapkan diri dengan hujah pembelaan, wahai sahabatku.

Monday, June 1, 2009

Tahadu tahabbu- cermin

Thanks http://sayyidahfahimma1410.blogspot.com/

Benarkan maksud hadis Rasulullah?

Tahadu Tahabu

"Exchange gift and you will love each other"
Ini untuk kamu SF. Jazakillahu khair..


Sekeras batu?

Tidak

Sehalus sutera?

Tidak

Mungkin seganas ombak dan setenang pantai

Bayu itu terkadangnya halus berdesir-berdesir menampar muka

Ada saatnya bisa menerbangkan gunungan pepasir

Aku hanya satu titik malah lebih seni

Seni jika diselak alam tadbir Yang Maha Luas

Ada yang mengatakan aku biru yang menyenangkan

Bisa sahaja hijau yang mendamaikan

Adakala hitam yang menyeramkan

Mungkin merah yang menggusarkan

Ada mata melihat sebelah sisi sahaja

Ada yang memandang beberapa dimensi

Pasti ada yang langsung menutup mata

Ibarat kawanan buta yang meraba-raba gajah

Telahan demi telahan

Mungkin juga hanya dibenakku sahaja

Aku juga tak dapat mengenal warnaku andai

Tiada cermin disisi

Terima kasih kerana sudi menjadi cermin

Cermin tempatku pantul diskribsi diri

Cermin tempatku belek kelompongan diri

Mengenal letak duduk jerawat dan manisnya tahi lalat

Pantulan yang meluaskan visual

Hingga aku nampak pelbagai pilihan

Disuluh kebenaran

Teruslah menjadi cermin untukku..


Seorang sahabat adalah cermin bagi sahbatnya yang lain

Saturday, May 16, 2009

Jazakallahu khairan katheera




Terima kasih buat semua guru, ustaz, ustazah, teacher, sir dan kawan-kawan yang pernah mencurahkan dan berkongsi ilmu!


Moga pahala kalian terus mengalir, amiin.


Dedicate specially to warga pendidik:




  • Taski Abim Nurul Huda


  • Sk Permatang Bertam


  • Sekolah Agama Pajak Song


  • SMKA Al-Irshad


  • INTEC


  • Kasr Al-Ainy Medical School


  • dan insan-insan disekeliling


Not forgetting Cikgu Azimah Mohd Ali and Cg Ab Jalil Jaafar



Selamat Hari Guru!

Friday, May 15, 2009

A, B, C



Entri kali ini didedikasikan khas untuk diri sendiri…sebagai inzar dan untuk yang membaca juga. Persoalan dan peringatan.


“ Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tak kamu tak kerjakan? Itu sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan apa yang tak kamu kerjakan”
As-shof: 2 dan 3

Cakap tak serupa bikin? Kenapa awal-awal lagi saya katakan entri ini khas untuk diri saya?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, blog-blog persendirian muncul bagai cendawan tumbuh lepas hujan, atau kalau di Mesir, bagai lalat muncul selepas musim sejuk! Kalau ketika zaman sekolahnya saya ini, Friendster tu sangatlah popular (sekarang masih lagi ke?). Masing-masing nak buka akaun Friendster. Sekarang, masing-masing nak buat blog. Orang buat blog, dia pun nak buat juga!

Sebelum ini, blog atau website terhad, untuk tujuan pemasaran, perkongsian ilmiah dan perhubungan. Dek kerana perkembangan teknologi yang pesat lagi murah dan kadang-kala percuma fungsi web dikembangkan. Ada pros and cons! Bukan ini yang saya nak kongsikan.
Setiap penulis ada hadaf dan objektif tak kiralah penulis buku, makalah, cerpen, berita. Semoga dengannya pembaca mendapat manfaat dan menjadi medan penyebaran ilmu. Pahala berganda dan memenuhi salah satu muwasafat tarbiyah: nafii'un li ghairih (bermanfaat untuk orang lain). Dalam keadaan semasa penulisan blog juga memenuhi tuntutan dakwah kreatif. Saya sendiri ada blog favourite.
Mencipta identiti. Menulis blog sebagai trend? Katakanlah dia nak dikenali sebagai peminat ahlawy – letak poster ahlawy besar-besar atau seorang yang so called cool- ada gaya bahasa tersendiri atau seorang yang alim lagi thiqah dan macam-macam lagi. Sesiapa pun boleh menjadi sehebat-hebat pelakon atau sejujur-jujur manusia. Kalau sekadar menulis, sesiapa pun boleh menulis!
Seperti saya katakan awal-awal lagi, entri ini menampar saya sendiri,

“Sila luruskan niat kamu!”.
Ayat al-Quran yang saya kemukakan awal-awal tadi, kata-kata ini:
telinga ini lebih hampir dengan mulut yang berkata-kata.
Bimbang kan? Setiap huruf dan kata dikira. Kalau entri itu 100 huruf, semuanya dikira samada bermanfaat atau tidak. Bimbang lagi, bimbang jika hanya ibarat tin kosong. Bunyi saja bising, amal kosong. Kepala besar, badan kecil!
Diri ini jauh dari sempurna, moga setiap apa yang saya kongsikan dapat tasyji’ dan remind diri saya sendiri untuk lakukannya.
Fal nabda' bi anfusina!
Proses menulis adalah proses berfikir, ini antara hadaf saya menulis.
Akhirnya tolong doakan:
1. Saya diluruskan niat
2. Amalkan
3. Doakan pelajar perubatan preclinical Kasr Al-Ainy yang akan menduduki imtihan minggu hadapan. Mumtaz biiznillah.