Sunday, June 21, 2009

Ku sangka panas ke petang...

Ini Sejarah Kita (ISK), Sunnah Berjuang- nada murni, the Last Messenger… Barisan ini mampu memanaskan jiwa, membakar semangat biar dalam luluhan air mata. Long term? Short term? Bagaimana dengan kita? Bermusim? Stimulus berkala?



“Mak teh tahu, orang masa kat U ni, semangat dia berkobar-kobar. Rasa nak berdakwah pada semua orang…”


kata-kata ini khas untuk saya ketika pulang ke Malaysia cuti summer 2008. Kata-kata itu, membawa saya meninjau-ninjau siapa saya 10 tahun lagi. Mungkinkah kesibukan dengan pesakit dan keluarga menyebabkan saya pencen daripada usrah? Mungkinkah saya sudah tak menelek saifulislam.com kerana timbunan jurnal yang nak ditelaah buat tesis phd? Atau saya sudah benar-benar lupa seronoknya bersengkang mata, qiamulaill kerana on call memanjang?







Kalau anta semangat ziarah sana-sini, tafaquh sana-sini masa U ni ana tak pelik, lagi tak hairan. Tapi kalau dah balik nanti, dah kerja masa itu kita ukur!




Lebih kurang beginilah kalam mulut ke mulut, yang saya kurang periksa siapa yang mengatakannya tetapi dapatkan pointnya? Cukuplah kita imbas balik zaman sekolah, siapa imam di surau, tazkirah pagi petang, exco BADAR, apa dah jadi? Semua pun tahu, yang makin gemilang syukurlillah, yang hilang suram, fasta3iz billah!




Siapa kita hari ini hanya membayangkan siapa kita esok, tetapi tak memastikan siapa kita esok. Saya bukan nak sembang-sembang tentang masa depan yang belum pasti tetapi memikirkan masa yang tak pasti itu, membawa kita pada persediaan. Soalan exam. Tak tahu apa yang akan keluar, mesti yang dibaca seluruh isi buku (pengecualian buat golongan tertentu). Exam hidup, exam hidup, exam hidup!




Merangkak mengenal kembali Pencipta, mengingat kembali janji kita kepadaNya.
Melalui usrah daripada ‘kerana best’ kepada ‘kerana perlu’.
Mengenal islam daripada ikut-ikutan kepada kefahaman yang sahih.
Semuanya proses yang menuntut sabar di atas sabar dan doa yang tak henti (bak kata umy: baca doa bukan ‘baca’). Al-iman yazid wa yanqus…

Beranak lima bukanlah senang,
Silih berganti minta dipujuk;
Kenduri rewang masa tak senggang,
Namun risalah dijiwa tak lapuk.

Tubuh tua kedut seribu,
Tongkat ditangan menjadi sahabat;
Sendinya sengal mata kelabu,
Ghirah tak pudar tak kenal rehat.

No comments :