Aku bangkit dari peraduan. Terasa ada sesuatu yang hilang di suatu sudut jiwa yang minta diisi. Ini bingkisan pertama setelah aku kembali ke tanah jejak anbiya’ dan syuhada’. Aku menelah apa yang hilang, rupanya aku kerinduaan. Aku rindu pada teman.
Teman-teman yang apabila ku pandang wajahnya, aku hisab diri.
Teman yang apabila ku selorohi eksperesinya ku temui obsesi pada cinta Ilahi.
Teman yang apabila ku sekadar melihatnya dari kejauhan, dapatku rasa percikan keringat perjuangannya.
Teman yang membuat aku menitiskan air mata cemburu. Cemburu kerana aku fikir dia turut dicemburui bidadari di syurga.
Aku benar-benar dibuai rindu.
Malam jumaat lalu, baru sahaja kami mengalunkan sanah helwa buat seorang ukhti. Ifthor yang menginjak ke waktu ‘isyaa itu benar-benar membasahkan hatiku yang kian kering kerana iman yang sedikit demi sedikit disejat oleh masa dan kenikmatan.
Nikmat ukhwah ibarat masinnya garam. Yang memandang tak akan merasa apa yang dirasai oleh yang merasa. Tanpa ukhwah hidup pun hambar. Biar sesudu ukhwah, seri sajian hidup ini terasa lazat. Biar terkadang tertumpah hingga sajian menjadi masin, tetap ukhwah tak dilupakan dan dihindar buat sajian seterusnya.
1 comment :
assalamu'alaikum..
ALLAH sedang menjagamu...~ (hug)
Post a Comment