Friday, October 30, 2009

Bubu yang menyesal...



“Bubu kenapa bagi Pak Lala Isuprel (trade name for isporenaline)? Tak reti ambil history ke?”

Dr. Mama berang sekali. Pak Lala diserang oleh jantungnya sendiri.


“Dia kan lelah (bronchial asthma)! Isuprel untuk luas-lebarkan paru-paru,”

Bubu membela diri.


“Diakan ada sakit jantung!”

Mata Dr. Mama bak orang yang menghidap exopthalmus. Kontraindikasi berlaku, isuprel memang sahaja untuk lelah tetapi tak sesuai untuk si jantung yang rosak!


Bubu menyesal kerana main-main ketika tahun klinikal di Sekolah Perubatan Tanjung Wau. Dia gagal mengambil sejarah latar Pak Lala lalu menghantar Pak Lala ke kubur dengan cara yang tersendiri.
……………………………………………………………………..


“You should look at the patient in a full picture. You should not treat just the simptom, and takes off your hand as if you have done your best!”

Baiklah, ini beberapa perkara yang saya dapat kutip daripada subjek pharmacology minggu ini. Full picture!


Pada suatu zaman, saya pernah bertanyakan pendapat seorang sahabat tentang isu pakai tudung tanpa menutup aurat. Jawab beliau kepada saya,


“Mungkin ada perkara yang lebih penting sebenarnya belum sempurna. Solatnya? Qurannya? Thiqah billahnya?”

Ada benarnya. Ada krisis ketaatan dengan Raja segala Raja yang belum selesai. Masakan mahu menjadi hamba jika tak mengenal tuan? Tak tahu kuasa tuan? Tak tahu untung budi diciptakan?


Suka juga saya nak memetik tulisan Mustafa Masyhur yang saya simpulkan begini,


“Kita tak dapat nak beritahu seseorang bahayanya api ketika dia sedang tidur.”

Isu aurat, mengumpat, suu zhon melibatkan manusia-manusia yang sedang tidur dan berasa aman dengan tidurnya sehingga tak sudi diganggu sekalipun api yang marak kian hampir.


Melihat masyarakat, manusia dengan full picture, membantu untuk kita tak sekadar merawat simptom. Saya tak sekali-kali mengatakan biarkan sahaja simptom-simptom itu merebak! Tidak. Menyedarkan tentang peri-pentingnya solat, thiqah billah ibarat mengejutkan manusia yang sedang tidur. Moga-moga hidayah Allah membangunkannya dan dia nampak api yang makin marak!


Saya ibarat kura-kura yang merangkak, moga sampai juga ke garisan penamat dengan jayanya dan tidak ingin perlumbaan kedua kerana ingin berehat di syurga. Amiin. Doakan.

No comments :