Thursday, August 20, 2009

Hari Lahirku di bulan Ramadhan (tak tipu)


Situasi 1

“ Aiman, khamis ni birthday Akmal. Jom celebrate!”
“Alamak, aku baru plan nak puasa.”

Situasi 2

“Ala, birthday aku time puasala tahun ni!”

Rayakan ramadhan
Dua dialog ‘alamak’ dan ‘ala’ tentang puasa. Saya sebenarnya tak ada idea lain nak dibuat contoh tetapi rasanya dialog yang tak asing ni cukup menjelaskan bahawa ada yang berpendapat puasa tu ‘ada kureng’ sikit kalau nak celebrate apa-apa.
Saya fikir sungguh tak ‘macho’ fikiran begitu.


Pertama sekali kerana sunnah Rasulullah yang telah mensunatkan puasa pada hari Isnin bagi meraikan hari lahir baginda. Mahu jadi manusia hebat di bumi dan di langit wajib meniru tokoh yang hebat.


Kedua, lima siri peperangan epik berlaku dalam bulan Ramadhan. Fathu Makkah, BADAR, Ayn Jalut, penaklukan Andalus, Hattin. Ambillah roh juang. Harusnya kita berbangga kalau hari lahir kita jatuh pada hari kemenangan umat Islam bukannya bangga mencanang ‘birthday aku sama dengan artis bla, bla, bla’ (nota: bangga mencanang tak sama dengan sekadar nak bagitahu).


Ketiga, sangat seronok apabila kita melangkah ke usia baru, usia yang makin mendekatkan kita dengan kubur, kita dapat mengingatkan diri supaya tambah amal ibadah terutamanya di bulan Ramadhan ini. Moga usia baru hadir dengan lembaran catatan amal yang baru yang bersih daripada dosa.


Rayakanlah Ramadhan!


p/s: Masa zaman sekolah dulu kalau ada apa-apa yang melibatkan public speaking saya kadang-kadang akan berpuasa (nota: nak kurangkan nervous, ^_^) Betul ke niat tu? dan Kak Hajar pernah ajar supaya puasa time exam.


HAPPY BECOMING BIRTHDAY to AHMAD FARIS AB. JALIL this coming 29th August. May Allah grant your wish and always be a muslim warrior!

5 comments :

niskala said...

Selamat hari lahir =)
Hari lahir adlh satu peringatan yg baek utk org2 yg sedar.
Makin tambah umur, makin dekat kita ngan kubur.

Salam Ramadan

Puteri said...

tq, atas ingatan>> hadiah maya. nak hadiah real gak..

ayid said...

slamat hari lahir...
nk buat permintaan apa2 ke?..boleh dpertimbangkan.. =D
salam ramadhan..insyaAllah kita boleh menjadi yg lbh baik!

Puteri said...

to ayid: hehehe walaupun ko wish aku awal 3 minggu lebih, eherm (thanks 4 ingatan) aku terima niat ko yang nak aku buat permintaan tu.. Apakata set up kan bilik aku lawa2, nanti bila aku balik buat banner besar2. bolehlah aku terus ke uliyah 3rd year dgn amannya.. jzkk anyway! mula mencari lailatulqadr drpd sekarang..

[amiza a.malik] said...

http://janjilaxamana.blogspot.com/2009/08/tujuh.html bacalah sini