Sunday, September 13, 2009

sebulan setengah yang menguji dan menguja

gambar hiasan semata-mata (tidaklah selahap ini)




Selesai berbuka di Hussin Nasi Kandar, Sg. Petani, ayah menghantar aku ke STAIL (sekolah tahfiz al-islah) di Tok Bedu. PEMBINA (persatuan belia islam nasional) di pihak akhawat mengadakan qiamulaill jamaie. Hujan yang turun meredupkan suasana, juga menyejukkan hatiku.Bertemu adik-adik daripada UiTM, KMPP, Azimah PMC (Penang Medical College). Semacam jejak kekasih pula bertemu Azimah.



“Awak study kat mana ye. Rasa macam pernah jumpa,”
di muka aku penuh tanda soal. Ini bukan déjà vu.


“PMC.”



“Oh, tak apa. Silap orang. Saya ada kawan kt UK,”
aku berkira-kira nak pergi.


“Eh, saya ada kembar kat UK. Arifah.”


Sah! Sekurang-kurangnya aku betul dalam salah. Aku sempat bertemu Arifah pada syita’ (musim sejuk) yang lepas di Kaherah. Seronoknya. Seronoknya. Rindu pada Mesir, ingatku pada Mesir. Malam-malam akhir pada Ramadhan yang lalu aku dan Mila beri’tikaf di Gami’ Amru.




“Kita selalunya buat ibadah kerana semangat. Kalau ada orang bagi semangat, bagi motivasi, buat program baru semangat tapi kalau tidak…Macam tulah juga kita kalau Ramadhan dah pergi, tak semangat. Tapi, antara tarbiyah Ramdhan ni adalah mengeluarkan fitrah supaya kita mudah melakukan segala kebaikan kerana fitrah,”


Lebih kurang beginilah tazkirah yang menyelangi empat rakaat terawih oleh Umi Yati. Nak tak nak kena akui. Kepulangan ke Malaysia selalu menguji. Majoriti akan mengaku. Senangnya, senangnya duduk di Malaysia. Jiwa diuji dengan ‘tak teruji’. Fitrah diri diuji. Kenapa sebulan setengah ini aku membuat kerja-kerja yang aku boleh buat dua minggu di Mesir. Kerja sekolah daripada Ustazah Iffat terkandas. Amanat ustazah Huda tak selesai.

Lima, enam hari ini aku ala-ala merengek dengan ibu. Menghitung hari untuk pulang ke rumah kedua di Mounira. Gembira dalam sedih. Teruja dalam tangis. Ibu dengan aura keguru-ibuannya berkata,


“Sedih Ramadhan dah nak pergi tu patut lebih lagi!”

Aku sengih dan menganguk. Betullah tu.

Aku sedang bersiap sebenarnya. Bersiap untuk bergelar graduan Ramadhan. Terketar-ketar mengagak-agak keputusan. Bersiap untuk pulang juga ke M-ku yang kedua.

6 comments :

SF said...

salam...

x sabarnya leha nak balik umah utk dapatkan MOTIVASI yang lebey hebat dari mak & abah sendiri...

nak sOlat dgn mak...nak mengaji dgn mak...nak tarawih dgn mak...nak qiam dgn mak !!!~


* leha ada byk lagi kuliah,assignment,paperwOrk,industrial training & overtime@OT (puasa,tambah ilmu,tambah amal,tingkatkan zikir & fikir,solat tarawih,khatam alQuran,tadarus,qiamulail)yang belOm settle utk graduate dari University Of Ramadhan ...~

Puteri said...

Leha, doakan mira. Tadi ada ifthor akhir dgn akhawat kat K Batas. Sedih gak sikit. Sikit+banyak. Banyak amanat. Mohon doanya wahai ukhti!

anisahshamilah said...

huhu~salam akk...
akk ingt lgi ek rmdhan tu..
huhu~
kelam-kabut jugak..nk tergelak bile ingt blk..

see u soon iAllah..
^.^

Puteri said...

huhu cana plak x igt. tertido smpai musyrif tertunggu-tunggu kt metro.

looking foward to see u adik mila..heheh

rifahthetwin said...

salam..baru terbaca blog enti....hehe...kelakar pulak bile enti jumpa kembar ana...^_^

Puteri said...

ana baru baca komen enti hr ni. years passed =) datangla cairo lg!