Sunday, November 3, 2013

Puisi: Isteri tanpa suami

Ada dua sosok yang mencuri hati
Saat ini


PERTAMA
..........................................................................................................
Sekejap aku terbang ke Gaza
Mengintai serikandi bernyawa
Ligat melaksana tugasan berjela
Dan aku yang memandang tak sekali menyangka
Raut wajah yang dimamah usia
Milik Tuhan dan ummah seluruhnya
Menjadi ibu tanpa putera
Menjadi ratu tanpa raja

Runtuh jiwaku
Apa rahsia kekentalanmu
Mungkinkah nikmat sendirian begitu
Untuk kau memecut bertemu Tuhanmu

Wahai yang menyantuni rakyat
Laksana isteri mengejar berkat
Wahai yang hidup pada nadi ummat
Laksana ibu mendakap erat

Ibu bukan gelaran
Tetapi menjelma lewat pengorbanan
Sesungguhnya kau tetap suri
Walau sendiri


Wednesday, September 4, 2013

Perubahan yang kita Impikan



Oleh : Amirah Ab Jalil, Tahun 6, Universiti Kaherah
Selepas penubuhan Negara Islam Madinah dan pembukaan Makkah para sahabat tidak hanya menongkat dagu di Masjid Nabawi atau beriktikaf tidak keluar-keluar dari Masjidil Haram. Sebaliknya projek pembukaan tanah umat Islam terus dilaksanakan atas dasar kefahaman terhadap ayat 193 surah Al- Baqarah,
“Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka
Kegemilangan ini terus berlangsung dan sehingga empayar Islam meliputi 2/3 dunia. Empayar ini berakhir dengan tragedi apabila Sultan Abdul Hamid II digulingkan.
Sejak runtuhnya khilafah pada 1924 hingga kini, pelbagai pihak cuba mengemukakan penyelesaian untuk mengembalikan ketuanan Islam. Penulis-penulis Muslim seluruh dunia menghantar surat kepada Syeikh Syakib Arsalan mencadangkan muktamar untuk pemilihan khalifah. Namun ditolak dalam satu kata-katanya yang terkenal,
“Adakah kamu ingin mengumpulkan angka-angka kosong? Mahu atau tidak, kita harus memulakan daripada bawah.”
Terdapat usaha-usaha dakwah juga daripada berberapa tokoh terkenal seperti Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan lain-lain.
Pada 1928 Gerakan Islam IM ditubuhkan dan mula menyedarkan orang ramai akan khilafah yang telah hilang dan menyeru ke arah penegakkan semula khilafah islamiyah. Pengasasnya telah mencadangkan satu manhaj (kaedah) perubahan berasaskan kefahaman terhadap sirah dan sejarah. Manhaj ini disimpulkan secara mudahnya dengan istilah yang dikenali ramai pendokong gerakan islam sebagai, maratib amal. Bermula daripada pembentukan individu muslim, keluarga muslim, membimbing masyarakat, membebaskan tanah air daripada kuasa asing, memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan islam, mewujudkan negara Islam yang akan membentuk khilafah islamiyah dan akhirnya menjadi kuasa utama dunia (ustaziatul alam). Inilah formula yang digagaskan oleh pengasasnya untuk mengembalikan ketuanan islam.
Relevansi Manhaj Perubahan IM
Kemarahan rakyat Mesir terhadap rejim Mubarak sampai ke kemuncak apabila tercetusnya revolusi 25 Januari. Revolusi ini adalah respon terhadap kekejaman dan pengabaian rejim ini terhadap beberapa aspek kritikal seperti kenaikan taraf hidup, rasuah dan lemahnya projek pendidikan dalam tempoh yang panjang.
IM  muncul di tengah-tengah revolusi itu dengan tujuan menyelamatkan revolusi daripada diambil kesempatan mereka yang berkepentingan. Kekuatan gerak kerja dakwah IM dalam membina individu dan keluarga muslim terbukti apabila mampu membentuk satu kekuatan yang bergerak di tengah-tengah masyarakat. Mereka  berjaya memberi pengaruh yang kuat dalam memimpin hala tuju revolusi sekaligus menjadi calon favourite bagi menggantikan rejim Mubarak sekalipun berada di bawah tekanan rejim sebelum ini.
Pasca revolusi 25 Januari di Mesir, apabila IM mengumumkan penglibatan dalam pilihan raya presiden sesetengah pihak mendakwa IM tidak lagi berpegang pada manhaj perubahan, sepertimana yang digagaskan dahulu. Timbul persoalan terutama kepada mereka yang menggabungkan diri dengan gerakan Islam, adakah manhaj taghyir IM ini masih relevan?
Beberapa senario semasa harus diambil sebagai perkiraan:
  1. Kemenangan tipis Dr. Muhammad Mors dalam pilihanraya presiden menggambarkan dokongan terhadap kuasa Islam dan syariah masih belum kukuh dalam kalangan masyarakat tanpa menafikan kemungkinan ada perancangan yang kuat untuk menggagalkan IM. Terdapat juga golongan yang memangkah Dr. Muhammad Morsy kerana tidak mahu revolusi menjadi sia-sia dengan perlantikan Ahmad Syafiq, sisa rejim Mubarak. Bukan kerana mereka mendokong aspirasi Islam yang dibawakan IM.
  2. Revolusi 25 Januari dilihat sebagai kebangkitan rakyat menentang kezaliman melebihi kebangkitan untuk menegakkan kuasa Islam.
  3. Penggulingan Dr. Muhammad Morsy baru-baru ini menunjukkan proses ‘pembinaan masyarakat’ yang belum sempurna. Sebahagian masyarakat gagal memahami hakikat pertembungan desakan untuk menjatuhkan kuasa Islam dan isu good governance. Hal ini kerana, sentimen yang dimainkan untuk menecetuskan revolusi 30 Jun adalah seputar isu minyak dan elektrik. Isu ini berjaya mempengaruhi sebahagian orang Islam yang naïf.

Melihat senario ini, ternyata manhaj taghyir yang dicadangkan 1928 dahulu, masih relevan. Sistem dan projek-projek Islam tidak mungkin dilaksanakan secara menyeluruh selagi tiada dokongan yang kuat daripada masyarakat. Hanya masyarakat yang benar-benar kuat jati diri Islamnya mampu dibawa melangkah ke fasa yang lebih mencabar lagi iaitu pembinaan kerajaan dan Negara Islam. Oleh itu, semakin besar projek perubahan, semakin kuat gerak kerja pentarbiyahan dan dakwah harus berjalan agar modal di tangan cukup untuk dilaburkan dalam projek perubahan itu.
Satu anggapan simplistik jika sewenang-wenangnya mendakwa IM telah meninggalkan fasa membimbing masyarakat dan melompat secara tergesa-gesa kepada fasa pembentukan kerajaan dan pembinaan Negara Islam apabila Dr. Muhammad Morsy diisytihar sebagai presiden.
Perlu dinyatakan penglibatan IM secara kuat dalam politik Mesir pasca revolusi lebih bertujuan untuk menyelamatkan revolusi rakyat. Ia adalah bentuk pengecualian demi mengelakkan rakyat Mesir keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Namun, proses ‘pembinaan masyarakat’ tetap diteruskan dalam masa yang sama. IM masih menjadi entiti berpengaruh dalam masyarakat. Hal ini terbukti sekali lagi apabila Dr. Muhammad Morsy digulingkan, IM berjaya mengumpulkan rakyat merentas latar ; khusunya latar gerakan Islam yang pelbagai, untuk bertahan di Medan Rabaah.
Malaysia vs Mesir
Projek perubahan yang kita cita-citakan adalah projek perubahan bersifat Islam. Bukan sekadar perubahan atas permukaan seperti sekolah islam, bank islam dan lain-lain jenama Islam. Lebih utama lagi perubahan yang mendasar iaitu pengukuhan akidah Islam yang terperinci dalam setiap individu Muslim di tanah air kita. Individu Muslim yang tunduk sujud pada undang-undang dan kehendak Allah di segenap aspek.
Apabila kita menyentuh tentang manhaj perubahan yang menyeluruh sesetengah individu menganggap kita harus meruntuhkan segala sistem yang ada di negara kita sekarang dan menggantikannya dengan sistem yang baru. Saya berpendapat ia tidak tepat kerana Malaysia bukan tanah yang baru mengucap syahadah. Jangan pukul rata dengan mengatakan semuanya tidak Islam. Negara ini adalah Negara Islam sekalipun belum sempurna keislamannya. Kita tidak perlu bermula daripada kosong. Tugas kita adalah menyempurnakan keislamannya di setiap sudut seperti ekonomi, undang-undang, pendidikan dan lain-lain.
Juga dakwah harus dikuatkan samada kerja-kerja memahamkan masyarakat tentang Islam dan tak kurang penting menyedarkan masyarakat tentang akidah jahiliyyah seperti liberal, sekular dan lain-lain. Perubahan besar yang kita cita-citakan pada Negara ini masih sama formulanya. Membina individu muslim dan keluarga muslim yang sentiasa mendokong agenda Islam hingga mampu bergerak dalam masyarakat sehingga memiliki bargain power  (kuasa tawar-menawar) yang kuat mengangkat agenda pengislaman sistem-sistem di Negara yang tercinta ini.

Friday, August 16, 2013

Raya Travel Note

Kepala Batas
ke
Port Dickson > Kuala Pilah > Sikamat > Pedas
ke
Segamat > Keratong
ke
Bangi Lama
ke
Shah Alam > Subang > Petaling Jaya > Cheras

Perjalanan raya yang panjang. Eid Mubarak!

Sunday, June 30, 2013

Kahwin

Arinah membaca sebuah mesej Whatsapp  group di telefon samsung Galaxy Pro. Diletakkan telefon di atas meja. Tak peduli mesej ucap tahniah yang masuk tak putus-putus.

"Sampai hati."

Arinah ambil bantal, menutup muka lantas pejamkan mata. Senyum bertandang sesaat ketik membaca mesej itu dan pudar kemudiannya.

"Ah, sampai hati!"

**************

Nabihah termengah-mengah mengejar Arinah. Dari jauh Arinah ceria menghirup udara pagi Nil. Tiada yang serupa. Jambatan yang merentasi Nil daripada Tahrir lengang. Pagi jumaat. Kaherah tidur. Nampaknya panggilan telefon selepas subuh bertalu-talu berjaya menarik Nabihah daripada buku teks surgery  untuk menemani Arinah jogging.

"Biha, adik ana nak kahwin." Nabihah masih mencuri-curi nafas.

"Yang mana?"

"Yang laki tu."

"Tak habis belajar lagi kan?"

"Aah." Arinah merengangkan tangan sambil menghadiahkan segurat senyum pada langit.

"Anti ok?"

" No prob. Semua orang inshaAllah ada rezeki. Bagi ana masa, umur bukanlah kayu ukur pertama. Isunya 'kenapa'."

"Isunya 'kenapa'," Nabihah mengangguk-angguk. Sudah tenang bersandar pada tiang elektrik yang bertentang dengan Hotel Semiramis Hilton.

"Orang duduk hutan pun kahwin kan? Bezanya kenapalah. Sebab sunyi? Sebab trend? Yang ni yang tak tahan."

"Bukan trendlah Biha. Arus baru!"

Pecah tawa.

"Bagi ana kan Nina, kita kena set upkan tujuan hidup yang jelas. Ana tak boleh bayang ana kahwin dengan orang yang tak tahu hidupnya untuk apa. "

"Yalah, tak sekufulah dengan anti," Arinah mengusik.

"Bukan macam tulah! Ana ada bayangan anak-anak, generasi yang ana nak lahirkan. Maka, mestilah nak yang sama-sama ada pandangn jauh tentang kehidupan. It's about leaving a legacy for this daawah!" tegas Nabihah.

Arinah mengangguk. Masih bersisa tawanya melihat wajah serius Nabihah.

*********

6 tahun mereka bersama.

Satu mesej WhatsApp masuk.

"Mana ucap tahniah untuk ana?"

Arinah pandang sahaja mesej itu.

"InshaAllah giliran anti akan tiba," masuk mesej kedua.

"Helo, helo! Ada orang tak tu?"

"Ada," sepatah balas Arinah.

"Jangan sedihlah. It's all about time"

"Eee, bukan sebab tulah!" Arinah meletakan emotikon muka merah berapi.

"Dahtu? Anti buat dek je ana nak kahwin."

"Merajuk. Anti patut bagitau awal pada ana. Bukan buat ana terkejut pengumuman kat WhatsApp."

"Nina, tak baca emel ana ke? Bulan lepas ana hantar. Ingatkan anti sedih sebab tu tak reply."

"Alamak!" Arinah menyumpah diri sendiri. Berlari mendapatkan laptop.

Monday, June 24, 2013

Hidupkan harapan



Pernah ketika tahun satu saya naik sebuah teksi. Dengan bahasa arab pasar yang mukassar (hancur), saya menyembang dengan pakcik teksi itu. Tentang Islam, Makkah. Daripada Sayeda Zainab ke Fustat, akhirnya kami dihantar pulang secara percuma.

Makan percuma sudah tak terkira.

Terlalu banyak hingga tak tahu ingin dikongsi apa.

Semalam di wad orthopedic saya berkenalan dengan Usamah. Budak kecil yang patah kakinya. Casting tegak kakinya. Comel sungguh dia. Daripada semalamnya lagi saya asyik melihat Usamah bermain kad dengan kakaknya di atas katil.

Peristiwa-peristiwa manis ini sering membuatkan saya senyum dan terasa hidup ini penuh harapan.

Perasaan ini satu aset penting untuk kita lakar pelangi-pelangi hidup kita. Percayalah! Disebalik susah-payah hidup di Cairo, Allah selalu menghantar siri-siri momen yang membuatkan hati panas terasa sejuk, peluh menitik lantas kering, ada senyum dibalik air mata. Saya rasa itu yang membuat saya bertahan dan selalu sayangkan tanah ini walau apa yang terjadi. Saya pernah sesat, saya pernah tidur dalam bas hingga terlajak, saya pernah nakal gamble ke kampung Arab, saya pernah ditipu dan lain-lain. Tetapi menara masjid-masjid Kaherah tak pernah gagal membawa saya mendongak ke langit untuk melihat hujungnya dan saya akan rasa lapangnya dunia ciptaan Allah. Kita yang selalu menyempitkannya.

Hidup penuh harapan!

Tanpa harapan, dakwah akan mati. Allah menjanjikan syurga buat para muhsinin. Allah janjikan pertemuan indah denganNya yang membuatkan wajah berseri-seri. Allah janji untuk mengabulkan doa. Allah janji kemenangan itu dekat.

Allah tabur harapan buat para duat untuk terus berjalan meredah badai. Harapan yang selalu memotivasikan diri.

Berilah harapan pada orang sekeliling. Saya sangat percaya, apabila saya memberikan seorang tua duduk di tempat saya dalam metro, saya sedang menghidupkan harapan. Harapan bahawa dunia yang rosak boleh menjadi lebih baik. Masih wujud orang berhati manusia di muka bumi. Begitu juga saat saya diberi pelukan hangat makcik (entah siapa) di masjid saat saya rasa duka. Saya terasa hidup kembali harapan saya bahawa lelah para duat untuk melihat ummah bersatu tidak sia-sia. Pasti, pasti.

Pandanglah mad'u, mutrabbi dengan penuh harapan. Seorang ibu sejati tak akan berhenti berharap akan anaknya sekalipun seorang penagih dadah. Beri harapan pada diri untuk terus gigih mentarbiyah umat dan beri harapan pada mereka akan luasnya rahmat Tuhan.

Betapa sempit pun jalan, jangan pernah berhenti berharap. Nabi Musa sangat yakin pada Tuhannya, dan tak putus harap sehingga terbelah laut merah dan mereka melintasinya.

Terima kasih kepada semua yang sering beri saya harapan akan ampun dan kasih Allah, akan berlangsungnya dakwah ini hingga akhir saat.

Hidupkan harapan dalam jiwa dan orang sekeliling.


Saturday, June 22, 2013

Tajdid cinta



Bismillah

Alhamdulillah Allah izin menghirup udara Mesir buat tahun keenam. Ini antara nikmat yang terbesar. Bukan kerana ianya Mesir yang ada mahsyi (nasi rempah yang dibalut daun anggur), atau mahalabiah (dadih susu yang no elsewhere) atau Nil yang mengelilingi Cairo University School of Medicine. Bukan.

Bukan kerana saya bakal graduate daripada universiti yang telah berusia lebih 100 tahun, yang ancient betul bangunan hospitalnya, yang wadnya tiada aircond, yang lantainya marmar dan dindingnya tembok batu yang besar. Bukan kerana ia adalah tertiary medical service, yang doktornya boleh bersyarah panjang tentang agama, selalu mengajar nilai-nilai postif, yang tidak marah jika buat salah, yang di sana lahirnya Dr Raghib Sarjani (penulis buku sejarah kegemaran saya). It's a part of it, but not main bulk of it.

Saya bersyukur kerana Mesir menyaksikan jatuh bangun hidup saya. Ajar saya bagaimana untuk sujud lebih lama, senyum jika dihampakan dan optimis pada yang mengguris rasa. Nikmat tarbiyah. Mungkin cliche didengar orang tapi, itulah hakikat. Saya ingin merakamnya agar dikedepan hari yang saya tak tahu apa takdir Tuhan, jika saya diuji dengan lupa dan hilang rasa, sekurang-kurangnya khazanah tulisan ini boleh mengingatkan saya.

Saya bermula dengan rasa inferior yang tinggi pada mereka ini. Saya banyak belajar lewat perbuatan selain daripada pesanan-pesanan yang ringan dituturkan. Saya ingat, tahun pertama di sini, kali pertama saya menyambut Mawlid Ar-rasul dengan linangan air mata dan penuh sedar. Saya melazimi majlis penceritaan sirah setiap minggu. Hampir setiap minggu saya menangis dalam majlis itu merindui Ar-rasul. Saya menapak. Saya bertatih. Saya cuba. Saya jatuh. Saya terguris.

Buku-buku catatan lama mengingatkan yang saya seorang yang hamasah (bersemangat). Mungkin kurang emosional ketika itu atau tak begitu ambil peduli cakap-cakap orang. Saya lalu berjalan atas yakin. Saya pegang yang:

semakin tinggi iman semakin kuat amal
kemampuan untuk mencintai orang lain berkadar langsung dengan kemampuan mencintai penciptanya
hati yang suci kunci kemampuan berusaha

Betul, terkadang di pertangahan jalan saya rasa letih. Saya kembali menyoal diri,

"untuk apa bersusah-susah? Tak ada yang memaksa."

dan akhirnya saya menyedari satu hakikat. Dakwah ini sering menyakitkan dan membuat saya terlantar, tetapi ia juga yang kembali menghidupkan dan membuat saya berlari. To be noted that, saya taklah hebat diuji seperti orang lain yang pernah dihalau, dibasuh dll.

Dan tarbiyah sifatnya menapis. Seperti kisah Talut dan Jalut. Satu perumpaan yang saya simpulkan daripada bacaan dalam buku Al-Aawaiq, Ahmad Ar-rashid,

"Amal yang laju umpama sebuah pusaran. Semakin kuat berpusar, hampas akan terbang keluar dan yang mampan akan tertarik ke dalam"

Jika saya hampas, saya akan disqualified.

Setiap fasa ada tapisannya. Saat menjadi mutarabbi semata lain ujiannya. Masih terasa selfish. Diuji dengan amal fardi (amal ibadah harian), diuji dengan karat jahiliyah yang pernah singgah. Saat menjadi masulah, lain ujiannya. Mungkin ada pada fasa-fasa itu diuji pada ukhwah sekalipun telah bertahun tidur bersama berbantal lengan. Diuji pada keringnya hati, kerana saiz hidangan sepatutnya bertambah bila tenaga semakin banyak diserap (banyak berkerja daripada tarbiyah jiwa).

Dan pada fasa sekarang ini, saya sedang berjinak-jinak dengan,
'Tajdid iman, hamasah dan cinta'

Saya ingin kembali menjadi jiwa muda yang berkobar-kobar (tidaklah tua lagi, masih hingusan lagi dalam dakwah, cuma kadang keletihan terasa tua). Nafas perlu panjang. Jika panjang usia saya, masih lama lagi ombak ini haru saya redah dan saya telah bertekad untuk meredahinya dengan penuh cinta dan bahagia
 =)

Thursday, June 20, 2013

ECG hidup




Matahari garang menyilau di celah-celah dahan. Nil berkilau. Mujur angin tidak turut garang. Sedang-sedang sahaja. Ami menekuni soalan ECG di tangan. Graf aliran elektrik jantung. Semakin ditekuni semakin asyik. Ami tak sedar berapa lama dia berteleku di pinggir Nil dengan buku ECG.

Sebatang tubuh melabuhkan punggung di sebelah. Ami mengangkat muka. Seulas senyuman dilemparkan dan kembali menekuni soalan ECG.

 Dua mangkuk ais krim buatan tempatan terhidang.

" Akak," perlahan suaranya sambil menjilat ais krim badam yang bersisa pada sudu.

"Ya Aliyah," Ami menyuap ais krim berperisa yogurt tempatan. Nikmat sekali lagaknya.

"Akak," semakin redup suara Aliyah.

Ami tutup buku ECG. Mengenjak sedikit. Betul-betul sebelah Aliyah.

"Kenapa Liya?" tangannya dilingkar ke bahu Aliyah.

"Kenapa hidup susah?" bukan sekali soalan itu dilemparkan kepada Ami.

"Baru call rumah?" Ami meneka.

Aliyah sekadar mengangguk. Ami telan air liur. Benar di luar kawalnya. Tak tahu bagaimana harus dibantu. Urusan keluarga, orang tua sering kali sukar diterka. Ribuan batu jauhnya tetap sahaja tidak mengurangkan perit hati Aliyah akan nasib keluarganya. Mereka semua sedang diuji Tuhan. Bukan ujian harta atau kesihatan. Ujian ikatan kekeluargaan.

Aliyah melabuhkan kepalanya ke paha Ami. Hangat air matanya. Paha Ami basah. Ami mengusap-usap kepala Aliyah. Diam seribu bahasa. Mungkin Aliyah mendengar pujukan Ami lewat usapannya. Semakin deras air matanya.

"Liya, dalam hidup ini, ada perkara dalam kawal. Ada perkara luar kawal."

"Liya dah tak terkawal Kak Ami. Semua benda yang Liya peluk, gugur satu-satu. Abah, mama."

"Liya dah peluk impian? Doakan impian yang diulang-ulang dalan senyap. Impian hamba yang disandarkan pada Tuhannya pasti dikabulkan. Allah dah janji kan Liya?"

Aliyah membisu.

"Liya."

"Liya tengah peluk akak."

Pecah tawa.

Aliyah yang tak pernah lekang senyum, seceria mentari. Sesekali mendung menyapa, hujan pun turun. Namun Aliyah masih pantas melukis pelangi.

 "Akak tak mampu bantu Liya, tapi akak mampu sebut nama Aliyah Husni dalam doa-doa akak."

Satu kesimpulan yang Ami belajar. Sekalipun ECG dilihat kompleks, namun bacaan arus kehidupan jauh lebih kompleks. Tiada formula tetap. Hanya perlu ditekuni dengan berjalan terus. Tiada alat yang dapat mengesan naik turun gelombang-gelombang kehidupan. Ianya difatwakan daripada hati.



Sunday, June 2, 2013

Maadi



Dah masuk 6 tahun saya tinggal di Mesir. Hari kali pertama saya berjalan ke Maadi. Sebelum ini paling hebat sampai ke stesen metro Maadi untuk ke rumah seorang auntie atau ke Wadi Degla.

Saya ke Maadi dalam misi pencarian beberapa buah buku sebagai bahan rujukan kerja. Saya naik metro jam 2.30pm. Matahari garang. Suhu 42 darjah Celcius. Mungkin paling tinggi untuk tahun ini. Naik saja metro ramai pula yang menjaja dalam metro. Bisik hati saya, 
" rezeki lepas jumaat".

Macam ayat dalam surah jumuah, selepas solat bertebarlah mencari rezeki.

Seorang adik perempuan dalam usia 10 tahun mungkin, ke hulu ke hilir berniaga aksesori rambut wanita. Muda bukan? Mata saya mengekorinya hujung ke hujung. Mudanya. Berkali-kali saya sebut dalam hati. Tiba-tiba, seorang budak lelaki yang 3/4 daripada tinggi budak perempuan tersebut, muncul menjaja. Cincin kanak-kanak yang comel. Saya tergamam. Lagi muda!

.....

Sampai sahaja di Maadi saya explore sendiri jalan ke kedai buku. Mudah saja. Jalan lurus. Ada 3 kedai buku yang sangat memuaskan hati. Aliff Bookstore, Bookspot, Diwan. Akhirnya saya jumpa apa yang saya cari di Diwan. Alhamdulillah. Sebelum ini saya telah ke City Star (Virgin dan Dar Shorouq) akhirnya pulang dengan segelas jus buah. Setelah 5 buah kedai buku, saya jumpa apa yang saya cari. 

Sebelum ini saya pernah baca dalam sebuah novel tentang Maadi. Katanya Maadi adalah sebuah bandar perumah terancang. Betullah agaknya. Cantik dan tenang tempatnya. Eksklusif juga. Masakan perumahan biasa ada Cilantro, Auntie Annes, Bakery, Crumbs, Nola, Costa Coffee, Body Shop dan lain-lain. Buku-buku yang dijual juga banyak yang berbahasa Inggeris. 

Masuk hari ketiga saya telan panadol kerana kepala berdenyut. Hajat di hati ingin tahan tapi saya fikir sapa nak angkat aku balik jauh-jauh. Mujur suhu badan turun ketika saya melepak di Diwan Bookstore.

Segar kembali antara impian saya ketika bersekolah:
1. Menjadi peguam
2. Dalam masa yang sama menjadi penagacara (agaknya terpengaruh dengan Fara Deeba)
3. Dalam masa yang sama memiliki sebuah kedai buku, yang ada kafe (kononya kawan saya yang jadi owner kafe itu)

Aliff Bookstore sangat menarik! Jika tak mengenang saya tidak memiliki diri saya, telah saya lepak-selepaknya di Costa Coffee barangkali dengan buku, buku, buku dan secawan moka. Mungkin moka ais di musim-musim panas begini. Alangkah!

Namun, ada janji yang lebih membahagia. Yang berbaloi untuk kita korbankan keinginan kerananya. Hidup bukan hanya buku wahai Amirah. Bacalah wajah anak bangsa.

......

Saya pulang hampir Maghrib. Saya nampak dia dari jauh. Saya tahu dia nampak saya. Saya jalan terus tak menoleh. Saya tahu dia ikut saya, 

"Aku jalan elok-elok sebelah kau. Aku jalan beradab ni."

Saya keluarkan ole-ole. Setelah lebih 6 cubaannya gagal sebelum ini, kali ini dia berjaya. Dulunya saya suka melayan. Lama-lama saya jadi geram apabila dia pegang-pegang tangan saya. Kali ini saya katakan padanya, 

"Aku tak takut dengan kau. Cuma aku tak suka orang pegang aku."

"Apa? Kau tak takut aku?"
Dia tersenyum puas mendapat apa yang dimahukan.

Tetapi esoknya, dia pegang-pegang saya lagi dan untuk kesekian kalinya, saya berjalan terus.
Dan setiap hari dia menanti saya, dan saya akan tercari-cari dia jika tiada.

:)

Saturday, May 25, 2013

A piece of her mind: Ikhlas



Seminggu lepas saya sakit.

Begitu diserang virus yang membuatkan hidung berair, imuniti saya hampir punah. Semalam menggagahkan diri mengambil barakah ukhwah, saya ke Hayy Asyir. Rasa sedikit sihat setelah mendapat suntikan sekalipun agak menyakitkan.

Hari ini Allah beri izin bertandang ke warung, minum air coklat dengan madam and madam-to-be. Malamnya pula disambut sekeping note daripada adik sedara dan kek coklat tetamu kehormat. :)

Begitukan, kasih Allah mengalir selalu. Kita yang sering lemah tidak sedar diri. Pun begitu masih sombong denganNya. Masih menyimpan ego yang patutnya dibuang jauh-jauh.

Tetamu kehormat memberi a piece of her mind yang sangat basah:

Kami bicara tentang hati dan dia mulakan dengan ikhlas. Dia ingatkan saya kalam Al-Banna dalam Risalah Taalim, dalam rukun baiah tentang ikhlas.

"Jika tinggalkan sesuatu kerana orang itu riyak, jika buat sesuatu kerana orang itu syirik," dia petik kata-kata Fudhayl bin Iyadh.
Kedua-duanya musuh ikhlas. Ikhlas, tidak berlaku apabila kita mengharapkan mendapat tempat di mata manusia dengan amal-amal kita, sekalipun dengan nama 'demi dakwah', 'demi qudwah'. Ini seni hati yang halus yang banyak meracun para daiyah yang ingin lekas mengambil hati mad'u dan orang sekeliling.
Dia petik kata-kata Amr Khaled, "Niat itu harus ada taalimnya."

Saya mula menyalah-nyalahkan diri. Rasa tak mampu hampir bertalu-talu. Sakit yang mahu kebah, buat saya mahu rebah. Tetamu kehormat sekali lagi memberi a piece of her mind.
Dakwah ini bukan dalam kawalan kita. Allah pemegang talinya. Muhasabah perlu tetapi untuk bertindak, bukan menyebabkan terdampar begini.

Saya senyum simpul. Begitulah dia yang jarang gagal membasuh saya. Antara yang paling berkesan setakat ini. Mungkin bahasanya yang halus membuatkan saya rasa begitu difahami.

Saya tarik nafas. Dua doktor telah saya jumpa. Kedua-duanya tak izinkan saya jadi pesakit terlantar. Malah saya dipaksa bangun dan selamatkan orang sihat! Begitu saya kira daripada azimat-azimat mereka. Memang begitu ubat yang mujarab buat saya. Saya terkenang saat saya mula langkah ingin menyihatkan iman, banyak tolakan saya adalah demi gerakan menyelamatkan orang. Menyelamatkan umat. Dan kini ia terjadi lagi.

Sunday, May 19, 2013

Tak jujur



Aku bukan pemilik open diary
Pengukir kata
Kala bisu
Tak mampu jujur pada diri
Pada Tuhan malu pula
dan Dia tahu segala
Curahan lelah dengan diri
Malu pada bonda yang mendahului pergi
atas jalan ini
Segan pada Rasul yang merintis jalan suci
Aku masih bersimpang-siur
menjejak jalan ini
Dan kini aku tak jujur lagi

Saturday, May 18, 2013

Kau yang...

Tak mampu ku lelapkan mata
Mungkin kerana hidungku yang berair
Mungkin kerana sinusku yang tersumbat
Tetapi mana datangnya debar di dada
Ku letakkan kepala tak jua lena
Aku terbang ke Malaysia
Kau yang tak ku temu kurang setahun
Belum sejuk dakap kau leraikan
Masih basah keringat musim panas
Berjalan merentas Kaherah
Belum kering derai air mata perpisahan
Kau yang aku cinta
Kau yang mintaku berjanji tak lepaskan genggam
Kau yang minta kita tarik-menarik ke syurga
Kau yang tidur bersamaku beralaskan lengan
Kita yang Sayeda, Madinat Nasr, Iskandariah, Mansoura
Tilam kita sehelai
Kita selak helai-helai risalah bersama
Wa fi zalika falyatanafasil mutanafisun
Kita hambur air mata mujahadah tatkala sesaknya dada
Berangkulan menguatkan bahu yang retak
Hingga bercantum kembali dengan gizi ukhwah kita
Dan malam ini aku tak bisa lenakan mata
Aku kenang bertahun lamanya bersama
Dua tahun puncak kita bertemu setiap bulan
Dan kini kau jauh di mata
Aku hanya mampu kirim selaksa doa
Penemanmu ukhti
Kan kita dah janji ingin bertemu di syurga nanti
Wujuhun yaumaizen nadhirah ila rabbiha nazhirah
Aku tak bisa menatangmu
Hanya Allah sebaik-baik sandaran
Yang sudi perkenalkan aku akan hebatnya engkau
Kepalaku berdenyut
Air mata gugur tak bisa aku tahan
Sedu-sedan
Tetaplah engkau
Jumpa nanti ukhti!

Friday, May 17, 2013

Langkah ke Gaza 4#

We are not beggars.

Saya terlentok di dalam bas.

"Bangun! Bangun! Jangan terlepas detik-detik di Gaza."



Saya buka mata. Laut Mediterrenean biru menyambut kami. Segar. Jiwa segar. Tak henti senyum. Kami sampai di Hotel Commodore. Lapar dan letih. Dapat sahaja kunci bilik, saya dan ukhti Sakinah Kamil terus naik ke atas. Bilik sederhana besar menghadap laut. Dua katil single. Lighting tak kalah hotel 5 bintang. Lengkaplah senang cerita.

Satu pemandangan yang saya tak pernah nikmati sepanjang di Mesir. Yalah, ada rumah sendiri. Jika ke muhafazah pun menyinggah di rumah kawan-kawan. Jika mukhayam atau rehlah pun, tidak begitulah rupanya.

"Ya Allah, tak tau nak cakap apa." ukhti Sakinah berkali-kali melahirkan kekagumannya. Ya, saya pernah dengar daripada sahabat-sahabat yang pernah ke sini sebelum ini tetapi tak hilang rasa kagum.

"Ini tengah perang ke?"


Inilah kesempatan dalam kesempitan. Sedikit pun tidak berputus asa dan merendah diri. Kami bayar dan kami dapat. Sungguh mereka bukan pengemis. Kami bukan bayar sebagai 'alah simpati'.

"We are not beggars," betullah kata-kata Dr Mahmoud Zahar bekas Menteri Luar.

Sheikh Ahmad Yasin: ayah min ayatillah, berjuang dari kerusi roda






Selesai mengisi perut dengan shistowuk, nasi dan ayam bakar. Kami berangkat ke rumah Sheikh Ahmad Yasin.


Inferior! Gerun!

Itulah saya. Tertunduk-tunduk sendiri saat melangkah masuk. Tak sanggup pandang kerusi roda usang itu. Walaupun tuannya telah tiada. Malu. Entah kenapa begitu sekali bergolaknya rasa hati. Rasa tidak layak. Melampau? Saya tiada daya untuk nafikan rasa hati. Air mata saya mengalir dengan mudahnya.

Kami disambut anak bongsu, menantu dan cucu-cucu beliau. Rumah yang simple itu menjadi saksi berhimpunnya kisah suka-duka penduduk Gaza. Sheikh Ahmad Yasin dikenali sebagai sosok yang sangat suka membantu orang. Saya bayangkan rumah beliau ini umpama balai aduan. Penduduk Gaza mengadu pelbagai isu dan meminta pandangan daripada orang tua ini. Orang tua yang duduk di kerusi roda ini. Pintu dibuka untuk semua. Bukan sekadar ahli harakah (HAMAS) sahaja yang datang, semua. Manfaat beliau tabur buat semua. Sehingga ada kisah, seorang lelaki yang sering mendapat bantuan beliau tidak tahu bahawa dia sedang dibantu seseorang yang duduk di kerusi roda.


Kami tanya kepada menantu beliau, adakah beliau cerewet memilih menantu?
Ya!
"Aku bernikah dengan Abdul Ghani Ahmad Yasin ketika beliau di penjara. Untuk mendapatkan persetujuan pernikahan ini, aku terlebih dahulu dibawa masuk ke penjara dengan sukar sekali untuk bertemu beliau. Setelah bertemu, akhirnya beliau bersetuju," ujar Ummu Husam menantu Sheikh Ahmad Yasin. Beliau mahukan generasi keturunannya menyambung legasi perjuangan ini.

Beliau akan khatam quran setiap empat hari. Terduduk. Aduh, seperti Bonda Yoyoh yang terlebih dahulu menampar saya dengan 2 juzuk setiap hari! Kali ini 30 juzuk 4 hari? Itukan beliau yang sibuk mengurus harakah dan bertemu orang ramai? Itukan beliau yang dijemput bertemu Allah dengan cara yang paling mulia.

Beliau sering menurun pesan pada anak-anaknya agar cucu-cucunya diasuh dengan Al Quran.

"Saya ingin jadi jil nasr. (generasi yang memenangkan agama)," yakin sekali tutur Mahmud, 12 tahun, telah menghafaz Al quran, antara cucu beliau yang sempat merasa sentuhannya.



Kami sempat melihat tempat tepat tubuh kecil beliau dibedil dari atas. Begitu gentar sekali Israel akan 'kepala teroris' ini?!



Kami dihidang dengan air gas dan mafla sempena Hari Sambutan Kesyahidan Sheikh Ahmad Yasin.


p/s: Air gas! Saya terkenang akan ziarah bersejarah di Masjid Ar-Rahmah, Ismailiyah. Masjid pertama yang dibiaya daripada poket-poket ahli Ikhwan Muslimin Ismailiyah. Dan di situ, saya terkenangkan mereka yang bersama-sama menempuh jalan ini dan sedang memulakan langkah baru sana. Fi hifzillah ya akhawati yang dirindui.

Saturday, May 11, 2013

Lelaki Vodafone

Seteguh wanita ini, Al Ukht Al Qaid Jameelah Shanti



Saya duduk di Hadiqah El Arabi. Mengulang hafazan yang kurang 30% daripada silibus markaz. Dalam hati memujuk diri.

Percaya. Tawakal. Percaya. Tawakal.

Itu wirid yang saya saat ini. Sejam sebelumnya saya telah menghantar kertas jawapan subjek Alquran dan Tajwid yang saya rasa markahnya kurang 50%. Saya ada peperiksaan OSCE Surgery minggu ini. Maka, faham-faham sajalah. Saya lebih menelaah ischemia, lipoma daripada surah Al-Fath, Al Mujadilah.

Dos percaya diri turun mendadak semalam dan dos ragu-ragu melompat tinggi. Mujur pagi tadi jumpa kakak Alex yang postif amat. Membuahkan yakin yang saya telah berjaya walau apa pun terjadi pada sesi peperiksaan petang ini.

Percaya. Tawakal. Percaya. Tawakal.

Saya duduk di bangku marmar. Hijau. Tenang. Teduh. Teduh rahmat. Tiba-tiba muncul seorang lelaki,

"Cik nak beli kad vodafone dengan harga bla..."
Saya geleng.

"Syukran"

Dia senyum positif sekalipun telah ambil jarak melintas rumput untuk sampai kepada saya, hanya saya di situ.

"Tak apa," katanya.

Saya bersahaja. Dia menoleh,

"Andonesy?"

"Lak. Mazlizi"

"Allah yuthabitki, " dan berlalu.

Ya, teguh. TEGUH. Wirid saya bertambah.

Percaya, tawakal, teguh!


Terima kasih ya Ar Rahman, Ar Rahim.

Friday, May 10, 2013

Langkah ke Gaza 3#

Pasti. Saya  teramat merindui Gaza. Mengingati Gaza saya kembali fokus. Ya, PRU 13 yang berlangsung dengan pelbagai rencah bahan namun tetap tak cukup rasa baru-baru ini, sedikit sebanyak menganggu konsentrasi saya.

Kita ada agenda. Jangan jadi seperti lalang. Maka, deretan peperiksaan Markaz As Tsaqafi yang bakal saya duduki bulan ini dan juga peperiksaan OSCE surgery memanggil saya untuk kembali menekuni tugas saya. Dan Gaza tak pernah kalah memberi inspirasi daya fokus luar biasa dalam memperjuangkan agenda.
gambar sempurna ada di FB


17 April kami melangkah masuk ke Rafah bahagian Gaza. Saat bas melepasi tembok besar dan papan tanda Selamat Datang ke Gaza, air mata sebak tidak mampu saya tahan. Ya Allah, benar Kau telah izinkan. Entahlah saya yang emosi atau apa, inferior kawan. Saya pun tidak tahu kenapa saat itu. Tapi kini saya tahu.


saya kehujanan melihat tembok-tembok ini





Kami disambut dan dirai. Untuk pertama kalinya kami menghadiahkan lagu Islami Ya Quds buat penduduk Gaza di balai tetamu Imegresen Gaza di Rafah. Bersemangat kami mengangkat jari telunjuk ke langit saat menyanyikan korusnya.


Laki ya qudsu salama wa salaman  ya biladiin rama baghyu sihamanattaqiha bifuadi

Untukumu, wahai Quds kesejahteraan wahai negerikuJika penjahat menembakmu dengan peluruAku pertahankanmu dengan hatiku (dengan dadaku)

sebelum dihidangkan kopi
Kami dihidangkan setiap seorang secawan kecil kopi pekat tanpa gula. Berherba.
Perkenalkan diri,

"Ukhtukum fillah Amirah Abdul Jalil
Sanah Sadisah  Kuliyati Tibb Jamiatul Kaherah"

Seorang demi seorang. Ini kisah pendek takrim dhuyuf di pejabat Imegresen Gaza. Macam orang besar pula yang hadir. Sungguh terlalu berlebih kami disambut. Terharu.

Kami meneruskan perjalanan ke bandar Gaza.

Pemandangan pelajar pulang dari sekolah dalam perjalanan

ps: Maaf pendek saja. Harus berangkat. Bersambung lagilah di lain hari.

Monday, May 6, 2013

Kemana rasa isti3la dan izzah boleh membawa anda? : SQ lagi



Sedang menghayati Maalim Fi toriq, Sayyid Qutb.
Menyeru diri untuk teguh fokus pada agenda dan tidak menjadi lalang. Terlalu banyak untuk dipersiapkan sebelum pulang ke tanah air bertempur di medan sebenar.

Terimalah sekali lagi, kalam-kalam Sayyid Qutb tentang isti3la:

Inilah logik dunia, logik orang-orang yang tertutup mata hatinya dari hubungan dengan kemuliaan hakiki di setiap generasi dan di setiap tempat. Sesungguhnya menjadi tanda bahawa Allah bersifat Maha Bijaksana dengan mentakdirkan bahawa menegakkan akidah itu biasanya boleh berhasil dalam suasana yang sederhana, tanpa perhiasan dan kulit luar yang berkilauan dan tidak memakai daya penarik yang palsu, tidak mendapat perlindungan dari pihak berkuasa, tidak boleh menawarkan sebarang keselesaan kepada sesiapa pun dan tidak mampu menawarkan sebarang jaminan apa pun. 

Yang ada padanya hanyalah kesungguhan dan ketabahan hati, kesanggupan menanggung susah dan derita, dan perasaan rela dan cinta mati syahid. Akidah ini boleh dianuti oleh siapa sahaja yang rela menganutnya dengan penuh keyakinan bahawa dia menganut akidah ini kerana Allah semata-mata bukan kerana manusia, bukan kerana sesuatu kepentingan yang dikejarnya.

Manakala orang-orang yang gilakan kedudukan dan pangkat, orang yang cinta harta wang dan kemewahan dunia, boleh menolak dan meninggalkannya. Demikian juga orang yang lebih memihak kepada nilaian manusia daripada nilaian Allah.

Sesungguhnya orang beriman tidak akan mencedok nilai dan pegangan hidupnya daripada sesama umat manusia kerana dia mencedoknya daripada Allah sahaja; Tuhan yang menjadi penjamin dan pelindungnya. Dia tidak rela mencedok sesuatu daripada sesama manusia kerana yang demikian bererti menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan dan menjadikan dia pengikut hawa nafsu.

Sunday, May 5, 2013

Iman, dipersilakan naik: Sayyid Qutb


Memang copy paste. Cuma mahu menambah sedikit daripada bahagian awalnya.

Isti3la bukanlah sikap takabur atau belagak. Benar Islam adalah rahmatan lil alamin (rahmat untuk alam), semua orang layak mendapat sentuhan rahmah ini. Isti3la adalah sikap mengangkat tinggi iman dan prinsip-prinsipnya di tempat tertinggi. Tak rela dipijak walau dengan apa nama sekalipun. Adillah. Adil di sisi Islam sepanjang pengetahuan saya adalah: meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adil yang paling utama adalah meletakkan isti3la iman ini, meletakkan Allah dan Rasul di tempatnya. Jangankan kata nak membenarkan ideologi kesamarataan agama (pluralisme), pemisahan agama dengan akhirat (sekularisme), murtad, liberal dan lain-lain, menggugatnya sahaja sudah mencabar keadilan dan saat itu kita telah berlaku zalim.
Adillah, adillah!

Silakan Sayyid Qutb,

"Perasaan agung dan mulia (al isti3la) memegang iman itu bukanlah bererti keazaman
yang mutlak, yang hanya membuak di dalam hati sahaja, atau bererti semangat
berkobar-kobar tak menentu, atau sikap hangat-hangat tahi ayam; tetapi ia
sebenarnya bererti rasa agung dan mulia berdasarkan kebenaran hakiki kebenaran
yang sebati dengan tabiat alam. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar deh
kekuatan, oleh konsep dan realiti. Kebenaran atau "hak" yang bersambung dengan
Allah Yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati.

Setiap masyarakat itu memang mempunyai cara berfikir sendiri, memang
mempunyai adat resam sendiri, yang sangat berpengaruh; memang juga
mempunyai nilai-nilai yang sukar ditentang; nilai-nilai yang menekan setiap
anggota masyarakat supaya terikat dengannya. Cara berfikir, adat resam dan nilai
itu menekan setiap orang yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu
juga setiap konsep yang sedang berakar tunjang di dalam masyarakat, memang
mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukat dikikis tanpa dihadapi dengan
suatu konsep yang kebal, yang dicedok dari sumber Ilahi.

Setiap orang yang menentang arus masyarakat, yang menentang cara berfikir
masyarakat, menentang adat resam, nilai hidup, fikiran konsepnya, menentang
penyelewengannya, tentunya akan merasa tersisih dan sedih hati kalau dia tidak
berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri, lebih teguh
daripada bumi dan lebih agung daripada hidup itu sendiri. Kerana Allah pasti tidak
akan membiarkan orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian
menanggung beban yang berat itu; oleh kerana itulah arahan seperti ini diturunkan:

وَ َ لا تَهِنُوا وَ َ لا تَحْزَنُوا وََأنتُمُ الأَعَْلوْ َ ن إِن ُ كنتُم مُّؤْمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, pada
hal kamulah orarg-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman."

(Aali Imran: 139)"


~maalim fi tariq

Tuesday, April 30, 2013

Diam seketika

Kita tahu
Kata-kata sering berdusta
Tetapi tidak sedikit mengurangkan keindahannya
kecuali buat pemilik basirah
Yang diamnya fikir
Dan katanya zikir
Yang diamnya bersedia
Dan katanya berkerja

Saturday, April 27, 2013

Wafa dan Sidq pada janji kita

kenang selalu syiar kita, Allahu ghayatuna!

Hajat di hati ingin menyambung post tentang Gaza,
Alangkah tak mampu, lain pula kata-kata.

Semalam dan semalam-semalamnya cuba mengisi masa bersama mereka. Ada yang saya ke asyir untuk ziarah wida, ada yang saya ke Sayeda. Ada yang mengisi masa-masa akhirnya bersama saya dengan meeting akhir bersama, makan mi bandung dan mi goreng basah. Berhenti sebentar daripada hangat PRU, rasa basah dan sejuk dengan genangan air mata yang menanti masa.

Hari ini 27 April 2013 mereka akan pulang ke tanah air. Meneruskan langkah.

Dia kata,
Pertemuan memang diciptakan untuk perpisahan...

Alangkah...
Yang pulang adalah murabbi
Yang pulang adalah teman tetap minggu demi minggu
Yang pulang adalah teman serumah
Yang pulang adalah teman menitis air mata
Yang pulang adalah teman yang kami sama-sama duduk dalam halaqah memintal benang impian buat umah. Sama-sama meluahkan rasa cinta pada ummah.
Teman-teman yang ajar saya perkara-perkara kecil seperti mengakat baju ahli beit, lipat dna simpan dalam alamari adalah perkara besar.
Teman-teman yang ajar saya wajibnyanya qiyammulail secara praktis bukan sekadar kata.
Teman-teman yang ajar saya senyum pada kawan dan orang yang mahu berlawan.
Teman-teman yang berjaya tukar masked face saya kepada many kinds of faces.
Teman-teman yang sama-sama melafazkan janji.

Agamamu
Darah dan dagingmu

Selepas ini segalanya akan berubah. Moga lebih hebat. Bina diri jadi murabbi, saya akan pulang jadi mutarabbi antum.

Tiada apa yang akan memastikan ukhwah dan kasih-sayang ini kekal hingga ke sana. Hanya jika saya dan kamu wafa dan sidq pada janji, kita akan bertemu kembali di jannah.

Allahumma fashad, kami telah berkasih-sayang keranaMu!

Wednesday, April 24, 2013

Langkah ke Gaza 2#

Hayakumullah!



Saya gosok mata berkali-kali. Masih berlagak sepet menentang mentari pagi. Kami sudah sampai ke Arisy. Lupa pula menyebut satu watak penting yang menemani kami sepanjang perjalanan tarbawi ini, Ustaz Khalid, seorang akh warga Mesir. Beliau banyak meng'arab'kan kami dengan menggesa kami bernasyid sepanjang perjalanan. =) Tinggalkan beliau.

Sesampai di Arisy, kami mulakan siri konsert jelajah Gaza kami. Penyanyinya kami dan pendengarnya kami. Ukhti Fatin K dan zaujnya Ustaz Muawwidz A telah awal-awal lagi menyediakan salinan lirik Islami Ya Quds sebagai lagu tema jelajah tarbawi ini. Mata semakin cerah.

Mikrofon kini beralih tangan. Ustaz Qamar memulakan tawjih tarbawinya. Ada satu point besar yang melekat di kepala saya. CARI BUKTI!

Ya, saya ingin cari bukti di Gaza. Bukti bahawa kegagahan lelaki tua seperti Abu Ayub Al-Ansori berkeras ingin menyertai misi membuka Constantine bukan cerita dongeng. Bukti bahawa ibu kental seperti Khansa bukan satu. Bukti bahawa Asmaa Abu Bakar bukan wanita daripada kayangan.

Dan Gaza menyeru,
Jika anda adalah wanita tua, jadilah seperti Fatimah An Najar yang merindui syahid.
Jika anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta, jadilah seperti Ummu Nidhol yang menghantar anakanda ke pintu syahid.
Jika anda adalah pemuda gagah dan tampan, jadilah seperti Yahya Ayyash. Masih bujang saat bertemu Kekasihnya.
Jika anda adalah orang tua yang sakit, jadilah seperti Sheikh Ahmad Yaasin yang digeruni dari kerusi rodanya.
Jika anda adalah doktor yang sibuk, jadilah seperti Abdul Aziz Rantisi yang memilih Apache berbanding cardiac arrest.

Begitu lima nama yang disenaraikan Ustaz Qamar dalam tawjihnya. Alhamdulillah, pulang dari Gaza secara peribadi saya telah menambah lagi dua nama daripada senarai itu. Al ukht Al qaid Jamilah Shantee dan wanita-wanita kerabat Assyahid Al Jaabari. Kenapa? Saya akan ceritakan apabila tiba waktunya.

Kami meneruskan sesi dalam bas. Setiap orang berkongsi niat masing-masing menjejak Gaza. Saya masih berusaha mengikhlaskan hati seperti pesan ibu.
Cukuplah saya kongsikan di sini, saya ke Gaza sebagai booster. Secara specific booster amal fardi, solat saya, tilawah, qiyam. Pelik? Baik saya ke Haramain atau iktikaf di masjid bersejarah kegemaran Masjid Amru wal Asr atau masjid indah Masjid Arrahmani Rahim. Selain kerana sukarnya nak ke Haramain dan peluang ke Gaza terbentang depan mata, jujurnya saya sudah terpaut pada satu nama.
Muhannad at Tohir, seorang Qassamiye.

Saya tak sempat selidik siapa beliau tetapi yang pasti beliau adalah pimpinan Briged Izzudin Al-Qassam. Al-kisah bermula ketika kami duduk-duduk sharing di celah-celah katil transit revolusi Mesir di Jedah, ukht NFJF bercerita tentang Muhannad. Satu point yang saya kekal ingat sampai ke hari ini, untuk memegang keahlian alqassam antara perkara yang wajib dilazimi adalah puasa isnin khamis, dikatakan selama 10 tahun. Wallahu alam. Benar atau tidak, tak penting bagi saya. Apa yang penting, saat itu tumbuh percaya dalam diri yang aku boleh dan kena melayakkan diri untuk berdiri dalam saff tentera Allah. Maka sejak itu setiap kali saya berasa hampa dengan amal fardi sendiri, saya akan segera teringat akh Muhannad Tohir ini walau sekali ini sahajalah saya berkenalan dengan beliau. Walaupun Gaza terkenal dengan bumi jihad dan ribath, kefahaman Islam yang saya imani, jihad hanya akan berdiri apabila diiring jiwa sufi sebening embun yang terikat kukuh dengan pencipta langit dan bumi. Dan sekali lagi, saya tidak kalah atau salah. Dapatan baru saya dapat di rumah As syahid Sheikh Ahmad Yasin. Kisahnya bakal menyusul insyAllah.

30 minit kemudian, kami pun tiba di Rafah. Salah satu antara tiga pintu masuk ke Gaza, selain beratus-ratus pintu bawah tanah yang lain (terowong). Diceritakan ada rombongan tunggu berjam-jam, ada yang sekejap. Kami panjatkan tawakal sambil menikmati sarapan pagi. Taamiyah! Bas berhenti dan akhawat turun berehat di surau di atas kedai kopi betul-betul di sebelah kanan pintu gerbang. Liqa ukhawi kami yang entah berapa lama, mungkin sejam lebih dicelah dengan khabar,
"Kita dah boleh jalan!"

Serentak kami sambut dengan lafaz hamdallah. Bergegas kami kembali ke bas. Sempat saya menoleh ke belakang. Dua orang ukhti sedang sujud syukur. Allahumma taqabbal minna!

Bas berhenti betul-betul di depan pintu imegresen Rafah. Azan zohor berkumandang.

Allahu akbar, Allahu akbar!

Begitukah sambutan rabbani untuk perjalanan ini? Saya tersentuh.

Menanti dengan sabar di imegresen Rafah. Kami anak-anak Nil alah bisa tegal biasa dengan bab tunggu-menunggu. Very accepting.

Esok-esok kita melangkah ke Gaza. Berat benar mata saya.

Hayakumullah! Selamat mengutip ibrah.

Tuesday, April 23, 2013

Langkah ke Gaza 1#

Hayakumullah!

Mungkin sebahagian sudah tahu ziarah ruhi tarbawi jihadi saya ke Gaza baru-baru ini. Apabila dikatakan,

"Ceritalah sikit!"

Kelu lidah atas dua sebab:

1) Seperti kata-kata Sayyid Qutb dalam muqadimah fi zilalil quran:
لا يعرفها إلا من زاقها
Tidak diketahui melainkan yang merasa.

Saya rasa ralat kerana ilmu yaqin pastilah berbeza dengan ainul yaqin. Saya rasa ralat jika apa yang saya cerita kurang walau 1% daripada keindahan perasaan yang saya alami.

2) Saya bimbang asyik memperelokkan kalam dan gagal wafa (setia) pada baiah (janji) yang saya lafazkan saat meninggalkan bumi Gaza Ardhul Izzah. Sedangkan syiar yang saya cuba praktikkan:

صمتنا إعداد و كلامنا جهاد
Diam kami adalah i3dad (persediaan) dan kalam kami adalah jihad

Sejujurnya tidak ramai yang tahu pemergian saya. Saya sendiri memujuk diri agar bertenang dan tidak terlalu teruja kerana tidak pasti apa yang menanti. Hanya ingin percaya diizinkan Allah, apabila sudah benar-benar menghirup udara Gaza. Saya percaya ia adalah tanah barakah seperti firman Allah dalam surah al israa:

باركنا حوله
Kami berkati sekitarnya (al quds)

Seumur hidup saya, Mesir satu-satunya negara asing yang pernah saya jejak selama ini. Sekali di Jeddah ketika revolusi dan sekali di Riyadh ketika transit Cairo-Kuala Lumpur.

Saya pernah mengusulkan kepada keluarga untuk menunaikan umrah ketika tahun dua tetapi berlaku masalah teknikal. ^^ Kekallah saya dan Mesir. Paling hebat, dua kali ke Sinai.

Pernah ditanya kenapa tak ke sini, ke sini dan ke sini. Dahulu ketika musim sejuk tahun tiga, saya sangat mengidamkan untuk ke Istanbul apabila saya diminta membentangkan program AKAL bahagian sejarah khilafah islamiyah. Saya telah pun berbincang dengan masulah tetapi tiada pula teman untuk ke sana dan saya ralat meninggalkan Kaherah di musim-musim cuti begitu. Inilah peluang saya menunaikan apa yang yang tidak tertunai. Jadual saya penuh dan begitulah masa berlalu.

Alhamdulillah, Allah taa3ala perkenan niat saya ke Gaza. Maka jadilah Gaza tanah kedua atau ketiga  selepas Mesir dan Arab Saudi.

Kami diminta berkumpul di Pejabat ISMA-Mesir di Hayy Sabie pada jam 12 tengah malam. Saya pulang daripada kuliyah sekitar jam 3.50 petang hari itu. Sempat menghabiskan beberapa tugasan sebelum bercanda dengan ahli beit. Adik-adik sibuk bertanya,

"Akak tak kemas barang?"

Saya hanya senyum. Jam 9 pm saya mula mengemas. 11 pm kami bertolak.

Alhamdulillah jam 2 am, 17hb April kami menerima taklimat ringkas daripada ketua rombongan Ustaz Qamarul Naim. Gambaran awal: Segala-galanya mungkin. Segala-galanya tidak pasti.
Natawakkal a3lallah.

Pesan ibu sebelum bertolak, ikhlaskan niat. Saya berpaut pada ini dan yakin Allah akan menyediakan yang terbaik. Andai terpaksa berpatah balik dari Rafah ke Kaherah pun saya bersedia kerana Allah pastilah tahu yang terbaik buat hambaNya. Saya dah buat yang terbaik dalam kerangka mampu saya.

Jam 2.30 am lebih kurang, kami memulakan perjalan. 4jam pertama saya penuhi dengan tidur kelelahan dan hanya terjaga ketika berhenti solat subuh.

Dan kami tiba di Arisy....


Tuesday, April 16, 2013

50 dengan 5

Esok, jika Allah izin, saya akan menjejak GAZA. Tetapi malam ini hati saya rawan memikirkan taqsir-taqsir lepas. Saya ada impian melangit tetapi kaki masih terikat dengan yang lepas-lepas. Untuk diri saya yang terjentik dengn tulisan:

1. Kesalahan adalah apabila kita buat salah atas apa yng kita tahu. Adapun jika masih belajar, kita  TIDAK bersalah.
2. 5 tahun bersama dakwah, ada orang sudah boleh berlari, ada pula yng masih meniarap. Saya tidak berharap menjadi pelari pecut, cuma saya harap tidak duduk berteleku menongkat dagu.
3. 5 tahun bersama dakwah, jangan malu mengaku salah, jangan malu mencipta langkah.
4. Saat keggalan bermula apabila datang putus-asa dan rasa cukup apa yang ada.

Hidup ini penuh harapan, jangan rosakkan 50 tahun dengan tatihan 5 tahun!

Saturday, January 19, 2013

Petang 3 kali seminggu

Seorang lelaki setengah baya memakai kaca mata. Tangkainya tiada. Diikat dengan getah ke belakang kepala. Tekun mencatat isi-isi penting mutiara hadis daripada mulut Dr Mustofa.

Seorang lelaki duduk di baris hadapan. Setia setiap minggu. Aku sangka dia tertidur dalam kesetiannya. Matanya terpejam sepanjang kelas. Rupanya dia buta!

Nenek tua berpakaian kemas. Giat mencatat. Sekali-sekala mengangkat tangan bertanya soalan.

Kami ada facebook group ;)
Kami dari pelbagai latar pengajian, umur, status, fikrah duduk hanya untuk mengenal apa itu Islam yang bisa menyatukan itu. Bukan aku ingin menjadi ustazah yang ingin mengajar apatah ulama agama lalu memandai-memandai mengaju fatwa. Hanya ingin berjalan atas usul faham. Faham risalah yang aku sepatutnya bermati-mati dan mati di atasnya.

Thursday, January 17, 2013

Menulis disisi ekstrovert?

http://salimafillah.com/menulis-dari-makna-hingga-daya/

Terlalu rindu menulis secara serius. Menulis di FB, ada yang kurang. Walaupun for dakwah sake it is more reachable.
Saya seorang extrovert yang bisu. Saat hampir semua kelihatan terlepas pada kata-kata, ada baki yang termendap di dalam. Dan menulis, selalu menjadi putaran yang memesrakan rasa di luar dan dalam.

Setiap orang ada prinsip dalam menulis atau sebetulnya mengekspres diri. =)

Ps: really have to optimize this blue thing! Writing on the road...

Thursday, January 3, 2013

Nafas panjang



Ini dia siasah nafas panjang
Berdikit-dikit namun tetap bergerak
Setitis-titis namun tetap mengalir

Tarik nafas dan lepas
Semakin ringan di setiap hela 
Kau itu sedang melangkah menuju Dia

Itu dia sayang


Hujung jalan kelihatan terang
Kini kau tahu apa itu penjara dunia
Berjalanlah di dalamnya
Setapak-setapak nanti kau sampai juga ke syurga

Siasah nafas panjangmu
Kau wariskan pada generasi harapan
Hidup untuk berjuang
Menongkat dagu bukan penyelesaian
Angkat bendera kebenaran
Perang kau isytihar
Ada manusia sedang bermain-main
Kau harus sedar usiamu hampir habis
Serah semua
pada Dia

Kau hanya ada dua 
Tarik nafas dan bergerak
atau
Tarik nafas dan mengorak

Tiada tiga tiada
Moga panjang nafas hingga kau melangkah ke pintu syurga

Tuesday, January 1, 2013

Dia bukan Khansa dan aku bukan Nidhal




Ini titipan biasa daripada orang jauh
Buat orang yang luar biasa

Sentuhannya luar biasa lembut
Mengalir harapan dalam pembuluh darahku
Bahawa dunia ini masih punya masa depan
dan aku akan jadi sepertinya mencetak generasi harapan.

Kalamnya luar biasa basah
Hidup iman yang terkulai
Kalamnya menggegar
Bangkitkan cita-cita menjadi kenyataan

Dia yang sering mengadu itu dan ini
Namun telah pun berbuat begitu dan begini
Dia yang sering meniup percaya dalam diriku
Hingga aku tumbuh menjadi pokok yang berakar tunjang mencengkam bumi
Tetap, teguh mengendong azimatnya,
"Hak kita untuk berusaha dan Allah menentukan segala."

Saat aku ditiup badai, dibaling batu,
Di situ tangannya teguh menegakkan aku
Azimatnya menongkat kakiku

Dia bukan Khansa
dan aku bukan Nidhal,
tetapi tangannya telah hantar kami berempat
ke muka pintu perjuangan
Jika diizin Allah, syahid kami,
jadi hadiah peritnya dia melahirkan.

Antara segala yang ku hutang padanya,
PERCAYA
adalah yang paling mahal harganya.

ps; terima kasih atas kepercayaan dna keredhaan  untuk menumpahkan kehidupan, jiwa dan raga untuk perjuangan ini. Moga kembali berkumpul di syurga, ibu!

Selamat Hari Lahir =))