Buku. Buku. Buku. Sekalipun saya telah shopping buku-buku di ‘maarad kutub’ sampai putus bagpack, rindu pada HARFA, HASANI dan POPULAR tetap ada. Kali ini butang hijau saya benar-benar ditekan apabila berjaya mendapatkan naskhah merah yang telah lama dimpi-impikan. TARIQ: MENANG atau SYAHID karya Abdul Latip Talib. Perhatian: Ini adalah sebuah novel…sejarah.
Islam di bumi Arab, sangat bisa digambarkan. Kini, Islam di US tetap bisa saya gambarkan. Ketika menelaah karya Ibn Hazam El-Andalusy, saya sering terfikir bagaimana agaknya rupa masyarakat islam di sana waktu itu. Mat-mat salleh zaman dulu yang berkeyakinan teguh dengan agama islam, dan memartabatkan syariaat islam. Ustaziatul alam. Ya, mungkin juga sama analognya dengan orang Melayu berkulit sawo matang yang bermati-matian mempertahankan ajaran islam seperti Tok Janggut.
Memandang Ansalusia kini atau Espana, Spain saya nak menggosok mata berkali-kali dan berkata,
“Oh, tak sangkanya islam pernah bertapak di Sepanyol dengan gah, dan dialu-alukan sendiri rakyat Sepanyol! Portugal pernah tunduk pada kerajaan bani Umaiyyah (walaupun saya sudah tahu itu, tetapi tetap teruja)."
Saya yakin sejarah akan berulang dengan syarat, undang-undang kemenangan harus kita patuhi.
Tariq bin Ziyad, Khalid Al-Walid dan Muhammad Al-Fateh, telah menggariskan kriteria yang cukup hebat dalam pemilihan tentera-tentera islam yang akan berjuang di barisan hadapan.
(Quotation daripada buku ini.)
“Tuhan sudah membuka pintu jihad di Andalusia. Saya perlukan 12 ribu mujahidin yang sanggup mati syahid.”
Betapa ramai yang mengintai pintu syurga lalu,
“Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu dipersilakan duduk.”
Separuh duduk.
Separuh duduk. Tinggal yang ‘lebih’ terbaik dikalangan yang terbaik. Mereka yang lebih suka syahid daripada kehidupan. Kriteria jelas serupa antara hero-hero ini adalah apa sahaja untuk Allah dan Rasul. Ruhban fil lail wa fursan fin nahar. Tiada masalah ego, tiada masalah dengki atau cuba membusukkan usaha orang lain. Seperti biasa dalam novel pasti ada ‘evil eye’ dan kali ini Jayashi, wakil yahudi yang telah pun memeluk islam, tak terkecuali dalam usaha membantut kemaraan tentera islam di Ecije, Andalusia. Silalah dapatkan naskhah yang murah tetapi mahal ini, terbitan PTS Litera.
“Siapa antara kamu yang meninggalkan solat sunat witir dipersilakan duduk.”
Separuh duduk. Tinggal yang ‘lebih’ terbaik dikalangan yang terbaik. Mereka yang lebih suka syahid daripada kehidupan. Kriteria jelas serupa antara hero-hero ini adalah apa sahaja untuk Allah dan Rasul. Ruhban fil lail wa fursan fin nahar. Tiada masalah ego, tiada masalah dengki atau cuba membusukkan usaha orang lain. Seperti biasa dalam novel pasti ada ‘evil eye’ dan kali ini Jayashi, wakil yahudi yang telah pun memeluk islam, tak terkecuali dalam usaha membantut kemaraan tentera islam di Ecije, Andalusia. Silalah dapatkan naskhah yang murah tetapi mahal ini, terbitan PTS Litera.
4 comments :
jum g spain winter ni ^^
tu tnh kite beb
juga sudah membaca novel tariq tu..
peribadinya sangat mengagumkan, semangatnya utk menawan andalusia mmg di luar jangkaan, subhanallah...
itu zamannya, zaman kita pula?^_^
p/s jom2 ke spain!balik kampung~
tanah air = setiap tanah yang dinaungi kalimah la ilaha illa Allah. bila nak ke jerusalem ek?
salam..lama tak ziarah blog, puteri..hmm, buku ni macam best ja.thn depan nak beli la buku ni:) doakan ana d cni.allahumma ballighna Ramadhan wa kullu am, anti bikhair..
laila_annafisah
Post a Comment