Bismillahirrahmanirrahim...
Berderet draf minta disemak (edit) untuk publish. Namun, jiwa separa rasional, mengajak jari bermain-main di laptop ini. Ingin merangsang cas positif sebelum saya terus menelaah kitab clinical cardiology dan helaian sirah Syeikh Ali Solabi.
Tahun Enam, sungguh...
Pengalaman baru. Lebih menghargai dewan kuliyah, beatbox Dr Ashraf Zaki The Legend. Pengalaman dakwah yang baru, amal yang lebih matang.
Ramai yang mengadu penat. Letih. Mencari-cari supplement. Geng pencatu makanan (geng diet) pun, agaknya harus bubar kerana hidup sehari-hari benar-benar menyerap tenaga.
Kita melalui hidup sehari-hari. Menghadam sedaya mungkin ilmu di dewan kuliyah. Hingga kadang-kadang kita lupa, di sana ada sebab yang mengaitkan kerjaya kita dengan dakwah, iaitu qudwah. Lalu kaki diangkat pergi dan balik, tanpa sepicing rasa untuk mengesani manusia sekeliling dengan cahaya hidayah. Melayan rasa penat dan sibuk memungkinkan sekali untuk kita mentidakapakan orang disekeliling kita. Mana hilang senyumnya? Sudah makankah dia? Apa gersang imannya? Jika dibiar masa berlalu, maka akan terputuslah connection antara kita dan dia, maka walau mata bertentang mata tetap offline.
Menelusuri denai dakwah. Menguruskan kerja idari, mentadbir amal tarbawi, pasti menyerap tenaga dan masa. Jangan dibiar menjadi rutin tanpa jiwa. Haruslah menghayati setiap amal dengan roh perindu syurga, pencinta syahid. Dengan itu, setiap sengal-sengal menjadi hiburan, bibir ringan mengangkat senyuman. Baliklah atas tujuan asal kita menjejakkan kaki ke daerah ini. Bukan untuk menjadi jaguh atau penongkah arus tetapi semata-mata ingin menamatkan nafas sebagai hamba yang mampu mengulang kata-kata baginda di haji wida3,
الا قد بلغت, اللهمّ فاشهد
Ayuh, terus menghidupkan malam-malam kita. Ayuh, menjaga amal-amal fardi kita. Berhati-hatilah daripada menjadi tong kosong, bising. Berkata mengiku nafsu. Hati penuh amarah dan dendam.
Menapaklah dalam kehidupan dengan penuh tenang. Melangkahlah dengan penuh hati-hati. Namun, siap-siaga membuka kuda-kuda. Semua orang hidup, semua orang penat.
Yang bezanya kenapa?
ورضوان من الله أكبر. ذلك هو الفوز العظيم
dan KEREDHAAN Allah itu lebih besar, itulah kejayaan yang agung!
~attaubah
walau tertatih kaki ini berjalan, jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan...
No comments :
Post a Comment