Rasa macam faham perasaan Dr. Morsy atau sekurang-kurangnya
saya membayangkan perasaan Dr. Morsy. Saya pernah dilantik untuk mengetuai
seangkatan kecil organisasi. Kesannya terasa hingga kini. Apabila menyedari
tanggung jawab di bahu kita, rasa bagai gunung menghempap dada. Hati menjadi
terlalu sensitif atas setiap perubahan dalam teritorry, bidang tugas
kita. Salah kita, salah kita. Salah orang, salah kita. Kita bersalah hati
menangis, anak buah salah air mata kita juga mengalir. Apatah lagi kalau dia
tak rasa bersalah lagilah kita rasa bersalah J
Saat melihat gambar Dr. Morsy pasca-kemenangan, dan
riuh-rendah sambutan di luar rumah, pelbagai rasa menyusup masuk. Cuba memakai
kasut Dr. Morsy walau saya terlalu amat kerdil, hati saya berbisik,
“Janganlah tak solat diorang ni sebab seronok sangat aku menang!”
Mungkin jika saya yang diumumkan menang oleh Farouq Sultan
sebentar tadi, lumpuh anggota badan seperti mana saat saya dilantik
mengetuai organisasi kecil kanak-kanak saya. Air mata tumpah. Pasti Dr. Morsy
jauh-jauh lebih kuat daripada saya tapi mungkin jauh-jauh di hati kecil beliau
ini juga yang beliau rasa. Cuma bezanya kasut beliau lebih besar daripada saya,
sesuailah menampung badan dan jiwa yang lebih besar.
Hari ini hari bersejarah Mesir. Antara hari-hari bersejarah.
Mesir kaya sejarah. Keputusan yang diumumkan kira-kira jam 4++ pm waktu Mesir:
Dr Muhammad Morsy adalah Presiden Republik Arab mesir yang baru. Menggantikan
diktator Hosni Mubarak. Kemenangan tipis jika boleh dikatakan begitu, kerana
terpisah dengan Ahmad Syafiq (saki-baki rejim) dengan margin 3.4%. Betullah. Siapa
yang tidak gembira. Terlalu dan amat. Namun, bagi mereka yang menyedari jalan
juang masih panjang dan cita-cita belum terlaksana, saya kira kegembiraan ini
belum sampai ke puncak. Gembira dalam syukur. Adrenaline mendadak naik namun
belum sampai exhaust. Jangan habis lagi adrenaline, kerja banyak lagi.
Harus diingati, ini bukan ghayah. Ini hanya
wasilah. What's next? Dalam gembira dan terharu, harus saya ungkapkan getar di
dada. Mengangkat bendera agama bermakna mengangkat panji perang. It just
begun, just begun! Ketahuilah para daieyah, kemenangan ini menuntut hati
yang lebih tunduk pada Allah, minda yang lebih tekun untuk dakwah, jiwa yang
lebih tegap menanggung fitnah.
Kefahaman saya yang dangkal ini, masih terlalu banyak ranjau yang bakal
ditempuhi Mesir dan umat Islam. Dr. Morsy menang, namun kuasa dokongan belum
cukup kuat. Saya baca, dokongan yang ‘mahu islam’ belum cukup ramai. Jika ikut
kira-kira 40% rakyat mesir (yang mengundi
Ahmad Syafiq) menanti apa yang bakal dilakukan Dr. Morsy. Pahat akan berbunyi.
Kuat atau tidak, kita tunggu dan lihat. Kefahaman saya yang dangkal, impian kita
melihat tertegaknya daulah Islam belum tercapai. Masih tidak boleh duduk
bersandar kelegaan. Jangan terlalu naif. Doa panjang, tahajud berair mata masih
perlu diteruskan. Anggaplah kemenangan ini booster dose. Umat kita belum
sihat lagi.
Bersedialah untuk pertembungan hak dan batil yang lebih sengit.
Mahu turut serta? Angkatlah senjata. Angkat doa, teruskan berkerja (dan study
final exam ;)
~tahniah mesir, anda bangkit dengan darah ribuan syuhada bertahun2 lama, lautan air mata. dan pengorbanan ini akan diteruskan sehingga tiada lagi fitnah dan deen ini untuk Allah!
(at-taubah: wajaala
kalimatal lazina kafarussufla wakalimatullahi hiyal u’lya)
(al-anfal:
waqatiluhum hatta latakuna fitnah. Wayakunad deenu kulluhu lillah)
3 comments :
menunggu entri ini,
finally!
hehe XD
alhamdulillah!
Cuba untuk menulis seperti ini namun telah diterjemah oleh seorang ukhti. Tunggu analisa kemenangan pula!
umy: walhamdulillah
syafaf: enti dah siapkan ke analisanya? ana pun menunggu :))
Post a Comment