Bismillahirrahmanirrahim
Salam
pagi selasa. Beberapa hari lagi end round exam untuk Obstetric &
Gynaecology. Saya teringat beberapa minggu lalu, saya telah ke labour room
untuk melihat proses bersalin (delivery). Setiap pelajar perlu ke labour
room untuk buat pemerhatian (observe) sekurang-kurangnya sekali.
Hari itu adalah hari pertama saya ke labour room sepanjang pengajian dia
Mesir. Teruja. Namun, yang paling penting, sampai sahaja di rumah saya terus
membuat panggilan ke Malaysia, untuk bercakap dengan satu-satunya manusia yang
telah melalui jerih dan payah yang sama ketika melahirkan saya, Ibu. Menurut
ibu, sayalah anak yang paling sakit untuk dilahirkan. Primi gravida!
Begitulah.
Hari
Ahad lalu, suhu di Kaherah mendadak naik. Tidaklah terlalu tinggi, cuma mendadak.
Arteri di kepala saya teruja dengan terkejut-tergemparnya suhu, maka aktiflah
dia. Berdenyut-denyut. Saya singgah Nada untuk meletakkan kepala. Pejam mata
dan pasang telinga. Saya terdengar lagu lama UNIC: Lafaz yang Tersimpan. Beberapa
bait yang masih tak hilang daripada fikiran saya,
Apakah
yang hilang andai dilisankan
Bait
penghargaan penuh kejujuran
Tak
mungkin terlihat cinta yang merona
Jika
hanya renungan mata yang bersuara
Bukan
atur kata
Makin
dalam ingatan pada ibu.
Semalam,
ketika panas Kaherah menggigit, saya gagahkan jua ke Nadi Sikah untuk
menunaikan amanat. Menaiki bas 136 dari pintu belakang Kuliyah Pergigian Universiti
Kaherah. Saya suka naik bas. Ketika bas menelusuri pinggir Nil, saya sempat
melihat dua pemandangan . Mata saya mengabdikan memori berserta perasaannya
sekali. Pertama, seorang ibu tua yang gempal sedang berpelukan dengan anak
lelakinya yang saya agak berumur sekitar 15 tahun. Posisinya seolah-olah mahu
mendukung anak itu, namun akal saya tak mengiyakan ‘rasa-rasa’ saya itu kerana
anaknya itu lebih tinggi daripadanya. Pelukkan tak lepas, erat. Hingga
sayup-sayup hilang daripada pandangan. Apa cerita mereka? Allah saja yang tahu.
Tak berapa
lama, kali ini saya benar-benar melihat. Seorang ibu tua sedang mendukung
anaknya berjalan kaki menongkah arus trafik, sepanjang Nil. Daripada ketinggian
anaknya, saya agak dia berumur 13 tahun. Anak lelaki, berjubah putih (jubah
hospital), kepalanya berbalut dengan kain putih. Badannya bertulang, saya rasa cachexia
(kurus orang kanser disebabkan proses metabolik yang tinggi). Saya tahu
dalam beberapa meter kehadapan adalah pusat kanser. Saya tak tahu anda fikir
apa. Saya mengagak-agak sahaja. Mungkin budak itu salah seorang pesakit di pusat
kanser itu dan ibunya adalah wanita sabar yang mendukung anak lelaki besarnya
berulang-alik mendapatkan rawatan. Lebih menyayatkan hati lagi kalau mereka
berulang-alik menaiki bas yang sesak dan panas.
Semalam
juga, ketika menapak ke Hospital O&G saya sempat menoleh kepada pasangan
yang berjalan disebelah saya. Wanita itu sedang mengangkat sesuatu sepanjang
dulang air berbalut dengan kain hijau. Ada
tompokan darah. Daripada pengamatan dan agakkan saya daripada lekukkan dan
bentuknya, itu adalah mayat bayi. Samada preterm delivery (gugur selepas
24 minggu), atau neonatal death (kematian selepas dilahirkan). Saya yang
stress melihat muka separa tenang mak cik itu. Sedikit berkerut tapi
cukup tenang untuk membawa mayat bayi di tengah-tengah ruang luar hospital. Tapi
sahabat disebelah, “Mungkin tu nenek dia. Mak dia tengah tak sedar kot”. Semuanya
tinggal tekaan.
Cukup.
Ini
sisi Kaherah yang memanusiakan saya. Di saat saya letih membaca fasa-fasa
keretakkan umah dengan cerita dan isu-isu panas, Keherah selalu mengembalikan
kehambaan dan kemanusiaan saya. Selalu mengajak saya duduk bersimpuh di bawah
dan rasakan betapa halusnya debu pasir yang Allah ciptakan. Selalu mengajak
saya bersandar di pinggir jambatan dan mengaprisiasi keindahan Nil.
Kisah-kisah
ibu yang berkorban tak akan pernah habis. Selagi peradaban dan kemanusiaan
wujud, selagi manusia wujud, ibu adalah subjek kekal hijau, (evergreenJ
). Saya menghargai setiap detik pengorbanan ibu hingga ke saat ini.
Tak
terungkap terima kasih kerana sudi berkorban melepaskan saya berkelana di bumi
Kaherah.
Terima
kasih kerana bersabar menanti saya menunaikan amanat di sini. Terima kasih atas
musim-musim panas saya di Kaherah. Terima kasih kerana bersama-sama sayang
menanggung rindu demi umat ini. Terima kasih atas hari ramadhan dan raya-hari
raya yang ibu sambut tanpa saya.
Terima
kasih atas kepercayaan ibu yang tak berbelah-bagi pada diri saya dan setiap
keputusan-keputusan saya.
Terima
kasih kerana sudi memasang telinga dan respon isu-isu umat dan jiwa yang
meriuhkan perbualan kita.
Terima
kasih kerana mengajarkan saya praktikal, Khansa yang menghantar anaknya seorang
demi seorang untuk syahid.
Berbakti
pada ibu bapa, adalah hidayah Allah. Moga Allah kekalkan hidayah itu di
hati-hati kita. Pembaktian menjadi hamba Allah yang soleh lagi musleh dan
menempah tiket mereka di syurga adalah sebesar-sebasar pembaktian.
Ps:
Saya tidak menggunakan perkataan ‘saya’ ketika bercakap dengan ibu, ia terlalu
mahal untuk dikongsikan di sini =)
No comments :
Post a Comment