Biarlah saya menarik diri sebentar. Isu-isu panas itu benar-benar menyejat iman saya. Dengan bahasa-bahasa perlian bagai pengangur mencari pekerjaan, tak terjumpa lalu mengetuk gendang memberi isyarat pada orang-orang kampung bahawa dia sedang menganggur. Hingga saya yang mujur lalu terasa bingit. Terover dose agaknya saya berlama-lama di situ. Setelah membesarkan akal, berasa terhuyung-hayang. Hati dan anggota turut minta dibesarkan. Lalu iman memanggil pulang untuk saya selesaikan agenda yang lebih utama.
Juga menarik diri, bak kata Sayyid Qutub, beruzlah jiwa. Bersama manusia namun jiwa bersama Tuhan. Saya memang bukan Rabiatul Adawiyah tapi ruang untuk berusaha tak pernah Allah tutup bukan? Mengapa dirumitkan falsafah hidup yang ringkas? Allah mengganjar pada usaha bukan hasilnya. Mempraktikkan hadis berkata baik atau diam dan hadis meninggalkan perkara yang tidak berkaitan (rujuk hadis 40 imam Nawawi).
Juga konflik penting vs lebih penting haruslah saya tatapi dengan segenap tawakal. Menyerah sepenuh pengharapan, minta Allah menjadi pemutus mutlak dengan berlalunya masa. Allah mengajar saya erti tawakal dan percaya padaNya. Dulu saya guna-pakai kebanyakan masanya untuk peperiksaan. Ternyata kini kehidupan yang membesar skalanya melangkau dewan peperiksaan. Apa gunanya melayan rawan di hati, andai sedikit tak mengubah keadaan. Bukan sebaiknya sujud padaNya? Pasti. Dia pasti mengemukakan jalan yang terbaik. Saya hanya harus percaya!
Indahnya Mesir telah saya akui sejak awal kaki menjejakkan kaki ke bumi Sayyidina Musa ini. Kini saya sedang meneroka panorama Abbasiyah. Ternyata akan menjadi mimpi dan kenangan indah seorang dewasa seperti saya.
Apa-apalah saya menulis tanpa sebarang dalil dan hujah ilmiah. Mencatat itu dan ini pakai emosi semata. Namun jangan risau, ayat Allah ada dua. Ayat maktubah (Al-quran) dan ayat yang terbentang pada alam raya. Sekalipun kata ini tiada gunanya buat kamu, manfaatnya ternyata besar buat saya, seorang esktrovert yang bisu.
2 comments :
salam'alaik.
moga segalanya yg terbaik utk Mira.
amin3.
T.T
Jzkk umy. mengharapkan 'duaa li akhihi ala zohril ghaib' drpd umy. =)
Post a Comment