Wednesday, March 30, 2011

Ku pulangkan


Bismillahirrahmanirrahim

Ku atur nafas perlahan

Tenang dipelukkan kedinginan malam

Musim sejuk sedang maju mundur

Musim panas mula menjengah-jengah

Musim diriku juga antara keduanya

Gelap yang mula merangkak pergi

Cahaya yang mula menyeledup masuk

Menghiasi jendela hidupku



Aku yang duduk bertafakur di suatu sudut bumi Allah ini

Menanti

Butir-butir tasbih berpindah dari satu ke satu

Ku hembuskan nafas perlahan

Bersamanya ku lepaskan segunung impian yang membongkah dalam jiwa

Biarku pulangkannya pada Sang Pencipta

Kerana aku tak mampu lagi memintal cita-cita dengan khayalan

Yang aku perlukan adalah keringat dan air mata



Alangkah damainya tatkala rindu menjejak syurga

Kerana tak semua mampu mengidamkannya

Kerana dunia lebih lazat katanya

Alangkah damainya tatkala Ilahku beraja di kalbu

Kerana tak semua mampu mengesakaNnya

Kerana ternyata dunia lebih mempesona



Ku ukir senyuman pada bulan

Kerana kami berkongsi cinta

Yang padanya ku pulangkan cita-cita

Biar kembali hadir dalam redhaNya.


NADA
8.40 pm

Saturday, March 26, 2011

Peluang kedua

Semua inginkan peluang kedua. Semua, tiada terkecuali!

Bismillahirrahmanirrahim~


“Dia bukan Firaun.”
Anis menyelak jendela bilik tidurnya. Udara pagi segar menghembus masuk ke bilik. Hafiz masih nyenyak berkelubung gebar hijau. Subuh hampir berakhir, syuruk makin hampir. Bukan sekali ini subuhnya terbabas.
“Allahu akbar.”
Dalam-dalam Anis memujuk hatinya dengan menyebut nama Allah berulang-ulang kali. Al-Mathurat yang dihadiahkan Umi dibacanya perlahan-lahan. Merangkak-rangkak. Usia perkahwinan mereka menjejak dua tahun. Masih berdua juga. Tiada cahaya penyeri rumah itu. Mungkin belum rezeki mereka.

Friday, March 25, 2011

Seperti serikandi


Bismillahirrahmanirrahim,


Dia Yang Maha Penyayang dan Dia juga Yang Maha Perkasa,

Rabbana lakal hamd, masuk hari ke tiga di bumi Mesir. Belum sempat menjengah Nil. Hampir selesai membasmi pasir dan habuk, telah membuang sebuah periuk nasi yang berkulat berulat sebanyak nasi untuk 3 orang makan, gara-gara terpaksa meninggalkan rumah secara pantas ketika pra-evakuasi Ops Piramid.

Jom mulakan hidup baru!

Monday, March 21, 2011

Jangan gigit jari


Janji Allah~ tiba apabila ia tiba

Bismillahirrahmanirrahim.


Sudah lebih dua minggu kembali ke bumi kontroversi ini. Dari dahulu, Mesir memang terkenal dengan sejarah mengubah dunia. Lahirnya Nabi Musa yang dihanyutkan ke Sungai Nil lalu ditemui Asiah dan membesar dalam istana Firau3n. Kisah epik yang sangat dramatic dengan turun naik plotnya. Bertemu Zipporah atau Safura dan saudara perempuannya, anak gadis Nabi syuaib yang akhirnya diambil menjadi isteri. (Walaubagaimanapun nama anak nabi syuaib tidak dinyatakan dalam Al-Quran). Di bumi ini laut merah terbelah. Qarun ditenggelamkan.

Di bumi ini, Nil tunduk pada Pencipta sekelian alam. Umar Al-Khatab mengutuskan surat supaya Nil terus mengalirkan airnya jika benar taat pada Allah. Di sini, Saifuddin Qutuz mengatur langkah hingga Tatar tersungkur menyembah bumi. Ini bumi sejarah yang tak kurang saintifiknya. Ilmu pengajian Islam dan cabang-cabangnya apatah lagi.

Kali ini, sejarah tercetus lagi.

Tuesday, March 15, 2011

Introvert

Waiting not always boring~ if u believe in Him

“There are no ordinary moments. There is always something going on.” – Peaceful Warrior

A step backward for thousands ahead.

Tuesday, March 1, 2011

Safar-i

Bismillahirrahmanirrahim.

Rabbana lakal hamd ya Rabb. Allah sebaik-baik Pemberi. Allah sebaik-baik Pencatur.

Ini tulisan pertama di Reflex Arc semenjak Kebangkitan Mesir. Semenjak saya menjejakkan kaki ke bumi tercinta ini. Terlalu banyak yang berlaku secara fizikal, emosional dan spiritual. Merekodkan tulisan ini secara zahir, setelah lama tertulis di benak fikiran membuatkan lafaz syukur kepadaNya seakan tak pernah ada. Seakan tak pernah bersyukur kerana terlalu banyak yang diberi, sedang bibir terlalu mudah untuk mencebik dan merungut. Tak terhitung nikmatNya hingga jari tidak berjumpa pangkal dan pucuk tulisan. Maka, jari terus menekan butang-butang ini seperti mengalirnya air sungai. Jika anda ingin berakit-rakit di sini, semoga berjumpa hasil imannya.

Sinergi

Saat ini saya berada di Segamat, Johor bekhulwah jauh daripada orang-orang. Saya angkut bersama novel Sinergi tulisan Hilal Asyraf yang saya ambil dari perpustakaan Koleksi Jalil & Azimah. Membaca kali ini, bukan untuk mengetahui jalan cerita (walau saya tak pernah baca novel ini, tetapi telah diceritakan oleh ukhti Sakinah Kamil) tetapi untuk turut menyerap energi sinergi ukhwah yang ada dalam tulisan beliau. Sebetulnya safar saya pada kali ini, adalah safar ziarah kaum keluarga di Johor dan Negeri Sembilan, ingin berangkulan mesra dengan akhwat di Anjung Rahmat dan bermalam bersama serikandi tersayang di UIA. Allah sebaik-baik perancang. Berita panggilan untuk menghadiri kursus BTN di Balik Pulau diterima petang tadi. Jadual perjalanan harus dirombak. Kalau tidak kerana hadis pertama (hadis niat),

Sesungguhnya setiap amalan itu terletak pada niat!
pasti perjalanan jauh dan singkat ini terasa tidak berbaloi. Terdetik di hati hebatnya Allah memotivasikan kita. Dia telah aturkan yang terindah. Tugas kita adalah untuk percaya. Maafkan ana ukhti sekalian. Moga digantikanNya dengan pertemuan yang lebih indah.  

 Along dan Angah

Sempat menziarahi sepupu saya di SMK Seri Kenangan petang tadi. Pertemuan setelah setahun lebih tidak bertemu dalam tempoh sejam lebih. Puas diizinkan Allah menatap wajah along dan angah.

Along and Angah,

My sweet and cute cousins, I really love both of you. Take good care of yourself and your iman. Beauty don't last forever but iman will.


It's midnight, lights off. Tomorrow, off to Port Dickson...