Monday, June 16, 2014

Puisi: Anugerah




Biar katamu hanya patah-patah
Teramat indah ia kerana kau anugerah
Sekalipun hadirmu hanya mimpi
Buat aku yang terlena dalam sepi
Kasih atas talian
Membuak rindu yang tak mampu aku tahan
Pada ingatan sebuah perjuangan
Kau ingatkan agar aku terus berjalan
Ku pinta doa lewat sujud panjang
Dan kau kata akulah yang berlama-lama atas kain terbentang
Saat itu aku rasa kau anugerah terindah
Yang tak pernah aku bayang menyinggah
Kau sahabat biar ku gelar kekanda
Sekadar segaris senyummu
Menyambung detik imanku
Cerah mata dan aku rasa luas dunia Tuhan
Selamat Syaaban dan Ramadhan wahai kakak
Aku sungguh mencintaimu kerana Dia.

3 comments :

Anonymous said...

Kenapa rasa hati sgt tersentuh baca puisi ni?

Rasa mcm baru je hidup

*cecair panas mengalir di pipi*

:)) said...

Gambar ni ade persamaan dengan gambar di sini

http://myreflexarc.blogspot.com/2013/04/wafa-dan-sidq-pada-janji-kita.html

Coincidence?

Puteri said...

to miss :))

5 markah untuk anda! gambar tu tempat yg sama.

to anony,

terima kasih, berkongsi rasa