Khabaran reunion batch 02-06 di KLCC baru-baru ini mengimbau kembali dialog itu. Tak ada life itu maksudnya tak ada kehidupan atau tak ‘nikmat’ kehidupan? Stereotype medical student mitos is they are bunch of nerdy, sleep, eat, flirt with books. Kalau pun benar itu, siapa kata itu ‘tak dak life’?Beberapa hari selepas keputusan SPM keluar,
“Hang nak ambik apa nanti?”
“Medic”
“Huh, tak dak life!”
Siapa kata bermati-matian mencari ilmu dan berusaha mengejar kejayaan itu ‘tak ada life’?
Dr Yusof Al-Qardhawi tak pernah main bola kerana sibuk mencari ilmu. Rabiatul Adawiyah siang dan malam memuja cintanya yang teragung. Rasulullah sering beruzlah sendirian di Ghar Hira’. Omar Mokhtar hidupnya sarat dengan agenda perjuangan di Libya. Ini nama-nama besar. Tak ada ‘life’ ke mereka ni? Nope. Ada. Ilmu itu ‘life’, mencari kebenaran itu ‘life’, perjuangan itu ‘life’. Besar skop ‘life’ itu. Bukan sekadar berpersatuan, handle program, download cerita baru, makan dengan kawan-kawan di Mo’men, main bowling di Megamall.
Bernafas ertinya zahiriahnya hidup. Setiap kehidupan itu akan diisi melalui hari-hari yang kita lalui. Pilihan-pilihan yang kita buat dan pilihan itu adalah berdasarkan tujuan hidup.
Ada empat kejahilan yang tak boleh dimaafkan:
1) Sirr wujuduhu
2) Ghayah hayatuhu
3) Risalah nauhu
4) Syakhsuhu
(dr. Ali Laban)
Seandainya hidup itu ghayahnya untuk menjadi seorang cardiologyst ulung, itulah yang akan diusahakan. Dia akan cakna setiap input, setiap flow dunia perubatan jantung. Kalau ghayahnya berbakti pada ibu ayah. Dia akan buat apa sahaja yang memungkinkan dia berbakti pada orang tuanya. Tolak 25% gaji untuk ibu ayah. Duduk dengan mereka supaya mudah untuk dijaga dan sebagainya. Kalau ghayahnya harta? Pangkat? RO?? Itulah asas, framework hidupnya dan that’s what he called life.
Hidup ini bukan percuma dan ada harga yang kita perlu bayar. Pada siapa? Pada Yang Menciptakan! Bukan dengan Dollar atau Yen tetapi dengan dua tanggungjawab: khalifah dan hamba. Ingatlah taklifan ini perlu dilunaskan dan akan dijadikan kes perbicaraan di Mahkamah Agung nanti. Kalau dengan Engineering boleh menyempurnakan taklifan ini, silalah usahakannya. Kalau dengan melengkapkan koleksi-koleksi t-shirts, badges Chelsea mampu? Kenapa tidak? Tanya pada diri, apa hujah yang akan disampaikan oleh kaki, mata terhadap ‘life’ aku di depan pendakwa raya nanti?
p/s: Allahu ghayatuna! Allahu ‘laifuna’ . Entri ini ditulis beberapa bulan lepas.
8 comments :
andainya kamu bersama diriku di sini..
huh.. :(
tp,kalu mira kat cnie, msti x merasai apa yg "kita" sedang rasai sekarang kan..
hermm..
kalu nk cntct ustzah tue,nak cakap apa ye kat dia..?
mira pnggil dia ustzh er?
salam..mira, saja dtg ziarah..apapun, syafakillah..uhibbuki :)
Salam'alayk ya ukht
ana istaq ilaiki jiddan2!
hehe rindunya..
klu blk Msia jgn lupa roger akak ye dik =)
teruskan perjuangan!
salam..
mira, dah bsawang blog nie...
hehe..tnggu entry terbaru neyh!
salam rndu... :D
Tahniah, posting yang bernas dan padat dgn mesej. Teruskan perjuangan yang tidak akan tamat selagi kita bernafas udara Allah. from No.8,TBI Kepala Batas
salam mira..
aku edit sket tau, tulisan mira yg tjuknya "mungkinkah kau bangkit spt umar al-mujahid?"
mintak c0py sket ye ayat2 yg sedap tue..terima kasih byk.. :D
da siap nnt, aku bg mira tgk k..
~umy
k eslamic queen..no prob. tlgla cuci sawang yg banyak ni heheh. waqt dhoiq n aku x settle time management lg.
salam dik amirah...
ingat kat awk..
bru terjumpa blog awk ni, dr blog umairah..
jaga diri ye..
ALLAH sntiasa bersamaMU..
Post a Comment