Saturday, February 11, 2017

#lifegoal


Setelah itu aku pergi ke tepi Sungai Nil menunggu para muadzin mengumandangkan azan subuh.

Lalu aku berbisik dalam hati, “Semoga aku mendapatkan bahagian pahala subuh dari orang-orang yang telah kubangunkan.
1. Artikel yang sangat membangunkan jiwa. Boleh klik link untuk membaca.
#lifegoal

2. Sepotong nasihat yang aku terima hari ini daripada ibunda,

"Boleh sambung hafaz Quran balik. Dulu, bila ibu bangun subuh, akak dah bangun mengaji."

Kadang kala kehampaan pada diri membuatkan aku terdiam. Tiada kata. Alhamdulillah masih dikurniakan sisa rasa. Berakhirnya housemanship menggusarkan aku. Jikalah selepas ini hidupku masih begini, tiada lagi yang dapat dipersalahkan. Sampai ke matilah begitu. Jujur aku takut.

Namun ketakutan hanya membuatkan aku lebih tua daripada usia. Melemahkan. Tidak berani menyahut cabaran. Ingin sentiasa di zon selesa. Sedang itu bukanlah sifat pemuda.

Dalam hidup ini terlalu banyak keinginan dan cita-cita, namun sedikit pula kita mahu berusaha.

Wahai diri, jangan mati sebelum ajal, jangan tua sebelum usia!

#lifegoal

3. Sedang menelusuri kisah antara Firman dan Ilyani. Latar tempat yang sangat menarik, perincian yang membuatkan aku terbayang-bayang Pergunungan Alps dan turut merasakan kesejukannya. Ada babak yang berjaya merembeskan air mataku ketika dalam penerbangan daripada Penang ke Kota Kinabalu. Tidak sedikit aku rasakan Ilyani wujud dalam diriku. Namun, aku tidaklah se attractive dia mahupun semalang nasibnya. Meskipun tidak membaca sepatah-sepatah tulisan ini, namun ini adalah novel yang berjaya mengisi hatiku setelah beberapa ketika. Sungguh, ini antara yang sangat aku perlukan buat masa ini!

Aku suka mengembara tetapi tidak sekalipun ia menjadi #lifegoal kecuali beberapa tempat. Dua daripadanya telah dipenuhi, Gaza dan Istanbul. Ada lagi dua yang menanti untuk diterokai.

Blog updated!

3 comments :

faizal mahyuddin said...

Syabas dik, teruskan menulis.

Puteri said...

Terima kasih abang faizal. Masih di Penang ke? Doakan saya.

faizal mahyuddin said...

abang dah pindah ke Setia Alam, abang doakan yang terbaik untuk Mira. :)