Friday, April 21, 2017

Ucap Selamat Tinggal

Aku tak ingin pun mendaki tetapi kerana teman, aku gagahi. Namun, tak di setiap detik liku hidup kita punya teman.




Tak dapatku lelapkan mata
Sekalipun berat mata ini
Tak mahu pula ia beradu
Bingkas bangkit dan menulis

Berdebar-debar hatiku ini
Rasanya caffein aku teguk sudah berbelas jam lamanya
Jauh di sudut hati
Aku tahu kenapa

Lebih 10 tahun lalu
Aku pernah begini
Berkarang-karang surat aku tulis
Untuk diri
Supaya teguh dan bertahan
Hari demi hari
Pernah aku rasa kalah dan menitiskan air mata
Namun kini aku bersyukur atas kekalahan itu
Adakah peristiwa berulang kembali?

Pada siapa mampu aku bersuara
Jika tidak pada Tuhan Yang Maha Tahu segala

Inginku aku
Tapi berasa tak mampu
Sekejap aku kata ya
Dalam sesaat menjadi tidak, 
Sesaat lagi aku mula tak ingin ambil peduli

Namun akhirnya aku begini
Menjadi pungguk yang tidak merindukan sesiapa
Setia meniti jalan ini
Yang telah Dia lukiskan buatku

Saat aku letih dengan teka-teki
Dengan mudah aku berkata
"Selamat Tinggal!"
Izinkan aku menjalani hidup juangku
Tanpa menyakiti sesiapa pun
Termasuk diriku

-Bushro
1233am

Telah aku ucap Selamat Tinggal minggu lalu.
Mungkinkah aku terlalu takut?






No comments :