Tuesday, June 17, 2014

Ayuh Fit!




Pagi ini saya berjogging di bendang. Jaraknya lebih kurang 2.5 x trek di stadium. Sekejap jogging sekejap berlenggang. Mujur ada adik yang setia meneman. Penting untuk fit sebagai persedian untuk HO yang tagging 7am to 10 pm. Persediaan untuk menyambut Ramadhan juga dan untuk minggu ini yang agak stressful, saya memerlukan Mr Endorphine.

Bersukan lebih menyeronokkan nun di Mesir. Ketika tinggal di Sayeda Zainab setiap jumaat kami akan berkumpul. Kadang-kadang lari di tepian Nil hingga ke Semiramis Hotel, Tahrir. Adakalanya kami main bola baling di Nadi Nil atau Nadi Zen Hom.  Apabila berpindah ke Abbasiyah, masih lagi kami meneruskan aktiviti yang sama. Cuma waktu dan tempat berbeza. Adakala kami main bola di Hadiqah berbayar takpun main 'kejar-kejar' pagi Jumaat dengan anjing-anjing Hadiqah El-Araby. Kalau malas sangat, kami aerobik saja di rumah. 

Dalam usrah, saya akan di follow up tentang bersukan. Ini untuk menjasadkan teori qowwiyul jism dalam kehidupan. 

Saya akui hidup pasca-graduasi, pre-praktis agak lapang. Tambahan pula, saya belum secara rasminya boleh memandu kereta, maka saya tidak begitu mobile untuk kekalkan gaya hidup lampau saya seperti di Mesir. Semasa tahun 5 dan 6 saya tinggal lebih jauh daripada universiti berbanding sebelumnya. Banyak add on tasks yang saya masukkan dalam jadual pada dua tahun itu. Almaklumlah sudah 'tua'. 

Saya tertanya-tanya adakah logik untuk capai 'ruhban fillail, fursan fin nahar'? Sesampai rumah sudah lembik. Letak kepala terus hilang. Adakah memadai bergantung kepada 'keteguhan iman' untuk konsisten bangun malam? Jadi, saya fikir salah satu cara untuk jadi penunggu pagi yang sukses adalah ubah gaya hidup. Hidup dengan sihat dan tingkatkan stamina. Ini baru hidup mati untuk Allah. Bukan solat sahaja untuk Allah.   

Kesihatan dan a good health practice adalah perkara penting bagi saya. Seorang daie sepatutnya produktif, tidak tidur lepas subuh, kurang ambil junkfood. Bukan asal halal saja bedal.

Selamat merancang kehidupan pre Ramadhan yang berbaki 2 minggu. Semoga Allah terima ini sebagai usaha untuk mendekatkan diri dengannya!


No comments :