Saturday, November 28, 2020

Pindah

Kehidupan yang berombak-Google



Kadang-kadang untuk bangun dan mengambil telefon pun kita boleh rasa berat. Perubahan bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Walaupun bertahun-tahun di takuk yang sama, tidak selesa dan penuh keresahan, kita selalu rasakan itu lebih mudah daripada berubah. 

Perpindahan saya ke Jabatan Anaesthesia HSB, bukan sesuatu yang menyenangkan. Penuh persoalan, dilema dan self judgement. Hampir saja saya rasakan diri ini sudah terlalu tua untuk sesuatu yang baru. Hamasah mati pada usia belia. Mengecewakan. 

Perjalanan dari HQE ke Hospital Kota Belud, kemudian di Jabatan Kardiologi. 

Ramai yang bertanya, "Tak minat cardio ke?"

Itu bukanlah satu persoalan. Saya selesa di Kardio walau kadang-kala on call sangam melelahkan. Kemudian harus sambung kerja hingga keesokkan harinya. Ada kala, terpaksa hangar pesakit ke IJN. Tapi saya sudah selesa. Selesa membaca ECG dan diagnosis-diagnosis cardio. 

Perjalanan ke Jabatan Anaesthesia bagi saya adalah ketetapan dan juga pilihan. Samada saya akan menjadi pakar atau tidak bukanlah persoalannya. Saya ingin meneruskan perjalanan mencari diri. Jika satu saat saya tidak menemuinya di sana, saya akan terus bergerak dari satu tempat ke satu tempat. 

Sangat tidak selesa. Letih. Benda baru. Tagging lagi.

Untuk introvert seperti saya, berkenalan orang baru, bukanlah sesuatu yang biasa. Saya sangat tidak selesa. Apatah lagi Pakar Perunding di jabatan lama menghantar wassap berbunyi

" If you change your mind we are here always to welcome you."   

Tetapi Pakar Perunding yang lain ada berpesan,
" I used to be like you. Wanted to stay because of others. However people changed, people left."

Perpindahan ini membuka satu dimensi baru perjuangan dalam diri. Ia bermula dengan 2 minggu selepas membuat keputusan, saya mengalami anxiety attack

Saya faham kenapa orang yang mengalami MDD, tergerak untuk membunuh diri. The feeling of stucked is so intense.
 
High functioning depression. Ini istilah yang baru saya kenali. Sedaya upaya menjalankan tugas walau letihnya luar biasa. 
Overwhelming feelings. Palpitation at rest. Tidak dapat dikenal pasti apa punca keresahan.    

Ini semua rakaman permulaan perjalanan baru ini. Semoga ia mendekatkan saya dengan Allah. Menjadi hamba yang lebih tunduk kepadaNya daripada hamba. Menjadi hamba yang lebih jujur dengan diri dan jiwa. 

Perjalanan kali ini ditemani sang suami dari jauh meladeni kerenah sang isteri yang sedang belajar mengendalikan hati. Belajar untuk berkongsi dan membuka diri.

No comments :