Tuesday, December 22, 2015

Shepard Pie dan Apple Crumble



 Aku meletakkan naskah Umar Al-Khatab Second Chaliphate di meja. 
Seperti biasa, aku yang sememangnya manusia nostalgik sempat memejamkan mata dalam dingin musim sejuk Fustat. Aku bayangkan, inilah tanah yang sama yang dipijak Amr Al-Asr. 

Agaknya inilah bau udara yang sama kota lama ini, cuma kini berganda banyak Carbon 
Monoxide. 
Di sinilah mengalir sungai yang gerun dengan surat hamba Allah Umar Al-Khatab.

“Alya, suka baca buku-buku macam ni?” 
Terkejut aku dari kembara yang sebentar. Kak Samihah duduk bersila di hadapan.
Aku hanya angguk sambil menyedekahkan senyum.

Aku hanya mengenali Kak Samihah malam tadi. Dia datang bermalam di rumah dengan 
bayaran Sherpad Pie yang ummph! Katanya sudah bersahabat dengan rakan sebilikku buatbeberapa ketika.

Mereka datang berdua dari Hayy Asyir. Menaiki 3 bas dengan total perjalanan dicampur 
dengan kesesakan menjadi lengkap 2 setengah jam. Seolah-olah dari Cairo ke Tanta. Membawa ayam fresh, kentang dan bahan-bahan Sherpard Pie.

“Macam tak percaya kisah sahabat-sahabat ini real.” Aku mula bersuara.

“Percayalah,” balasnya. Senyumnya lebih lebar dari senyumku tadi. Lebih manis. 

“Sentiasa akan ada manusia yang hidup dan matinya lillah. Macam yang kita baca setiap 
kali dalam Doa Iftihah tu. Lillah. Wangnya lillah, senyumnya lillah, marahnya lillah, 
professionnya lillah.”

Aku membetulkan letak dudukku.

“Macam apa yang akak buat? Datang nak masak Shepard Pie sahaja?”

Kak Samihah diam. 

“ Macam kisah famous Musaab Bin Umayr yang smart, kaya dan bak kata orang ada segalanya, tapi sanggup melepaskan semua kebahagian superficial tu, berhijrah ke Madinah lillah. Tiada jaminan kekayaan dan kesenangan”

“Huh!” berat nafas ku lepaskan. Beratnya mahu berganjak ke daerah ‘kerana diri’ kepada 
‘kerana Allah.’

“Alya akan buat perkara yang sama jika Alya faham nanti.”

Seusai perbualan pendek itu terjadi lagi episod-episod 
sembang yang membangkitkan. Sehingga aku secara lisannya bersetuju dan berjanji untuk menjadikan segalanya lillah. Moga setiap kudrat yang dicurahkan Kak Samihah dan 
seangkatannya menjadi saksi bahawa tiada mustahil menjadikan seluruhnya lillah dan aku 
juga melakukan perkara yang sama. Sedang dan akan terus. Cuma aku tak pandai buat
Shepard Pie. Apple Crumble bolehlah.

Thursday, December 17, 2015

Menjadi Kaya

Bismillahirrahmanirrahim

Miskin bererti tidak mampu memberi. Ada si miskin sentiasa mengharapkan pemberi. Ada juga yang tak sudi menerima apa-apa. Ada si miskin yang sedaya-upaya bangkit sehingga mampu memberi.

Ketika di Mesir saya selalu pesan pada diri dan orang sekeliling,
" Besarkanlah jiwa. Jadilah pemberi nescaya akan dilimpah kecukupan dan kau sekaligus menjadi kaya!"

Begitu prinsip yang diajarkan Imam Hassan Al-Banna dalam 10 muwasafat muslim: Nafiun Lighayrih- Bermanfaat untuk orang lain.

"Tin kosong tak akan mampu melimpahkan susu"

Ketika zaman belajar, saya selalu berdoa agar Allah mudahkan urusan akademik saya, supaya saya boleh memberi. Memberi pada mengajarkan sahabat-sahabat, memberi waktu untuk kegiatan membaiki diri, memberi tenaga pada jiwa yang memerlukan. Alhamdulillah mungkin itu membuatkan saya berasa cukup kaya.

Bergaji tidak menjadikan anda kaya. 
Setelah berkerja saya akui 'kesempitan' yang saya rasa sedikit demi sedikit menjadikan saya miskin. Miskin senyuman, kata-kata. Hingga posting dan tulisan-tulisan saya mulai memendek dari hari ke hari.

Tiada yang saya mampu lakukan melainkan terus berjalan dan memohon daripada yang Maha Kaya untuk sentiasa mencukupkan.

Sekarang hujan lebat membasahi bumi Kota Kinabalu. Moga ia turut membasahi jiwa-jiwa yang merindukan kasih Tuhannya. Jiwa-jiwa yang dahagakan hidayah dan petunjuk. Jiwa-jiwa yang letih dengan kelemahan kemiskinan hamba Tuhan. Moga hujan ini membawa rezeki dan barkah yang cukup banyak, mengkayakan yang miskin.

Moga dan moga. Amin Ya Rabbi.

Thursday, November 12, 2015

3 rasa




Yang saya cari bukan phd holder
tidak apa tiada title doktor
cukup yang sangat mencintai ilmu
rajin meniti jalan mudah ke syurga 
yang pintar menyelesaikan masalah umat
yang handal mengendalikan jiwa
yang pandangan jauh penuh agenda

Yang saya cari bukan berharta
tetapi yang cukup gigih berusaha untuk menjaga
tidak biar saya menggigil kelaparan
tidak biar saya merempat kesejukan
yang faham erti keizahan seorang muslim
yang faham erti tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Memang ya indah kalau 30 juzuk di kepala
Lagi indah jika 30nya tersemat dalam dada
Namun tetap tidak apa selagi mahu itu ada
terserlah pada raga

3 rasa pada suatu masa
biar Tuhan menjawab segala
pada tenang dan mudahnya cara
menerima pilihanNya
Moga akhirnya di syurga

Wednesday, October 14, 2015

Langkah Muharamku

Terapi.

Apabila dalam kesukaran dan keputus-asaan saya gemar kembali meneliti tulisan-tulisan lama. 

"Oh ini rahmat-rahmat yang telah pun Allah kirimkan."

Kembali diseru untuk sentiasa yakin dan bersyukur dengan kasihNya. Begitu jugalah hari ini. Saat saya sangat memerlukan kekuatan. tiada lain saya harapkan melainkan bantuan kasihNya.

Tiada yang mampu membukakan jalan melainkanNya.
Tiada yang mampu meringankan yang berat melainkanNya.
Tiada yang mampu menegraskan yang lembut melainkanNya.

Saya sangat sedar akan kesederhanaan diri, cukup sedar akan pertolongan-pertolonganNya disepanjang perjalanan saya, Saya tak mampu membayangkan kehidupan saya tanpa pergantungan kepadaNya.

ولا تكلنا الى أنفسنا طرفة عين ولا أقلّ من ذلك
Jangan dibiarkan kami bertawakal pada diri kami dalam sekelipan mata sekalipun kurang daripadanya

Ya Allah
Ya Allah

Izinkanlah, mudahkanlah perjalananku...

Busyro 
1 Muharam
4.20pm

Thursday, October 8, 2015

Ya Allah, peliharalah



Bismillahirrahmanirrahim

Tempat: Beit Busyro, Jalan Tuaran
Masa: Malam hari ke 7 tagging O&G
Random thought

1. Aku pasti akan mengingat semula saat-saat ini. Moga ia menjadi blessing in disguise. Menitis air mataku saat aku pergi ke Popular, saat mata aku tertancap di deretan buku-buku BESTSELLER terkini. Setiap kali aku ke kedai buku, aku akan bertanya pada diri, "Bilalah tulisan-tulisan aku akan berada di situ?"

Bukan sangat kerana aku mahu menjadi popular atau mahu namaku tercop di cover page, Cuma sedih dengan indikator betapa 'tidak proaktifnya' aku menyedekahkan sendi-sendi yang aku ada ke jalan yang aku cinta dengan cara yang sangat-sangat aku enjoy.

Moga aku bangkit kembali. Menulis walaupun sedikit. Semua orang ada kisahnya. Semua orang ada battle yang sedang dilalui. Semua orang boleh jadi hero dalam kisah masing-masing.

2. Merealisasikan hadis "man raa mungkaran...", kata-kata Sayyid Qutb tentang uzlah syuuriah sangat-sangat tak mudah. Memang hati ni bagai disiat-siat saat membaca Muntolaq Bab Al-Misaq. Aku tanya balik pada diri di mana lafaz perjanjian yang telah aku ungkapkan 3 tahun lalu. Setepatnya di mana diri aku berdiri?

Tidak mudah meringankan bibir menegur pada manusia-manusia stress yang memandang orang lain sebagai alat. Tidak mudah tersenyum saat hati terluka atau maruah tercalar. Tidak mudah menjadi sosok daie yang ingin menebarkan cinta dan kasih Allah pada muka bumi ini.

3. Jujur aku katakan hidupku pada hari ini tidaklah mudah. Aku yakin Allah sedang mengajarku sesuatu yang besar. Aku yakin Allah sedang memeliharaku. Aku sangat yakin Allah mencintai dan akan menjagaku, simply aku tak rasa ada pergantungan lain yang lebih besar daripada Allahuakbar.

Ya Allah, peliharalah...

Monday, September 14, 2015

Pesannya, "Berehat di Syurga"



Tapak tangan ibu saya tidak halus. Tapi usapnya melepaskan semua lelah, mengugurkan kekusutan. Suara ibu saya tidak merdu. Tapi dendangnya menenangkan, menguatkan. 
Setiap tatihan saya, langkahan saya diiring semboyan semangatnya. Ibu sering ingatkan,
"Dunia bukan tempat berehat. Berehat hanya di syurga."
Ibu tidak pernah suruh saya ikut usrah, terlibat dengan dakwah tetapi ibu suruh saya berjuang dan menyumbang. Saya tahu ibu rindu apabila saya menghabiskan masa muda saya di perantauan. Saya tahu ibu rindu apabila saya menghabiskan cuti musim panas saya di Mesir dan kini berkelana lagi di Kota Kinabalu tetapi ibu jarang sekali mengungkapkannya apatah menggesa saya pulang, jauh sekali menghalang untuk saya berpergian lagi. Ibu akan iring perjalanan-perjalanan ini dengan pesanan yang mengukuhkan jiwa, peringatan akan ganjaran-ganjaran di syurga. Ibu saya bukan si Khansa yang anak-anaknya syahid di jalan Allah tetapi ibu saya akan benar-benar bersyukur jika kami mampu menjadi kunci syurganya.

Dulu kawan-kawan kata, ayah saya garang. Tetapi itulah tempat saya berdebat setiap hari. Samada ayah saya tidak cukup gerang atau anaknya terlebih degil. Ayah saya seorang pendidik ketika saya kecil, dan kini sahabat yang sangat memahami, memberi ruang dan sangat penyayang. Walaupun saya sudah berjalan merata-rata tetapi apabila bersama dia masih mahu saya menjadi penumpang, dia masih akan risau tentang saya. Tiket sudah beli? Barang sudah siap? Ada duit? 
Dia akan menasihatkan saya jangan terlalu 'stress' mengejar cita-cita dan keinginan. Dia yang akan berkata, 
"Pulanglah jika itu dapat menenangkan. Ayah tunggu di airport."
Dia sentiasa membuatkan saya rasa memang saya satu-satunya anak perempuannya. Dia yang sentiasa kata,
"I knew you. I knew my daughter."
Dia yang lewat telefon akan berkata,
 "Love you. miss you."  

Kedua-dua mereka telah mengajarkan saya sebuah perkara yang berharga. Kedua-duanya bukan dari latar belakang sekolah agama tetapi dinamik 'tarbiyah beit muslim' ini sangat saya rasakan. Saya anak sulung maka saya menyaksikan perubahan-perubahan ini. Saya dibesarkan dengan asalnya tiada solat jemaah di rumah dan kini jarang sekali tanpa solat jemaah. Saya dibesarkan dengan asalnya TV menayangkan apa-apa sahaja tetapi kini hanya rancangan yang memberi kredit untuk iman dan akal. Tiada lagi drama-drama atau rancangan picisan berkumandang di rumah. Adik-adik laki semua faham tuntutan solat di masjid. 

Kami sentiasa di pesan untuk mengejar ilmu, bukannya harta. 

Saya tidak mampu berada di sisi mereka. Dengan jalan yang saya pilih ini mungkin pengorbanan yang paling besar itu daripada mereka. Moga Allah alirkan berkah yang tiada putusnya, pahala yang mencurah-curah buat ibu ayah.

Sunday, September 6, 2015

Kunci

Terkunci rapat lidahku
Terkunci juga sendi jemariku
Lahar yang aku telan, hanya asap-asap nipis mampu aku hembuskan
Terkunci di dalam
Menggelegak dan panas
Hingga nafasku kencang nadi ku resah
Menanti sang hujan memadam rasa panas
Tidak juga turun-turun
Mungkin turut terkunci

Pada yang maha membuka jalan
Pada yang memegang kunci perbendaharaan
Pada yang menjanjikan jalan keluar yang tak dijangkau akal
Aku mohon kunci ini dibuka
Aku ingin memuntahkan lahar panas
yang membuat aku resah
Aku mohon titis-titis rahmat
Mencurah pada merah jingga yang meluap-luap
Aku mohon wahai Allah

Thursday, July 2, 2015

Pediatrik: another journey

Alhamdulillah,

Saya teringat 1 bulan 2 minggu yang lalu ketika saya masih tagging di Pediatric Department, Allah takdirkan saya bertemu seorang Junior Specialist yang sangat memberikan saya inspirasi.

Perjalanan saya mengikuti round  beliau tidak bermula dengan mudah dan menyeronokkan. Hari pertama saya dengannya cukup untuk membuatkan saya rasa 'bodoh'. Bodoh yang tak mampu untuk saya akur berdiam diri. Dengan MO yang tidak membantu, tidak tahu case.

Saya katakan padanya, yang saya redirect kepada diri saya,
" I'm so sorry for what happened."

Dia membalas, 
"Work harder."

Dia pernah mengoyak kertas summary case untuk pesakit oncology saya. Mujur dia tak buat drama baling-baling dan lempar. Mujur dia ada juga tanya, "You have the soft copy right? Edit it. I don't want this rubbish to go to onco ward"

Ada lagi drama saya berlari-lari pergi bilik ambulan merayu supaya PBF urgent seorang pesakit leukemia kami dapat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I pada 4.15pm sebelum hematopathologist punch out. Katanya pada saya,
"Get the ambulant now, If you go by your car, I don't want to be responsible if anything happen."

Pernah satu hari dia menghadiahkan saya satu lumbar puncture walaupun caranya sinis,
"I'm going to kill you if it is traumatic!"

 tetapi akhirnya saya passkan pada seorang sahabat. Katanya pada saya,
"Are you trying to be mother Theresa?"

Sinis. Dia kedengaran hampa.

Alhamdulillah, Allah hadiahkan saya satu lagi lumbar puncture dan ditakdirkan Allah itu juga adalah pesakitnya. Walaupun bapa pesakit itu sedikit fussy  dan pada awalnya dia mahukan MO yang menjalankan prosedur itu namun akhirnya apabila dia tahu saya awal-awal booking prosedur itu, lalu dia membenarkan saya menjalankan prosedur itu. Cuma saya sentiasa ingat pesannya,

"I'm going to kill you if it is traumatic!"

Alhamdulillah, one attempt.

Sekiranya dia sedang meneliti satu xray, saya awal-awal lagi sudah siapkan skema jawapan. Saya pasti walau saya sedang buat kerja lain, dia tetap akan panggil dan shoot saya. 

Pernah sekali katanya,
"Come and comment this. Don't disappoint me."

Jujur terlalu banyak saya belajar daripadanya, indirectly. Hampir 3 minggu saya mengikuti roundnya yang mana satu minggu terakhir itu adalah direct request daripadanya. Dia turut menghadiahkan beberapa buku lamanya yang tidak digunakan lagi.

Hari ini saya terserempak dengannya di NICU level 2 setelah 3 minggu tidak berkerja bersamanya. 

Katanya pada saya, 
"When is your CEX (bedside exam)?"

Saya, "Lama lagi."

"You better pass. I'll step on you if you not."

Terima kasih Allah. Saya bukannya superhouseman apatah lagi superhambaNya. Tapi Allah selalu  menghadiahkan inspirasi di celah-celah kesempitan.

Moga Allah sentiasa tuntun dan membantu. Amiin


Tuesday, June 30, 2015

Refreshment

I

Lama benar saya tidak menulis. Benar-benar duduk dan menulis. Saya akur waktu berkerja 6am-7pm (minima 13 jam walau selalunya lebih), pulang ke rumah dengan keletihan atau kadang-kadang memenuhi jemputan kesayangang di UMS meminimakan masa untuk saya bersuka-suka melihat alam dan introspeksi ke dalam jiwa. Membaca Quran pun harus berebut-rebut dengan sang mata. Membuatkan saya hilang sebahagian daripada diri seketika. Namun siri-siri hadiah daripada Allah sentiasa menyapa dengan tanpa diduga.
Saat memanjat tangga ke tingkat 6 Hospital Likas, Allah hadiahkan pemandangan sunset yang sangat indah.
Allah tiupkan ketenangan dengan senyuman ibu-ibu yang tabah berulang keluar masuk hospital.
Lalu di lobi dan sang pengarah hospital sedang memainkan piano nada You Raised Me Up kegemaran saya.

Semua ini bahkan membuatkan saya berfikir lagi tentang keberadaan Tuhan yang tidak bertempat. Membenarkan prinsip saya yang satu,

Bahagia letak dalam hati
Hanya hadir saat Pemilik mengizinkan
Akan singgah tanpa syarat

II

Mustahil Ramadhan tidak mengingatkan saya dengan Mesir. Mustahil, Ya Allah, saya berjuang untuk menghidupkan Ramadhan seperti yang pernah saya lalui. Kalau tidak 100% , 30% pun pasti saya tersangat berbahagia.

Saya tersangat merindukan mihrab yang kami sama-sama bangunkan di tempat masing-masing. Berjanji untuk qiyam dengan separuh juzuk setiap malam. Sangat cemburu melihat sesiapa yang mendahului perlumbaan. Saya terduduk 10 Ramadhan kali ini dan bertalu-talu bertanya pada diri, adakah aku sudah menjadi hamba yang kalah. 10 hari telah berlalu namun aku masih bertatih lagi.

Nampaknya pusingan kedua Ramadhan kali ini, harus saya maksimakan mihrab saya agar berada di mana-mana dan setiap ketika. Moga setiap bayi yang saya sentuh meniupkan angin syurga, moga terhapus dosa-dosa.

Moga ringan tulang saya menghulurkan bantuan, maniskan wajah saya untuk sentiasa menghadiahkan senyuman.


Moga nota-nota ini menemani saya untuk terus bersemangat dan sentiasa menjadi 'saya' yang pernah lahir dari rahim tarbiyah ardhul kinanah.

Tuesday, June 2, 2015

Countless blessing




I'm thinking of the things I've done,
And everything I've chanced upon,
The ease of life I have for some many never come 

I'm working harder than you know
I put in all my heart and soul
But even those are things that he's bestowed 

Count them one by one
You'll never reach the end,
His blessings are more than we can comprehend! 

Sweet moments of glory, is all the eye can see
The truth of, the matter, cloaked by the unseen
This all comes, from some place, much greater than me

Hadha min fadhi rabbi

For me it comes as no surprise
When I reflect with open eyes
I clearly see the signs that I cannot deny

Whatever I've been blessed to do
Remember where the praise is due
And thank the one who is there for me all the time

Count them one by one
You'll never reach the end,
His blessings are much more than we can comprehend!

~Native Deen

For what I've been through, really, a major lesson that I've learned is, everything is in His hand. 
My job is to do the best I could. Thanks for everyone passing by, come and go from my short span of life. May Allah rewards you His best reward which is hidayah and jannah,
Thanks for being my teachers. 

Sometimes you don't need to be the best among people, but just strive to be the best for Him, he'll grant you the most unexpected things in your life and akhira.

Countless blessing.

Sunday, May 17, 2015

Asingkan jiwa

Alhamdulillah Allah memudahkan jalan. Masuk posting yang ketiga. Terlalu banyak perkara yang berlegar di kepala namun tak mampu saya luahkan dengan kata-kata.

Sedang makan-makan kami di Restoran Nelayan Bukit Padang, teringat saya satu hadis Rasulullah SAW,

الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الَّذِي لا يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَلا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ

Mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kesakitan daripada mereka lebih baik daripada yang tidak bergaul dan tidak bersabar dengan kesakitan daripada mereka.

Beberapa perkara saya belajar:
1. Manusia memang akan menyakiti kita
2. Berjiwa besar adalah pilihan yg selayaknya buat seorang mukmin

Perjalanan hidup sekarang memang membuatkan saya sakit. Sakit dengan kekasaran tetapi itulah realiti umat ini, realiti masyakat.

Sumpah saya rasa, komuniti Malaysia di Mesir sangat-sangat baik. Betapa berjayanya biah membuatkan manusia malu dengan yg haram dan makruh. Sebab itu juga Mesir adalah bumi tarbiyah yang sangat ideal.

Balik kepada isu asal, saya rasa perkataan kasar seperti 'shit, bodoh, bongok dll' sudah menjadi zikir harian. Kalau tidak di mulut, di hati ada. Menanti untuk di spilled out sahaja. Setiap hari ada sahaja mulut kasar, ada sahaja bahan umpat. Daripada Specialist hingga ke staff nurse, termasuklah houseman. 

Ini semua mematikan jiwa. Di sinilah praktik 'uzlah syuuriah' Syed Qutb.
Asingkan jiwa bukan jasad.

Moga Allah tuntun saya untuk melazimi uzlah ini. AMIN.