Thursday, January 12, 2012

Jalan dan Fikir


di bahagian bumi yang mana kita akan bersemadi?



Bismillahirrahmanirrahim

Cairo extrasejuk hari ini. Perjalanan ke kelas paediatrik (kesihatan kanak-kanak) terasa nyaman, paling tidak jiwa aku nyaman. Jalan Lutfi Sayyid agak lengang saat aku keluar. Sekalipun lebih daripada selapis pakaian aku pakai, ditambah sehelai kot luar yang dibeli bersama ibu tahun lalu, masih aku sedikit menggigil. Angin sejuk menampar muka.


Pandangan aku lemparkan ke langit  luas. Dibalik kabus masih aku terpesona dengan masjid ikon itu. Kubah gahnya dikaburi kabus pagi. Ibaratnya aku ini seorang pelakon filem. Mungkin filem Ayat-ayat Tuhan? Sudah tentu bukan Ayat-ayat Cinta kerana latar filem itu saat cairo mencecah 38 degree Celcius sedang aku sedang bertarung dengan alam pada suhu 13 degree Celcius. Berbalik pada filem di mana aku adalah pelakonnya, sekalipun tak ada manusia yang sudi menonton tetapi di sana aku pasti ada penonton tetap.

الاحسان أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.Hadis 2

Setapak-setapak aku melangkah. Mata aku halakan ke kasut yang sedikit lusuh. Masih aku berfikir adakah setiap langkah ini, menambah tabungan pahalaku?
Perlahan-lahan senyumku ukir sendiri seperti selalu. Senyum sendiri. Sekalipun tak ada sesiapa yang berasa cerah disimbah senyumku, sekurang-kurangnya aku tahu diriku berhak dihadiahkan seulas senyuman. Sekurang-kurangnya aku menambah tanda soal di dahi wanita Mesir yang sejak daripada tadi memerhatikan aku tak lepas.

“Daripada Sinn (China) ke budak ni?,” dan aku tambah persoalannya
“Kenapa budak Sinn ni senyum sorang-sorang?”

 Mujur sahaja ini sudah tahun ke lima aku di sini. Alah bisa, tegal biasa. Kini, jika ada orang Mesir berbicara tentang aku, di depan aku dengan anggapan aku tak faham bahasa Arab, aku dengan hormatnya akan berkata,

“Ana fahmah ya haggah!”
          (Saya faham mak cik!)


Alhamdulillah. Dalam perjalanan ke kelas tadi sempat aku mengimbau tahun-tahun yang lalu di saat jiwa aku sangat sensitif dengan keadaan sekeliling. Treshold yang rendah. Aku mampu tersenyum hanya dengan melihat gelagat pakcik-pakcik tempang yang menjual di bawah Stesen Bas Abou Rish. Menyala-nyala azam aku untuk lebih bersungguh-sungguh di bumi ini hanya dengan rehlah mingguan selama 45 minit daripada Sayeda ke Rabaah dalam bas 25.

Setelah beberapa tahun berlalu aku mula menghidap sindrom habituation. Mujur hidup ini penuh kejutan dan gelombang. Maka berkali-kali butang refresh ditekan. Skrip filem aku semakin menarik walaupun semakin sukar, ternyata menjanjikan bahagia InsyaAllah. Kita tak bisa meneka apa yang bakal berlaku esok.


Luqman: 34

Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun dapat mengetahui  (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun menegtahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.

Masih dalam perjalanan ke kelas Paediatrik,
كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل

Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu. – Hadis ke 40

Sungguh hidup ini adalah sebuah perjalanan,
Sekalipun  kau cuba untuk statik dan kekal di situ,
Hakikatnya kau sebenarnya sedang berjalan ke belakang,
Semakin jauh ke belakang,
Dan aku dapat lihat kau keletihan dan mencari tempat rehat
Kau cuba membelok ke jalan lain,
Aku dapat lihat kau masih tidak berpuas hati,
Jalan itu tak cocok buat engkau,
Bukankah keletihan berlari kepada Tuhan itu lebih baik,
Daripada kau luka mengesot menjauhiNya?

2 comments :

Umairah. said...

"..sekalipun tak ada sesiapa yang berasa cerah disimbah senyumku.."

rindunya pada senyum cerah itu!
:')

syukran mira, ats peringatan. meaningful~

sgt best bc pnglmn nie. hmm, dan.. jeles jgk. =,='

hehe :)

Puteri said...

umy, perjalanan umy di UIA best juga dan kita mungkin melihat benda yang berbeza tapi cara kita iAllah sama =)