Ini lakaran satu perjalanan
seorang hamba yang bernama Aku
Ada ketika lakaran itu lurus, banyak juga yang bengkok
Ada waktu-waktu lakaran itu statik hampir terhenti
Kerana letihnya jiwa mencari-cari destinasi
Kerana aku tak mengerti
Peta yang sedia ada di tangan
Tak bisaku fahami
Di tengah-tengah perjalanan itu
Ada cahaya yang Dia tetapkan hadir
Menyentuh tanganku hangat
Hingga aku pun bangkit kembali
Aku berjalan bersama sentuhan itu
Satu persatu huruf-huruf di dalam peta menjadi terang
Timbul di atas kertas hingga bisaku sentuh
Hingga pandanganku tembus ke destinasi akhir
Ada waktu aku tertidur kerana jauhnya perjalanan
Tangan itu sabar mengejutkan aku
Ada waktu aku terduduk kelukaan kerana duri jalanan
Tangan itu tak meninggalkan aku sendiri
Kami sama-sama membaca peta itu
Rupa-rupanya ada penawar di situ
Buat ukhtifillah
Terima kasih kerana bersabar
Sesungguhnya aku tak pandai berterus-terang
Tetapi sungguh aku sayang
-Shari3 helwan
-21 Ramadhan 1431
No comments :
Post a Comment