Sunday, December 12, 2010

Dua janji


  credit

“Aduh, lenguh, lenguh!”

Angin bertiup lembut. Panas tetapi berangin. Dari Astaka padang SMKA Al-Irshad kelihatan padang yang hijau segar. Pokok ara yang tumbuh meninggi meredupkan suasana. Iqa mengurut-urut betisnya. Sepatu kulit hitam ditanggalkan. Kelihatan stokin jari polka dot kuning hijau bertanah hitam. Sebuah purse berkeychain kunci dikeluarkan dari poket dan diletakkan di sisi.


“Dieha, dengar tak ni? Buat dek je,” Iqa meninggikan suara.

Dieha tersenyum.

“Dengar sayang!” senyum lagi. Murah senyuman.

“Senyum-senyum pula! Bukan nak respon ke? Urut ke?” Hilang tegang pada nada suara Iqa. Sengaja dibuat muka kasihan.

“Berapa jam hari ini?” Dieha menyoal. Masih tersenyum. Tangannya pantas menarik Iqa agar hampir dengannya. Kedua-duanya duduk meghadap pandang yang kosong pada tengah hari itu. Kaki Iqa diurut.

“Berapa jam? Alamak, mana hang tau ni? 2 period je.”

You mean the whole period la? Subjek apa?”

“Fizik.” Iqa melarikan pandangan. Kemudian, menutup mukanya.

“Awat ni? Takkan nangis kot?” Dieha mengusap kepala Iqa.

“Hehe, malas nak dengar lecture Miss Pengawas Madieha Mahathir.”

“Cis!” sebuah tamparan hinggap ke paha Iqa. Tawa mereka disambut zikir burung-burung kecil di pohon ara. Di bumi ini tempat mereka bertemu, bergurau, bercanda. Di sini ada janji mereka. Di sini ada kisah Iqa dan Dieha.

“Iqa.”

“Iye.”

“Iqa.”

“Apa? Cakap je la. Aku tak kecil hati punya.”

“Iqa.”

“Hang ni memang Dieha Doha la! Hang nak cakap pasal aku kena denda berdiri luar kelas tu ke? Cakap je la. Macam tak biasa pula. Aku memang tak marila dengan fizik tu. Ngantuk!” mendatar. Iqa membetulkan anak rambut yang terkeluar daripada tudungnya.

“Iqa, kau lupa ke janji kita?”
………………………………………………………………………………………………

Tiga tahun lalu

“Hang ni tak makan ke Dieha? Dah tau ada gastric, boleh pula buat kerja tak makan macam ni!” Iqa mengurut-urut belakang Dieha. Sesekali Dieha mengaduh sakit dek urutan Iqa. Terbaring, mengerekot. Bending relieves gastric pain.

“Lupa. Tak perasan.”

“Ada pula lupa. Asyik baca buku FT la tu,” satu cubitan singgah ke bahu Dieha.

“Aduh! Orang dah la sakit, ditambah lagi sakit. Iqa, macam mana aku nak study kat Cairo nanti?”

“Ala, hang ni. Kita baru form 2. Lambat lagi dan kalau hang nak pi, u just go there. What is so hard about that? Tak da duit? Minta scholarship. Hang kan pandai,” Iqa masih mengurut.

“Kalau aku sakit macam ni? Siapa nak jaga?”

“Macam tu pula? Kalau macam tu aku ikutlah. Senang hati adik manis?”

“Janji ke?” Dieha menghulurkan keychain locker berbentuk kunci kepada Iqa.

“Nah,” sebuah keychain locker berbentuk fishbone diserahkan. Keychain 
bertukar tuan. Ada sebuah janji terpatri.
…………………………………………………………………………………………………..

“Dieha, sini kejap!” Iqa menarik tangan Dieha ke tepi dewan.

Hujan rintik diluar, peluh menitis di dalam. Dieha melonggarkan tali pinggang birunya. Sesi latihan tae kwon do tadi sedikit melelahkan. Dieha duduk di lantai dewan sambil melunjurkan kakinya.

“Kenapa Iqa? Ada masalah ke?”

Iqa turut melunjurkan kakinya. Dilonggarkan tali pinggang merahnya. Iqa mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.

“Aku nak pulang kan balik.”
Diam. Dieha membisu, tergamam melihat keychain kunci itu. Iqa memandang panorama hujan di luar. Iqa suka hujan tetapi tidak hujan menitis dari mata Dieha.

“Kau tengok hujan lebat kat luar tu? Macam tu lah hati aku” senada, mendatar suara Dieha.

“Aku tak boleh Dieha.”

“Siapa kata?”

“Aku budak problem. Hang pun tahu kan? Aku bukan macam hang. The best, the best, the best…

“Sebab aku tahu la aku yakin kau boleh. What did you need is just a bit of effort and determination, my dear Haziqah,” Dieha menyentuh tangan Iqa.

“Aku tak tahulah Dieha. Aku rasa malas, tak larat, penat. Letih tau Dieha!”

“Iqa sayang. Kawan yang aku sayang. Kau letih ke? Jangan putus-asa. Kita lalui kesusahan yang sedikit ni untuk Islam yang kita sama-sama sayang.”

“Aku tahu tu Dieha. Aku pun sayang Islam. Nak sama-sama dengan hang tapi aku tak nampak jalan. SPM tak lama lagi. Aku takda semangat.”

“Iqa, kau tahu. Masa tu Rasulullah sorang-sorang. Baru saja Allah turunkan perintah berdakwah. Rasulullah tahu, dia perlukan rijal. Dia perlukan hati-hati yang boleh bersama-sama dengan dia memikul risalah dan amanah yang berat in. Rasulullah mencari dan memilih. Dia tahu dia harus pilih. Bukan sebarang jiwa mampu bawa Islam ini. Kau tahu Rasulullah pilih siapa awal-awal sekali?”

“Erm, Abu Bakr, Khadijah dan Ali.”

“Kenapa diorang?”

“Baik?” Iqa mengangangkat bahu.

Not just that. Abu Bakr, lelaki yang berakhlak, bangsawan yang kaya, tahu serba-serbi politik kabilah-kabilah arab, tahu isu-semasa.
Khadijah. Peniaga yang sukses, wanita yang dimuliakan di saat wanita-wanita lain macam barang, ada visi, ada misi.
Ali pula walau berusia 10 tahun tetapi matang dan berprinsip. Kesimpulannya?”

“Kesimpulannya?”

“Islam dibawa oleh mereka yang hebat dan kuat. Mereka ni hebat, mutamayizah! Bukan setakat luaran tapi jiwa. Bayangkan seandainya kita berada di zaman Rasulullah, di saat baginda membuat pemilihan siapakah orang-orang awal yang akan bersama-sama dengannya? Adakah kau dan aku akan Rasulullah pilih atau kita terpaksa menjadi orang-orang yang last, last? Kau dan aku sebenarnya tak ada pilihan untuk menjadi tidak hebat. Kita sama-sama rindukan Rasulullah dan nak bersama-sama dengan baginda kan? Jangan berhenti menjadi yang terbaik untuk Islam.”

Iqa memejamkan matanya. Ada air menitis. Dieha senyum memandang hujan yang mulai renyai-renyai.

“Iqa sayang, kau boleh. Kau boleh. Allah akan tolong. Jangan putus asa. Dia dekat kan?”

“Allah dekat. Macam dalam surah Qaf. Macam lagu yang aku selalu nyanyi tu, He’s closer than the vein in my neck! Haha, hang dah buat aku nangis. Eee, benci!”

Mereka berpelukan. Hujan di luar telah berhenti. Hanya lopak-lopak air yang tinggal.

“Ok Dieha. Aku cuba! Aku cuba. Macam hang selalu kata, keputusan kita serah pada Dia kan? Doakan aku tau mak cik pengawas!”

“Iqa, satu lagi. Kau bukan buat semua ni sebab aku kan? Apa-apa jadi kat aku, kau kena straight je jalan!”

“Iye. Sebab Allah. Walau aku budak problem, insyaAllah aku cuba jadi hamba yang tak problem!”

“Loyar buruk. Allah pun tak suka student suka buat problem ni.”

Direct sungguh cik Dieha. Nasib baik aku ni tegar. Iyelah, pelan-pelanlah. InsyaAllah lepas ni hang tak nampak dah gadis ayu berstokin polka dot kena diri luar kelas.”

Kedua-duanya bersiap-siap untuk pulang ke asrama. Maghrib semakin hampir. Peluh sudah kering. Mata sedikit lembap. Semangat sudah menyala.

“Satu lagi Iqa. No more that polka dot during school time please.”

“Haha. Apasal? Dah tak cukup kertas nak tulis nama aku?” Tawa mereka lepas. Pegangan tangan kemas. Iqa dan Dieha beriringan menuju ke Aspuri.
…………………………………………………………………………………………………….

 “Dieha, rupanya aku dah buat dua janji dengan hang.”
Iqa membetulkan butang winter coat hitamnya. Musim sejuk tiba. Iqa melontarkan pandangan ke sungai Nil. Tenang mengalir. Angin shita’ menampar wajah. Sesekali Iqa mengusap wajahnya yang kesejukan. Sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil turut menyelusuri Jambatan Universiti yang menghubungkan Kasr Al-Ainy dan Giza.

“Dieha sayang, Cairo tak hujan. Aku dah tunaikan janji untuk datang ke sini dan aku dah tunaikan janji untuk jalan straight walau hang takda. Dieha sayang, aku rindu sangat kat hang.” Iqa menghadap Nil dan memejamkan matanya. Rintik-rintik.

“Allah, jaga Dieha. Dia hebat. Tempatkan dia bersama orang-orang hebat. Allah, aku sayang sangat Dieha tapi Kau lebih Penyayang daripada aku. Sayanglah Dieha, ya Allah.”

Iqa meneruskan langkah ke Kuliyah Perubatan Kasr Al-Ainy. Kelihatan sekumpulan pelajar dari Turki keluar daripada pusat tusyen Internal Medicine. Mudah dicam daripada gaya tudung mereka. Iqa melemparkan senyuman pada pak cik yang menjual keledek bakar. Keledek bakar panas yang enak dimakan di musim sejuk.

“Dieha, rupanya hidup ni lebih besar daripada SPM. Lebih susah, lebih menuntut pengorbanan. Aku cuba menjadi mutamiyaizah!”

Azam yang sentiasa menyala. Doa yang tak putus. Tawakal yang tak berhenti. Iqa ambil semangat Dieha. Dieha menghidap kanser perut, komplikasi gastric yang terlalu lama.

“Dieha, insyaAllah kita jumpa di syurga!”

7 comments :

Diyanah said...

:')
alahhhh sedihh. huuuu

*tarik nafas*

subhanallahhh.
indahnya, janji sampai ke syurga.. :)

*2 subjects to go!*

Puteri said...

ganbate syaza!!! mumtaz untuk ummah ^^

nur fatin said...

siapa yang gastrik sila jaga jadual makan.

Puteri said...

eypp! ^^

aras nura said...

Akak patut tulis novel:)

Puteri said...

thanks nura. doakan akak kat sini ^^, bila awak nak sampai cairo?

aras nura said...

saya tak pasti saya akan sampai ke sana...Saya tak sepandai akak :)

Tetap doakan saya ya:)