Monday, August 16, 2010

Hamba yang merdeka




Ramadhan Kareem.

Ilmu ibarat air. Jika kaku di dalam takungan (stagnate), ia akan rosak. Maka sempena Ramadhan ini, sempena beberapa perkara yang sedang berlegar-legar di kepala saya, sempena saya Allah beri kekuatan untuk menulis terimalah aliran air yang tak seberapa daripada takungan saya. Kalau keruh, sila tapis. Kalau jernih sila ambil dan alirkan kepada yang memerlukannya.


Saya baru belajar apa yang dimaksudkan dengan Iman As-sodiq dalam usul ketiga daripada usul 20. Dalam bahasa Malaysia, Iman yang sejati. Saya bukan nak bagi syarahan daripada buku, cuma nak berkongsi apa yang saya dapat dan faham.

Pernah tertanya-tanya? Bagaimana Sumayyah mampu menyerahkan nyawa untuk ditukar dengan keimanan? Suhaib Ar-Rumi menyerahkan seluruh hartanya kepada kuffar demi misi hijrah? Asmak Abu Bakr mendaki gua thur walau sarat mengandungkan Abdullah Az-Zubair? Sedangkan al-quran belum turun 30 juzuk. Masa depan Islam masih kabur. Mereka sedikit.

Kenapa agaknya?

Kerana iman As-sodiq. Iman yang mampu menjadi muntolaq (penolak). Mereka dan kita mengimani ‘la ilaha illa Allah’. Tiada Tuhan melainkan Allah. Maknanya harta bukan Tuhan. Tuan bukan Tuhan. Ibu bapa bukan Tuhan. Pangkat bukan Tuhan. Populariti bukan Tuhan. Yang dikejar hanya redha dan cinta satu Tuhan. Itu yang akhirnya penolak untuk  ‘tak kisah berkorban demi cinta.’  

Seorang manusia yang tahu erti kehambaan kepada Yang Esa akan terbebas daripada penghambaan-penghambaan yang lain seperti harta, pangkat. Apabila sahabat-sahabat melafazkan syahadah bukan sahaja mereka telah menafikan Tuhan-tuhan jahiliyah seperti berhala Latta wa Uzza tetapi mereka menafikan segala bentuk penghambaan lain. Mereka menjadi manusia yang paling merdeka. Tidak tertipu dengan Tuhan Emas, mahupun Tuhan Jawatan, atau Tuhan Nafsu.

Kita?

Kita yang sehari-hari melafazkan syahadah dalam solat, agaknya di mana tahap penghambaan kita? Apabila azan dilaungkan

Allahu akbar, Allahu akbar..

Allah Maha Besar. Allahu akbar min At-tho3am (Allah Maha besar berbanding makanan). Allahu akbar min al-kalam (kata-kata). Allahu akbar min muraaja3ah. (ulang-kaji). Allhuakbar min an-naum (tidur). Sejauh mana kita terpangggil untuk menyahut seruan yang berkumandang sekurang-kurangnya 5 kali sehari… seperti yang sepatutnya dilakukan seorang hamba kepada Pemiliknya? Iman yang ada rupa-rupanya menjadi hiasan. 
Tak mampu menolak kita untuk menjadi ‘hamba yang bebas’. Sila risau yang amat jika kita dihamba-budakkan oleh tidur yang banyak, oleh laman-laman FaceBook yang lagha, oleh shopping yang merambangkan mata. Apa sahaja yang menghalang ketaatan kita kepada Allah telah merampas title Ilah(tuhan) itu. Nauuzubillah.

Saya bercakap ini, dulu kepada diri saya. Kalau difikirkan kelemahan diri ini, tak tertulis rasanya segala perkataan-perkatan ini. Tetapi saya berharap dalam tak seberapa orang yang membaca, ada hati-hati yang dijentik untuk menjadi hamba yang merdeka itu, dan itu menjadi saham untuk saya di hari akhirat kelak. Saya bukan sekadar ingin menulis, saya perlu menulis.

Wahai saudara fillah,

Kita sudah tak berdaya menanggung beban dosa yang menggunung. Ayuh kita buang ego kepada Tuhan. Sesungguhnya tidak hina yang bergelar hamba itu. Jika tidak, masakan Allah menamakan kekasihnya sebahagai hamba yang berjalan dalam surah Al-israa ayat 1. Itulah tahap kemuliaan yang tinggi bagi seoarang hamba yang diciptakan daripada air mani yang hina.  

Ramadhan Mubarak. Allhumma balighna lailatul qadr. Saya sedang berpuasa di Mesir. Ayah, ibu jangan risau. Moga Allah jadikan ramadhan ini sebagai booster (penolak) untuk kita menjadi hamba yang merdeka lagi komited terhadap syahadah yang kita lafazkan.

Kepada akhawati fillah, uhibukkuna jami3an fillah la3laallhu yuhibukunna akthar minni. Allahu yuthabit aqdamana. Amiin ya Zal jalaliwalikram…

Salam kemerdekaan! Jadilah hamba yang merdeka.

Apa itu usul 20? Di sini ada kesimpulan ringkas tentang usul 20. Dijemput semua akhwat di bumi Mesir ke perkongsian usul 20 di beit ayn jalut (el-damerdash) setiap hari jumaat 8 pagi. Kalau sesat, boleh hubungi saya. ^^

4 comments :

Umairah. said...

salam'alayk.
subhanallah.
bbrp perkara dlm 1.
hehe.
trmasuk hr merdeka. smpat lg menyelit.
kreatip btul shbt aku sorg nie.
subhanallah3.

ukhti fillah, syukran ats pringatan.
moga kita mmpu bebas dr sgala bntuk pnghambaan. murnikan ketaatan hnya lillah ta'ala. Allahu Akbar!

alamak..aku lmbt la klu cmnie. bru mnghayati "al-fahmu". :)
slm tsabat, shbtku!
Allah brsamamu slalu. amin3 ya Rabb.

p/s: mcm slalu, Allah slalu ajar kita bnda yg sama, wlau hakikatnya kita d bumi berbeza. indahnya, ya Allah..syukur3.

Puteri said...

kenapa aku selalu tersenyum bila baca comment hang?

heheh. jzkk banyak2 umy. walau kita jauh, moga Allah dekatkan hati. doakan aku strong umy. aku masih bertatih sedang jalan terlalu panjang.

umy, aku rindu kt tikah. tolong peluk dia untuk aku. take care ya ukht. jangan serabut2, tenang2 selalu ^^ Moga Allah bagi lailatul qadr tahun ni..amiin

serikandi harapan said...

kak puteri. terima kasih!

Puteri said...

terima kasih tu untuk apa awak?