Ketika menunggu bas di Rab’ah tiba-tiba…
“Antara baju sutera dengan nilon, sutera jauh lebih mahal. Kalau aku ada baju sutera nescaya tidak akan aku pakai untuk bersesak-sesak di dalam bas selama 1 jam dari Rab’ah ke Sayeda Zainab.”
…tiba-tiba saya terkhayal tetang kain baju.
Cuba bayangkan, saya tahu nilai sehelai kain sutera. Mahal. Saya cuba menjaganya dengan baik (kalau saya memilikinya). Mengikut kaedah hipotesis,
Jika barang itu mahal, maka saya akan menjaganya dengan lebih baik
Atau
Semakin mahal barang itu semakin saya menjaganya dengan baik.
Nampak? Begitu juga dengan hidup ini. Jika kita sedar mahalnya nilai sehela nafas, maka kita akan memanfaatkannya dengan semaksimumnya. Jika kita sedar mahalnya nilai seorang sahabat, maka kita akan menghargainya. Jika kita sedar mahalnya iman, kita akan menjaganya sepenuh hati.
Mahal atau murah? Penentunya?
Bunuh diri. Nyawa murah. Syurga murah.
Buang anak. Nyawa seorang bayi murah.
Zina. Maruah murah.
Allah ciptakan manusia berserta manualnya sekali. Bagi yang beriman, iman yang berpandukan quran dan sunnah itu adalah neraca penentu harga sesuatu. Bagi yang beriman, Allah sudah menyediakan manual (katalog) hidup berserta harga-harganya. Ini mahal dan ini murah. Syurga itu mahal maka kita perlu berkerja mengumpul pahala untuk ke sana. Pahala ini bermodalkan masa, tenaga dan lain-lain. Maka masa, tenaga dan lain-lain yang membawa ke syurga itu menjadi mahal dan alangkah bodohnya jika kita mensia-siakannya.
Apa pula ceritanya jika manual yang diguna-pakai adalah manual made in sekularisme, hedonisme? Oh, manual itu banyak sungguh cacatnya. Syurga nampak murah, seolah-olah hanya wujud dalam fairytale. Pahala sekadar cerita-cerita, apalah yang disusah-susahkan menolong orang, membaca quran, tak me,bawa untun pun? Akhirat tiada nilai. Hidup ini pendek, let’s ‘enjoy’ it.
Alangkah rugi. Alangkah rugi. Membuang emas. Membuang duit ringgit ke dalam tong sampah. Itulah ibaratnya. Bagai kera mendapat bunga!
Kerana diriku berharga
Bercita-cita tinggi? Optimis? Berjiwa besar?
Semua itu hadir jika kita menghargai setiap detik nafas kita. Betapa setiap sendi-sendi tubuh berharga modal ke syurga. Allah membeli daripada mukmin jiwa dan hartanya dan dibayar dengan syurga. Nafas, kesihatan, semangat semuanya modal berharga buat seorang mukmin yang mempunyai impian yang tinggi. Mukmin yang ingin menempah istana di syurga yang tertinggi, bukan sekadar cukup-cukup makan. Mukmin yang ingin dicintai Allah, bukan perempuan murahan atau lelaki jalanan.
Ayuh tinggikan harga diri! Hidup mulia, mati syahid!
p/s: bakal kembali ke Rab'ah. Moga Allah ampunkan dosa. Sesiapa yang membaca tulisan ini, tolonglah doakan saya diberi kekuatan untuk menyumbang kepada ummah walau hanya sebesar putir pasir.
~Tak sempat lagi nak cari gambar untuk post...
No comments :
Post a Comment