Sejak malam itu, tiada lagi istilah ar-rahah (rehat). Wahyu ‘qum’ benar-benar membangunkan baginda.
قم الليل الا قليلا
-Al-Muzammil:2
Saya sudah jatuh hati. Saya suka sangat isi surah ini, juga hero ummah ini. Baginda yang menjadi ikon ‘usaha tak mengenal putus asa’. Sejak wahyu ‘qum’ ini turun, Rasulullah tak pernah berhenti berehat sehinggalah ke akhirnya. Selama beratahun-tahun. Pernah suatu ketika Sayidah Khadijah menyuruh baginda berehat tetapi,
“مضى عهد النوم يا خديجة
“telah berlalu waktu tidur ya Khadijah”
Saya koreksi diri. Daripada mana datangnya istiqamah Rasulullah dan para sahabat dalam menegakkan kalimah tauhid ini? Bayangkan. Di saat mereka dihimpat kesusahan. Ancaman ketakutan. Masih mampu berdiri teguh tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Islamnya sahabat-sahabat membuatkan mereka jelas destinasi akhirnya.
Selama setahun sahabat-sahabat mengambil perkataan ‘qum al-lail’ itu sebagai kefardhuan qiamulail. Wajib. Bangkitnya generasi-generasi ini menghidupkan malam. Menginggalkan kehangatan tilam. Oh, sejak saya menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini, saya sungguh tahu cabaran bangkit qiamulalail itu. Nafsu tidur yang menjadi-jadi ditambah dengan cuaca persekitaran. Pada musim sejuknya, terlalu sejuk. Kehangatan tilam dan selimut itu mahal.
Pada musim panasnya pula seperti sekarang, malam yang pendek ditambah siang yang panjang lagi hangat dan meletihkan memungkinkan sekali untuk tidur pulas. Selama setahun Allah menahan ayat ke 20, ayat terakhir surah Al-Muzammil yang memberi keringanan untuk perintah qiamulail. Daripada wajib kepada sunat.
Cukup mengkagumkan tarbiyah Allah kepada para sahabat dan pastinya sebagai ‘ibrah untuk kita. Lihat saja bagaimana Allah menyediakan mereka untuk berdepan dengan cabaran-cabaran getir di waktu mereka lemah dan sedikit. Tarbiyah ini yang memungkinkan mereka bertahan dalam pemulauan. Memungkinkan mereka menongkah arus.
Suka sekali saya akan kata-kata dalam tafsir fi zilalil quran,
“Hidup untuk diri sendiri, mungkin merehatkan tetapi hidupnya sebagai orang kecil dan mati sebagai orang kecil”
Mahu jadi seperti hero-hero ummah? Jiwa harus besar. Bagaimana agaknya jiwa yang dikatakan besar itu dikalahkan dengan sehelai selimut? Sedang nafsu bermaharajalela. Syaitan ketawa berdekah-dekah melihat manusia yang mengaku berjiwa besar itu tewas dengan mudah.
Saya sedang menghitung waktu tidur saya sepanjang hidup ini. Betapa telah banyak masa terbuang. Kamu?
Yuk qiamulail yuk!
p/s: saya sedang berperang!
2 comments :
kagum dengan Rasulullah.
kagum dengn pemimpin2 agung Islam
malu bila time exam dulu..
berjm2 masa tido korbankn untuk study..tinggllh bbrper minit untuk meghayati indahnya Qiam
lagi malu bila lepas exm, boleh nak tngguh2 solat mlm..
sigh~
lepas exam boleh bilang dengn jari jer kot bngun mlm..T_T
sungguh!! diri ini mahu berubh..
nak berubah jugak!! saya baru balik dari jogging di Nil. ada seorang ukhti tanya, "kenapa dalam 99 nama Allah ada Al-Ghafur? tak lain kerana, manusia itu semestinya ada dosa dan Allah sebagai Pencipta tahu.."
Saling mendoakan. Berdosa itu menyakitkan~
Post a Comment