Rabbana lakalhamd…
Alhamdulillah usai sudah dua kertas pertama, subjek Pathology. Alhamdulillah, alhamdulillah. Memang peperiksaan menguji bukan hanya di dewan peperiksaan, juga manisnya ukhwah, juga indahnya sabar, juga mahalnya tenang, juga…
Alhamdulillah, sekarang harus terus bergerak menyelesaikan misi-misi (jangka pendek) yang berbaki. Sunyi rasa NADA ini selepas kepulangan Nursa. We’ll miss keberadaan anda di sini. Usai bacaan mathurat selepas solat maghrib, sesi tazkirah pun bermula. Kali ini Yiba bersuara.
Di NADA ada sekeping kertas sayidul istighfar yang tertampal di dinding. Hari-hari kami lalu dan pandangnya. Hari-hari kami ulang-ulang dalam mathurat. Kadang-kadang sambil membaca pada naskhah mathurat. Kadang-kadang sambil tersengguk-sengguk menahan kantuk. Kadang-kadang fokus! Ada masa-masanya dengan linangan air mata.
Yiba mengingatkan, betapa penting sebenarnya untuk kita cuba betul-betul merasai keindahan mengamalkan mathurat. Kesimpulannya daripada tazkirah hari ini:
- Tidak guna berguru beriya-iya ke Rabaah (kelas quran) jika tak cuba amalkan bacaan secara tawatur dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, mathurat. Ramai yang membaca seperti kereta api kan? Oh, bukan! Seperti metro..
- Menurut Yiba, ada seseorang terdengar bacaan mathurat oleh sekumpulan orang Indonesia dari jauh. Kedengaran sungguh pelik. Apabila didekati, rupa-rupanya mereka membaca sambil menangis teresak-esak kerana mengahayati isi kandungannya.
- Kita perlu bersungguh-sungguh berdoa (bukan membaca doa) walaupun “Allhumma ‘afini fi badani…” Cubalah berdoa bersungguh-sungguh. Sematkan dalam hati seperti, “Ya Allah, berilah aku keishatan yang baik agar aku dapat belajar dengan baik, berjuang untuk agamaMu…”
- Setiap ayat-ayat mathurat ada kelebihan-kelebihannya sendiri. Sedarkah kita setiap kali menyebut “Allhumma anta rabbi..” dalam sayidul istighfar itu, kita sedang melafazkan suatu kalimah tauhid yang agung? “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku..” Kalimah itu terkadang lalunya di bibir sedang hati sudah di dapur, mengenangkan ayam black pepper semalam yang sedap ~~
- Mathurat: adat atau ibadat? Sila muhasabah wahai pengamal-pengamal mathurat sejak sekian lama. Mungkin ramai yang tak tahu apa sebenarnya yang dikumat-kamitkan itu setiap lepas subuh dan asar. Ia bukan jampi serapah! Ia adalah doa yang ma’thur yang diamalkan Rasulullah dan bukan dibaca kerana Hassan Al-Banna yang mengumpulkannya hingga menjadi sebuah naskah seperti hari ini!
Saya teringat sebuah program yang saya lalui. Semua orang diminta oleh penganjur untuk beristighfar. Disebutkan di situ hanya istighfar. Ok, kami pun beristighfar.
“Semua dah beristighfar?”
“Ya.”
“Ada sesiapa yang membaca sayidul istighfar?”
Sunyi. Senyap. Bisu.
Ada seorang yang mengangkat tangan. Selepas beberapa ketika…masih seorang.
Saya seperti ditembak hidup-hidup. Ok, kita perlu buat yang terbaik dalam setiap tugasan. Walaupun istighfar, kenapa tak cuba mencari kalimat yang paling baik, yang paling Rasulullah suka, Allah suka?
Saya tak pasti anda, anda, anda masih ingat peristiwa ini atau tidak, tetapi bagi saya, bekas tembakan masih terasa!
p/s: tolong doakan kejayaan kami pelajar-pelajar di Mesir yang sedang menduduki peperikasaan.
Bagi tahun 3, Kasr El-Ainy Medical School, paling hampir Mikrobiology- 10hb
2 comments :
biarkan nursa kembali ke kg asalnya..kami di cni rindukan dia jugak :D (tapi dia dah g nada balik, huhu) menarik perkongsian tu mira..betul sgt, kdg2 baca ma'thurat hanya utk melengkapkn mutabaah, bukan stakat metro, macam roket lg ada...berubah yuk!!
kin
roket? hahhah..Moga Allah lembutkan hati kita dan celik terhadap hidayahNya!
Post a Comment