Friday, June 18, 2010

Come back!



Rabbana lakal hamd…

Selesai tiga subjek, insyaAllah satu lagi menanti, Parasitology dan 4 oral. AlaAllahi tawakalna…

Baru-baru ini saya berjaya menghubungi semula seorang guru praktikal fizik saya ketika di tingkatan 4 Ibn Khaldun. Kali terakhir kami bertemu ketika saya di tingkatan 4 itu. Kemudian, kami sering sms ketika saya di INTEC dan cikgu telah menyampaikan khabar gembira yang dia bakal berkahwin, sayangnya saya di ambang penerbangan ke Mesir ketika majlis itu. Kemudian saya dapat tahu dia ke UK mengikut suaminya dan kemudiannya terputus.


Apa yang istimewa? Ada yang istimewa. Secara peribadi, tingkatan 4 ada sejarah yang tersendiri dalam hidup saya. Titik pusingan hidup banyak bermula di situ dan cikgu adalah salah satu pencentusnya. Perkenalan kami tak lama. Sebentar cuma tetapi ada yang ada pada cikgu yang membuatkan saya mengingatinya hingga hari ini. Tak salah juga saya katakan, saya merinduinya selalu, saya menyayanginya dan sering berdoa agar Allah tetapkan hatinya di jalan yang Dia redhai.

Selain daripada raut wajahnya yang manis (saya cukup suka melihat cikgu fizik yang bertudung labuh dan berkaca mata frameless ini) dan daya tarikan lahiriah yang lain, rasanya sembang-sembang dengannyalah membuatkan saya mengingatinya hingga kini.

“Cikgu bukan berasal dari sekolah agama seperti kamu”

Tetapi cikgu kelihatannya lebih baik dari mereka yang berasal dari situ. Cikgu ada memberikan beberapa isyarat (hint) tentang gaya fikirnya (fikrah). Saya tahu saya jatuh hati kerana itu, kami suka pada benda yang sama. 

Dan ada lagi, ketika di ambang perpisahan, saya ingat lagi saya ke bilik guru untuk bertemunya dan ada hadiah. Itulah lembaran fotokopi Seindah Mawar Berduri dan Hatiku MilikMu tulisan Fatimah Syarha yang di waktu itu belum diterbitkan lagi. Besar maknanya helaian itu pada saya. Terlalu. Saya yang baru melunak-lunakkan hati untuk membuat pusingan (turning) bagai ada yang berdiri di sisi dan menjeritkan

“Ganbate…jangan berhenti!”

Alhamdulillah, alhamdulillah. Nikmat daripada Allah tak mampu kita senaraikan. Terlalu banyak yang diberi tanpa kita pinta, malah Dia memberi lebih baik daripada yang kita pinta. Betapa manusia liat untuk berlaku dan berasa redha atas secebis ujian.

Di sinilah nilai ukhwah yang katanya fillah. Saya semakin jelas tentang apa yang dikatakan ukhwah fillah. Ukhwah fillah, sayang yang ingin saling berpimpin tangan ke syurga. Ukhwah fillah, tak semestinya seperti belangkas. Seperti pasangan kekasih yang asyik bersama, waktu makan bersama (sms), waktu belajar bersama (ym), semuanya nak sama tetapi kalau Allah tak redha, hilang fillahnya.

Ukhwah fillah itu kadangnya diuji, benar atau tidak fillahnya. Maka atas nama fillah itu disucikan hati dan diajar diri untuk sentiasa bersangka baik pada ukhti. Sukar? Ya, tetapi nilainya fillah, insyaAllah diganjari syurga dan dinaungi arasyNya ketika hari tiada suatu perlindungan selain perlindungan Allah kelak (hadis 7 golongan yang dinaungi arasy Allah ketika hari kiamat).

Ukhwah fillah itu kadangnya terpisah jauh. Seorang di Gombak, seorang di Plymouth, seorang di Aussie, seorang di NZ, tetapi ingatan lewat dalam doa tak henti-henti. Moga Allah redha akan ukhwah ini…mahu pinta apa lagi kan?

Ah, mungkin saja kita pernah tersilap dahulu! Pernah bersembunyi daripada persahabatan. Pernah lari sebentar mencari-cari ruang untuk berpusing menjadi manusia baru. Kembalilah sadurkan sesuatu yang dinamakan persahabatan itu dengan nilai persaudaraan, nilai ukhwah yang kerana Allah atau satukan sahaja biar menjadi aloi yang lebih kukuh. Moga come back kita ke laman asal lebih bererti…


Dan tentang kisah cikgu itu, saya baru menyedari secara sentimentalnya, naskah Seindah Mawar Berduri dan Hatiku MilikMu telah saya angkut ke Mesir sejak tahun 1 dan telah lunyai…kumal yang mahal!

2 comments :

[amiza malik] said...

indah. i like dis post.
bertemu dan berpisah hny kerana allah.
saling berkasih sayang dan membenci keranaNya.
moga kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat naungan di akhirat kelak.

princess, i miss u.

Puteri said...

^^ i'Allah yuyu.. miss u too, ur words and laughter. All the best utk baki2 paper dan yang dah lepas.. Moga Allah teguhkan dan kuatkan!