Sunday, March 7, 2010

Mone untuk Mimi

Mone sedang berzikir



~Sharifah, thanks for the tazkirah 'ikan masin'



--------------------------------------------------


Pipi Cheba basah. Tersenyum. Menitik lagi air mata. Sebuah panggilan telefon dari Plymouth telah melerai rindu.
“Assalamualaikum. Nusaybah ke?”
Cheba tahu itu panggilan jauh tetapi itu bukan Puteri. Tidak tertera kod dua,  kod negara Mesir di skrin telefonnya. Mereka bertiga pada asalnya tetapi hanya Puteri yang tinggal. Ikatan persahabatan itu diteruskan mengatasi jarak dan masa.
“Ya, saya. Siapa ya?”
Terdengar tawa kecil pemanggil.
“Cheba nak dengar cerita?”
Bertambah kaget Nusaybah. Siapa lagi yang memanggilnya Cheba? Hanya sahabat-sahabat di SMAI. Tak ada lagi yang memanggilnya Cheba di Gombak ini.
“Kenapa Cheba diam? Aku cerita ya. Ada seekor ikan Anemone di lautan pasifik. Namanya Mone. Mone akan berzikir mengingati kebesaran Allah setiap kali terpandang indahnya batu karang dan biasan cahaya matahari yang menerobos masuk ke dasar laut. Pada suatu hari, sunnah alam, Mone telah ditangkap oleh nelayan dan diimport ke Terengganu. Syarikat Ikan Masin Melati telah membeli Mone dan dijadikan ikan masin yang enak apabila dimakan dengan nasi panas dan sambal ikan bilis. Cuba Cheba korek ibrah cerita ini”
  “Mimi kan? Ana tahu ni Mimi. Enti pergi mana selama ni?” laju mengalir air mata Nusaybah.
………………………………………………………………………………………
“Kau Cheba kan? Boleh tolong bagitahu Kak Wara, aku tak dapat pergi usrah petang ni. Sakit perut. Bye, thank you,”  
 mendadak Mimi lari sambil membuat mimik menahan sakit. Cheba hanya mengganguk. Tak sempat bertanya.
“Mana Mimi?”
 tanya Puteri kepada Cheba.
“Sakit perut. Kesianlah.”
“Baru nampak dia ke padang dengan kayu hoki. Nampak sihat je. Bila pula sakit perut?”
 Puteri menunjukkan wajah tak percaya.
“Baru je dia pergi. Dahlah, husnu zhon saja Puteri. Nanti kita tanya dia,”
 malas Cheba nak membuka pintu bisikan syaitan. Tangan Puteri diraih menuju ke astaka tempat pertemuan yang bakal menyatukan hati-hati yang berhajatkan cinta Allah.

Telah lima bulan Mimi pindah ke SMAI. Mimi perahsia. Pendiam. Kebal juga. Dia seolah-olah tak terkesan dengan persekitaran sekolah mereka. Seolah-olah. Cheba meletakkan seolah-olah supaya tidak terusik prasangka tak berasas. Mimi sangat tangkas di padang. Cheba tahu, itu minat Mimi. Mimi baik cuma dia kurang menjawab panggilan. Panggilan untuk membersihkan jiwa dan menyubur iman.
Kadang-kadang, Cheba tertanya-tanya pada dirinya. Kenapa dia selalu memikirkan Mimi. Daripada mulut orang-orang, dia mendapat khabar yang Mimi terpaksa pindah ke SMAI. Bukan mahu. Cheba tahu dia telah jatuh sayang kepada Mimi. Dia amat berharap agar suatu hari nanti Mimi mahu menyahut panggilan. Di hening malam, Musolla Nusaibah bint Kaab, doa dipanjatkan dalam syahdu tahajud buat seorang Mimi.
………………………………………………………………………………………………
Cheba telah berbincang dengan Kak Wara dan dia telah telah bersetuju. Puteri pun akan dilibatkan sama. Kayu hoki merah buat Cheba dan biru buat Puteri.
“Mimi, boleh kami main sekali?”
“Eh, korang tak pergi usrah ke?”
riak muka Mimi tak berkocak. Dia tahu itu waktu usrah mereka. Jangankan untuk hadir, panjang lencongnya kalau terserempak dengan Kak Wara.
“Taklah. Tak ada. Kitorang nak main dengan kau.”
 Puteri telah berlari ke tengah padang. Cheba hanya melemparkan senyuman dan mula berlari-lari anak.
Dari jauh kedengaran suara Mimi, 
“Korang boleh main ke?”
Cheba dan Puteri saling berpandangan dan menunjukkan ‘thumbs up’ kepada Mimi sambil berlari-lari memanaskan badan.




Puteri harus balik ke Aspuri untuk bersiap lebih awal, kerana dia ingin bersedia untuk tazkirah maghribnya malam nanti. Astaka Fatayat yang redup menjadi pilihan Cheba dan Mimi untuk melepaskan lelah. Sirap bandung campur ais krim soda percuma. Cheba belanja.
“Set!”
 perkataan kegemaran Mimi, tanda dia bersetuju untuk sebungkus sirap bandung campur ais krim soda. Cheba perasan tembok ais antara mereka makin cair. Mimi nampak ceria.
“Aku tak sangka korang boleh main. Not badlah,” bersahaja.
 Monoton. Senada. Mimi jarang mengekspres perasaanya.
“Alhamdulillah. Sebenarnya ana dengan Puteri selalu berjogging. Every weekend.”
Sunyi. Masing-masing hilang bicara. Pandangan dilontarkan ke arah padang yang luas. Sekolah mereka di pinggir pekan. Tak terlalu sibuk seperti di bandar tetapi kelengkapan tak kalah dengan sekolah-sekolah di bandar.
“Wah, sedapnya angin petang ni.
Tiuplah angin tiup,
Biar kering peluh dan keringat,
Apa makna hidup,
Memikirnya buat aku penat,” spontan dari mulut Mimi.
“Wah, tak sangka!” Cheba kagum.
“Alamak!”
“Kenapa Mimi?”
“Hehe, aku lupa kau kat sini. Tapi aku tahu aku boleh percaya kau. Jangan cerita pada sapa-sapa tau!”
 jari telunjuk dihalakan kepada Cheba tanda menuntut janji.
“Set!”
 balas Cheba. Ledak tawa mereka disambut tahmid dan tasbih kicauan burung.
“Cheba, dah setengah tahun juga aku kat sini. Aku dah lama nak tanya. Tapi kau buat biasa dahlah.”
 Mimi membuka mulut. Disebelah tangannya menyeka peluh di dahi.
“Ok.”
“Kau jangan ingat aku tak perasan. Kau selalu tolong aku. Kenapa ek? Masa tazkirah kat musolla, kau akan chup tempat untuk aku kat depan, sebelah kau. Even, aku selalu pergi belakang lepas tu. Then, tak penat-penat ajak aku pergi usrah. Lepas tu, kau selalu offer nak ambilkan aku lunch. Angkat baju, etc, etc. Kenapa?”
“Kenapa?”
 Cheba senyum. Manis.
“Aku tertanya-tanya kenapa. Bukan kau tak tahu perangai aku. Nak kata aku buli kau, kau sendiri yang offer.”
“Mimi, kau nak dengar satu cerita?”
“Teruskan.”
 Mimi membetulkan posisi.
“Ada seekor ikan Anemone di lautan pasifik. Namanya Mone. Mone akan berzikir mengingati kebesaran Allah setiap kali terpandang indahnya batu karang dan biasan cahaya matahari yang menerobos masuk ke dasar laut. Pada suatu hari, sunnah alam, Mone telah ditangkap oleh nelayan dan diimport ke Terengganu. Syarikat Ikan Masin Melati telah membeli Mone dan dijadikan ikan masin yang enak apabila dimakan dengan nasi panas dan sambal ikan bilis. Cuba enti korek ibrah cerita ini.”
“Anemone tu bukan ke ikan dalam Finding Nemo? Mone tu nama hamster Diah kan? Bila pula jadi ikan? Ada ke ikan masin dari Clownfish? Cakap je lah.”
Segaris senyuman di wajah Cheba. Bila pula Mimi jadi lurus bendul?
“Mone tu ketika hidupnya duduk di lautkan? Laut masin tetapi ikan tu tawar rasanya. Tak lut dek masinnya laut tetapi once dia telah mati, dapatlah Syarikat Melati buat dia jadi ikan masin. Dia serap aja garam yang dilumurkan pada dia. Macam tu jugalah hati manusia. Bila hidup hati itu, orang tu mampu menangkis yang buruk-buruk dan hanya makan yang baik-baik. Sebaliknya, jika mati hati itu. Cepat saja diserap yang buruk-buruk menjadi darah daging”
“Kau perli aku?” 
 Mimi memalingkan badannya. Cheba tak pasti riaksinya. Marahkah?
“Tak sekali-kali Mimi. Untuk soalan enti tadi. Kenapa kan? Kerana…,”
 Cheba menarik nafas.
“…kerana  uhibbukifillah.”
Sunyi. Membatu. Hanya kedengaran bunyi burung terbang segerombolan pulang ke sarang. Sesekali deruman enjin kereta dari jalan raya di hujung padang. Cheba serba salah. Dia berkira-kira untuk meninggalkan Mimi. Biarlah Mimi bertenang bisiknya. Cheba bangun dan mula mengatur langkah. Tiba-tiba,
“Cheba.”
 Terhenti. Mimi menelan air liur. Masih membelakangi Cheba.
“Tolong aku. Kau ajar aku makna hidup, supaya hati aku hidup dan tak mati!”
 satu ton. Tak dapat dikesan nadanya.

Mimi yang membelakangi Cheba berpaling. Allah! Cheba yang sedia lembut dan mudah terusik terus menitik air mata syukur melihat mata Mimi yang berkaca. Allah menjadi saksi pelukkan dua orang sahabat yang bercinta keranaNya.
……………………………………………………………………………………………………
Hanya sepucuk surat yang memberitahu supaya Cheba dan Puteri menjaga diri. Mimi, perlu berpindah lagi. Kali ini ke luar negara secara tiba-tiba. Persahabatan yang berusia 15 bulan itu harus bubar? Tidak, Mimi pesan. Ikatan itu pada hati. Selagi mana hati itu seperti Mone yang hidup di lautan pasifik, maka usia persahabatan akan dipanjangkan. Mimi pergi tanpa berita dan hari ini setelah lima tahun,
“Cheba, maaf sangat tak dapat berhubung sebelum ini. Kau tahu masalah keluarga aku. Aku terpaksa duduk di Burminghum lepas daddy ceraikan mummy. Aku pun dah lama sangat tak jumpa daddy. Aku memang terpaksa bina hidup baru. Mummy yang memang dahagakan didikan agama, dapat jumpa islam yang dia cari di sini. Alhamdulillah sekarang masih bertugas di Islamic School Plymouth sebagai Math teacher. Grandma and granpa dah boleh terima kami semula. Dulu, diorang tak boleh terima mummy kahwin dengan Malaysian then masuk Islam. Terlalu banyak nak diceritakan. Jemput aku di KLIA 5 Disember ni! Aku call balik nanti. Wasalam!”
Teet. Dah letak.
“Mimi, tak sempat aku nak balas!”
 senyum Cheba dalam tangis. Masih seperti Mimi. Rintik hujan yang turun mengundang bahagia.
“Ah, aku sayang dia, ya Allah!”

7 comments :

Diyanah said...

:)))))))))))))))))))))))))))))))))

FaJim said...

reaksi : tersenyum bahagia. :D

hati-hati yang mengingati Pemilik Hati adalah hati-hati yang hidup.

Umairah. said...

aku tatap dan baca ini, ulang dan ulang..
reaksi aku tetap dan masih sama. bahagia, haru dan semuanya..
tak pernah jemu, sahabatku..
moga Allah jaga hati aku. hati kamu. hati kita.

amin.

QalamNurani said...

semoga ukhuwah yg dibina berkekalan...ana uhibbuki fillah...

Puteri said...

Jzakumullah, moga manfaatnya bersama kalian. Jangan putus asa...

innihambaAllah said...

tersentuh n terkesan..
terima kasih ukhti,selalu mengingatkan diri ini kala terlupa..
salam mujahadah

Puteri said...

innihambaAllah: bila nak menulis? ^^
kuatkan saya, doakan saya. jazakillah ya ukhti!