Tuesday, March 9, 2010

Pelajaran Hari Ini ; 2


Stadium Kaherah makin lengang. Sebentar lagi akan malam. Kelihatan dua, tiga orang atlit yang dikatakan bertaraf antarabangsa masih tekun meneruskan larian. Entah untuk pusingan yang keberapa kali. Muna, Madie dan rakan-rakan lain hampir selesai mengemas alatan-alatan sukan. Aku yang baru sahaja kenyang dengan sepinggan nasi tomato menapak untuk pulang. Kami beriringan. Wah, hari ini telah berakhir! Apa agaknya yang telah aku sumbangkan untuk islam? Muna yang selalu berlelucon tiba-tiba berkata,
 
“Kita teringat satu cerita. Kan ada sorang tu dia sakit. Then, dia bertawakal sebelum makan ubat. Lepas tu, dia sembuh. Tapi for the second time, dia makan ubat tanpa tawakal. Lepas tu dia tak sembuh. Kita rasa apa yang kita lalui hari ni adalah kerana doa dan tawakal.”
 Aku diam mengiyakan cerita itu dalam hati. Tak silap aku, itu dari kisah nabi. Hai dunia, aku belajar lagi!


p/s: terima kasih kerana ke KSI!

No comments :