Saturday, March 20, 2010

Closer than vein

 photo: Allah is closer than vein

Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya, dan Kami lebih dekat dari urat lehernya.

Atau

It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein.

-Qaf: 16

Dahulu untuk taaruf kawan-kawan bertanya:
“Apa makanan kegemaran?”
“Apa warna kegemaran?”
“Apa buku kegemaran?”
No offense. Soalan-soalan tersebut menggembirakan hati. Apatah lagi jika penanya ingin merealisasikannya…apa salahnya? Kecil tapak tangan, talam saya tadahkan (mana nak cari nyiru?).
Sekarang, soalannya bertukar menjadi lebih menarik:

“Siapa sahabat Rasulullah yang paling dekat di hati?”
“Apa zikir kegemaran yang paling ringan di mulut?”
“Apa petikan ayat Quran kegemaran?”
Dan ayat ke 16 daripada surah ke 50 itu antara jawapannya. Sungguh signifikan buat saya.

Indeed He is closer than vein!


Seperti tajuk album Outlandish. Allah itu dekat sekali. Dekat sekali.

Di saat keresahan, terasa seperti semua orang tak memahami kita sekalipun seorang ibu. Rasa hanya diri sendiri yang memahami diri, namun ketahuilah yang paling memahami kita adalah Allah.

Mungkin Al-Jazari dari Iraq adalah orang yang paling memahami mekanisme humanoid robot kerana dia adalah perekanya tetapi kini bidang ini dipelopori Sony, Mitsubishi.

Mungkin Fazlur Khan dari Bangladesh adalah orang yang paling memahami mekanisme peneguhan pencakar langit tetapi pembinaan pencakar langit sedang berkembang dengan adanya jurutera-jurutera baru dengan teknologi teknologi terbaru.

Mungkin Abu Yaqub Yusof dari Spain adalah orang yang paling memahami meknisme siege canon (meriam) tetapi kini telah wujud senjata kimia dan meriam yang lebih dahsyat.

Tetapi Allah, dari dahulu, kini dan selamanya adalah inventor yang paling hebat. Mengetahui dan memahami makhluk ciptaanNya secara terpeinci. Dia datangkan ujian hanya pada yang mampu. Dia cukup kenal kita, lebih dari kita mengenal diri kita. Dia lebih tahu potensi hambaNya. Dia dekat sekali.

Selangkah kita kepadaNya, seribu langkah Dia pada kita. Seperti yang tercatat dalam sebuah hadis qudsi. 

Saya tahu ibu saya sangat sayangkan saya. Sangat. Tetapi Allah lebih menyayangi saya lebih daripada ibu saya.

Sukar sekali membayangkan kasih Allah. Melimpah-ruah tetapi

“Ketahuilah Allah sangat keras siksaaNya dan Dia Maha Pengampun dan Penyayang.”
Al-Maidah: 98  
Aduh! Di situ terhimpun dua sifat yang berbeza, hingga lahirnya kalimah khasyatillah. Seorang mukmin itu tidak sekadar takut dengan Allah kerana takut (khauf)  membawa kepada penghindaran seperti
“Nana dan Fifi takut kucing. Mereka sedaya upaya menghindar daripada kucing”
Tetapi khasyatillah adalah takut dalam pengharapan. Khauf ma3a rajaa. Takut yang menjadikan kita semakin hampir, semakin jatuh cinta, semakin dekat. 

Takut sehingga mengalirkan air mata dan teresak-esak seperti anak kecil. Rindu dan cinta seperti seorang kekasih yang setia. Moga jiwa dipenuhi cinta yang tak berbelah bahagi padaNya. 




Allah itu dekat!

2 comments :

Anonymous said...

aku ske ngan entry nih..mcm lbey kurangja apa yg kita bincang time kelas microb dulu..Allah itu dekat=)

Puteri said...

Allah itu dekat.. Moga Dia dekatkan hati kita b'dua jugak!
I. DO. CARE. ABOUT. U. sis! heheh. Apa2 jangan segan silu dgn aku yerk. Boleh buka sesi perbincangan lagi..