Wednesday, May 6, 2009

Dari Kepala Batas ke Kaherah


Sudah basi? Peristiwa ini mungkin. Namun, ingatan ini tidak. Thoza, segar. Bumi ini, rumah ini rumah keduaku. Kedatangan ini menyedarkan aku. Aku bukan lagi seperti dulu. Masuliah kali ini berbeza sangat berbeza.
Tinggal bersama ayah dan ibu sejak lahir. Aku tiada tempat berteduh yang lain. Di sisi merekalah aku belajar mengeja, mengira, solat hinggalah kepada kerja-kerja rumah, cuci pingan dan lain-lain.
Seandainya lampu rosak: itu bukan masuliahku. Ayah ada untuk membeli mentol.
Ikan habis: Ayah akan ke pasar, atau ibu singgah membeli ikan selepas sekolah.
Paip bocor, gas habis semuanya bukan masuliahku atau secara kasarnya aku tak adalah ambil port sangat untuk cari nombor pak cik kedai mamak untuk beli gas baru. Aku juga tak pernah ambil tahu harga ayam semasa di pasaran. Sebelum perjalanan pulang ke Segamat atau Port Dickson, aku tak kira pun berapa harga tol atau minyak. Berbeza.
Kedatangan ini menta'kidkan lagi kesedaranku. Tanggung jawab aku, peranan aku, I've grown up! Aku sebagai tuan rumah kali ini. Seandainya dahulu, aku tak akan kelaparan di rumah walaupun di tengah-tengah malam, hari ini bagaimana aku harus memastikan tetamu-tetamu istimewa ini tidur kekenyangan, beradu kerehatan. Berbeza...
I hope it will remain a sweet memorable vacation for both of you. Now you know what's my second home looks like? Jazakallahu khairan kathira, hanya Allah membalas segalanya. Redhailah anakmu ini.

3 comments :

SF said...

salam...

cOmeynyeee...jeles dgn si kecik cOmey tu....kecik2 dah naik flight 6_9...ada apa2 event khas ke mak dan abah mira ke sana?? >_< nak fikir bukan2 ni... :P

mira sayang...nak balik Malaysia ke nnt? bila? leha guna no 013 shj...apa2,send email k...laptOp rosak,susah nak On YM @ blog slps ini...

leha sdkt menyesal ubat template blOg...sbb skrg ada mslh utk cOmment...mungkin akan ubah lg template x lama lg...

dOakan leha...final exam awal Jun...skrg sibuk test...

lOve yOu !!!

Puteri said...

Even khas? Nanti kte sembang dua naa. All d bez leha, mg t'hebat selalu

Parent said...

Thank you very much for being a good host to us during our visit there.But the most important thing is, thank you for being a good daughter (muslimah soleha) to both of us...may Allah bless you and our family. We wish you good luck in your coming exam and got muntaz. bye....

Dad & MOM